♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, July 25, 2009

Aktiviti the little Khairuns

Hari ni kitorang tak kemana-mana. Duduk kat rumah jer. Mama Khairuns ingat nak buat inti karipap tapi tak buat-buat dari tadi. Lepas mengemas rumah dan lunch, mama Khairuns terus mengadap pc ni. Ayah Khairuns plak tengah main wii. Sedang berusaha untuk beat tahap ke'pro'an mama Khairuns main tenis yang telah mencecah 1800. Ngeh ngeh ngeh... Entah sampai pukul berapalah tu agaknyer ayah Khairuns akan mengadap benda tu. ;p Ohh ya... Ayah Khairuns gembira hari ni sebab dua paper ayah Khairuns telah diterima untuk presentation kat Surabaya bulan November nanti.

Khairunniesreena pun main wii gak. Konon jer. Sibuk pukul-pukul macam main tenis gak. Kononnyer yang lawan tu Niesreenalah. Hehhehehe... Niesreena suka tiru aksi pemain-pemain kat wii tu. Kelakar! Niesreena paling suka tengok orang-orang tu meloncat bila bola bowling terbaling kat belakang. Tergelak-gelak Niesreena tengok.

Niesreena suka sangat makan limau. Dari tadi Niesreena makan limau. Niesreena susun ulas-ulas limau tu macam keretapi dan makan satu per satu. Hari ni jer dah 4 biji limau Niesreena makan. Sampai mama Khairuns terpaksa sorokkan limau sebab Niesreena ambil dan kopek sendiri. Mama dan ayah Khairuns tak kasik Niesreena makan banyak-banyak limau sebab takut Niesreena sakit perut. Mama Khairuns kata, "makan esok pulak ok!" Niesreena buat muka hampa tapi nasib baik Niesreena dengar kata. ^_^

Khairunnaufal, macam biasa terbaring ajer. Baby Naufal tak banyak ragam. Memang senang sangat jaga Naufal. Cuma sekarang ni Naufal dah pandai merengek nak mintak kena dokong, nak mintak kena peluk.

Sekian laporan dari #14 Waterdale Apartment, Waterdale Rd, Melbourne, Victoria, Australia, hari ini. ^_^


*juliet le sweetheart : esok WAJIB keluar!


1 comment :

Kak Amy said...

suka tgk naufal... & nina...
kalau bosan buka blog julie, tgk gambar diaorg :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top