♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, July 23, 2009

Bag Butler

Thinking of buying this cute little thingy!

Benda ni digunakan untuk sangkut beg kat meja. Kalau gi makan ke kan, tak lah letak beg kat kerusi lain atau atas pangku. Just sangkut jer benda ni kat meja dan sangkutlah beg. Macam ditunjuk dalam gambar yang last tu.

Memandangkan aku ni seorang pembawa beg tangan yang setia. So, aku rasa aku perlu benda ni. Masalahnyer... ari tu masa benda ni sale aku tak nak beli. Masa tu just aud$25 jer. Harga asal aud$30.50. Sekarang ni dah tak sale baru sibuk nak beli. Menyesalnyer tak beli hari tu!

Dan memandangkan aku nak balik Malaysia lepas raya ni, aku ingat nak beli kat Malaysia jer. Sebab kalau convert ke RM, aku tak rasa benda ni cecah sampai RM90. Ye tak? Tapi masalahnyer... kalau kat Malaysia, benda ni ada jual kat mana? Aku tak pernah jumpa pun.

So, sekarang ni aku tengah dok terpikir jer. Nak beli ke tak sekarang ni? Ke cari kat Malaysia jer? Kang tak jumpa plak kat Malaysia. Baik beli kat sini jer ek? Eeehhhh... conpius lah... nak ikutkan aud$30 tu boleh jer aku beli, tapi sebab ari tu tertolak yang aud$25 tu rasa menyesal plak. Aud$5 tu beza dia. Banyak tu... *nampak sangat tak aku ni kedekut?* Actually, aku bukanlah kedekut, tapi nak jimat. Percayalah... Tapi offer tu pun dah tak der. Tak payahlah nak dok pikir lagi kan. Hmmmmm... so, nak beli sekarang ke atau cari kat Malaysia jer? Tapi kalau kat Malaysia, nak cari kat mana benda ni?


*juliet le sweetheart : wii fit on the list as well... ngeh ngeh ngeh...


8 comments :

Faliq said...

sy pernah nmpak juga benda ni kat kedai guess ada jual kan..
tp ak ingat lak berapa regenyer..

Juliet Le Sweetheart said...

Kat sini, kat mana² kedai beg memang ada jual. Senang nak cari. Harganyer dalam aud$30 lah. Tapi kalau kat Malaysia nak cari kat mana? Berapa regernyer agaknyer?

Anonymous said...

Rasanya kat M'sia tk sesuei nak guna benda ni...takut kena copet ngan Mat Pit2 masa dok asyik2 makan. Malaysia kan...tanahair tercinta, mcm2 ada..

Juliet Le Sweetheart said...

eerrrr... tul gak ek... hmmmm... *confused!*

Kak Shidah Mat Rock said...

tp julie sangkut beg cm mak datin tu jk kn yg blh..huhuhu..kl beg penoh ngan pampers..susu..bla..bla..kl disangkut mau tbalik meja kot...huhuhuhuhu

GG said...

Julie, penyangkut beg macam kat http://www.facebook.com/l/;www.AliceWonder.com tu kan?? mmg best la penyangkut tu.. aku pun teringin nak beli satu

Real Woman said...

hi there...i mcm pernah ternampak kat KL hari tu..tapi kat mana ek..i think one of the stall kat shopping mall. Tapi kalau i jadi u, baik beli kat Oz je coz kat overseas bag hook ni popular and ada bnyk design to choose from. Kat Msia kalau ada pun sangatlah limitednya. I pun selalu guna hook ni, tapi during dinner function je coz time tu beg ringan. Kalau tak dgn segala botol air dlm beg tu, mahu patah hook i. heheheh

Anonymous said...

ada jual kat tangs pavillion tak salah RM 60. I pernah beli sebijik cam gambar no 2

back to top