♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, June 9, 2009

Ronda-ronda Melbourne city

Tadi enche' Neezam bawa mak dan ayahnyer serta Niesreena ronda-ronda bandar Melbourne. Aku dan Naufal dok rumah jer. Rasa macam penat jer berjalan sejak dua tiga hari ni. Lagipun hari ni pun cuaca agak mendung dan dijangka hujan. So, better untuk aku dan Naufal dok kat rumah jer... Bolehlah kemas-kemas rumah sikit...

Macam-macam tempat diorang gi tadi. Antara tempat wajib pergi tentulah tengah-tengah bandar, kat Bourke St. Pastu ke Victoria market. Macam biasa, kalau dah sampai sana tentulah banyak memborong cenderamata untuk dibawa balik ke tanahair. Dari Victoria market, diorang ke Southern cross station plak. Tunjuk kat PIL macam mana rupa stesyen keretapi kat sini. Tak banyak beza dengan kat Malaysia pun. ;p Pastu dari sini diorang boleh nampak stadium Etihad *sebelum ni dikenali sebagai Telstra Dome*tempat OZ main footy. Ha... bila dah sampai kat Spenser St, tentulah singgah ke DFO. Wajib! Habis diorang borong kat sini. Borong jangan tak borong! Bak kata FIL, "biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli". Hehehe...

Lepas solat, diorang ke Es Teler plak. Makan time! Kat sini diorang try pekena makanan favourite kitorang. Apa lagi kalau bukan sup bontot! Hehehe... bukan bontot sebenarnyer. Tapi sup ekor. Orang Indonesia panggil sup bontot, bukan sup ekor. Memang best! Terangkat bontot! Hehehe...

Enche' Neezam dan PIL sampai kat rumah lebih kurang pukul 6 petang tadi. Masing-masing bawak beg shopping kiri kanan. Sakan betul diorang shopping. Hmmmm... aku apa lagi... selongkarlah semuanyer... suka nak tengok apa yang diorang beli. Macam bukak hadiah untuk diri sendiri jer. Hehehe...


Seronok kan shopping? Kalau cuaca ok tadi memang aku ikut. Tapi cuaca tak mengizin kan. ;p Maybe next time!


*juliet le sweetheart : dah lama tak ke city



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top