Alhamdulillah... selesai jugak majlis potong jambul baby Naufal. Majlis ni kitorang buat kecil-kecilan jer di teratak kecil kitorang lepas maghrib tadi.
Sebelum tetamu sampai, FIL sempat siapkan bekas isi rambut yang dipotong. Biasanya bekas ni dibuat dari kelapa, tapi kat sini memang susah nak jumpa kelapa, so, FIL gantikan dengan buah honeydew. Pastu hias dengan bunga. Comel jer... :)
Tetamu mula berkumpul kat rumah dalam pukul 7 malam. Lepas solat isyak dan bacaan yasin, majlis potong jambul baby Naufal pun bermula. Ramai yang bermarhaban bersama-sama semasa potong jambul. Baby Naufal relax jer tidur. Samalah macam Niesreena dulu; tidur masa kena potong jambul. Hehehehe...
Beberapa orang tetamu yang datang potong jambul baby Naufal. Lepas potong jambul Naufal, orang yang memotong jambul tu akan baling duit syiling untuk bebudak yang datang. Sebenarnya first time aku tengok cara macam tu tapi enche' Neezam kata kat tempat dia biasa wat cam tu. Bukan bebudak jer yang seronok kutip duit, bapak budak pun seronok gaks! ;p
Selesai acara memotong jambul, acara seterusnya tentulah makan! Menu aku masak untuk hari ni ialah nasi putih, ayam masak tomato, masak lemak labu *kalau ada nangka lagi best kan?*, belacan, ikan kering, timun dan kacang panjang. Banyak jugak tetamu yang bawak makanan-makanan lain. Terima kasih banyak! Ada gak yang kata aku masak sedap, expecially masak lemak labu. *mungkinkan itew hanya ayat pemanis mulut? hmmmm...* Hehehehhe... Senang jer nak masak tuuu...
Lega sangat majlis ni dah selesai. Insya Allah, bila balik Malaysia nanti kitorang akan buat akikah pulak untuk baby Naufal.
Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan memeriahkan majlis ni. Aku minta maaf sangat sebab tak dapat nak jemput semua warga desa Bundoora ke majlis ni sebab rumah kitorang gerenti tak muat. Kalau nak suruh lepak kat luar kang sejuk plak. :)
~Majlis memotong jambul dimulakan oleh Pak Tam~
~FIL potong jambul baby Naufal~
~Bebudak berebut kutip syiling~
*Lagi gambar semasa majlis kat sini!
*juliet le sweetheart : nak berkemas untuk keliling vic esok! :)
9 comments :
Wow!!! Dah pakai baju raya.. basi lah nnt hhehehe
BTW, masa kawin dulu xde ke sesi baling duit syilling? Akak dulu ada, lepas bersanding..adat org Johor
Kalau baling duit syiling masa majlis kahwin selalu gak tengok tapi baling duit syiling masa majlis potong jambul, ni baru first time. Masa julie kahwin dulu tak baling syiling pun.
wah..comei-comei family khairuns..hehehheheehe colour sedondong..bestnyer tengok majlis ni online sedih sebab tak dapat datang...next week, nanti insyaallah jumpalah...wah dah rindu dengan baby Naufal... :D..
Tak per lindah... tak der rezeki. Ti kalau datang sini tidur ler kat rumah kitorang.
comel sgt baju korang 4beranak. merah mak ngah gitew!
Tu lah... kalau ada lembu, gerenti kena kejar dah... hehehhe... ;p
Salam Julie,
Sorrylah akak tak p kenduri Naufal. Akak tau pun dah lambat, segan pulak nak mai.
P/s: Cik Abe yg bgtau lambat....dia lupa. :(
:) tak per... no problemo...
Post a Comment