♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, May 3, 2009

Tetamu yang bertandang

Sejak hari melahirkan baby Naufal, tak putus-putus tetamu datang melawat. Hari pertama lagi dah ada tetamu yang datang melawat kat hospital. Seronok terima lawatan tetamu. Tapi... aku bleh gi bantai tidur plak. Muahahahhaha... Sorrylah sangat. Memang mengantuk giler sepanjang hari tu. Mungkin sebab kesan daripada pain killer yang diorang kasi. Memang mengantuk giler. Puas aku cuba bertahan tak nak tidur. Tapi kesan pain killer tu lagi kuat. So, aku tidur tak hengat dunia. ZZZzzzzzzzzzzzzzz...

Hari kedua dan seterusnya pun lagi ramai tetamu yang datang. Terima kasihlah kerana sudi menjenguk kitorang... :)

Kebetulan hari Jumaat nak balik tu, kak Jumie dan kak Suzana serta pasangan masing-masing datang melawat kitorang kat hospital. Dah nak balik rumah dah masa tu tapi sempat lah jugak berborak-borak beberapa minit sambil-sambil aku dan Neezam mengemas-ngemas barang untuk balik. Nasib baik betul diorang datang. Tak sangka barang jadi banyak pulak. So, tak pasal-pasal diorang terpaksa ikut hantar kitorang balik sebab terpaksa menumpangkan barang dan orang kat kereta diorang. Huhuhu... terima kasihlah kakak-kakak dan abang-abang yer...

Seperti yang dijangka, hari ni mesti ramai orang yang akan datang melawat. Tapi yang tak terjangkanya, terlalu ramai pulak yang datang dan kebetulan diorang datang lebih kurang masa yang sama. So, tetiba rumah macam wat kenduri pulak. Hehehe... Makanan pun banyak sebab setiap orang yang datang bawak makanan.

Nasib baik jugak ada Izzah, Akmal dan Ayob. Tetiba jadi pembantu chef Neezam kat dapur. Bertungkus lumus goreng pisang, goreng epal dan goreng kuew teow. Semua sedap plak tu. Liciiiinnnnn... Sian diorang. Mesti penat... Terima kasihlah korang kerana sudi membantu suamiku itew...


~Pembantu-pembantu chef Neezam yang setia~

Niesreena seronok sangat bila ramai kengkawan yang datang. Habis keluar semua permainan. Sekali sekala dengar jugak bebudak ni nangis. Kelakar plak. Ada yang nangis sebab orang tu tak nak kawan dengan orang ni. Ada yang nangis sebab orang tu tak kasi mainan orang ni nak main. Macam-macam... Hehehe... Tapi yang best, bila Sofea nangis sebab Niesreena tutup lampu bilik. Hehehhe... Mungkin sebab Sofea takut gelap. ;)


~Guess who?~

~Lenanya si kecik ni~


Baby Naufal, sekali sekala jer bangun dan celik mata. Tapi macam biasalah, most of the time memang tidur jer lah kerjanya... Esok baby Naufal genap seminggu. Cepat betul rasanya! :)


*juliet le sweetheart : nasib baik rumah dah besar, bolehlah datang bertandang ramai-ramai. Kalau dok Uni Mews dulu... hmmmm... cam ner ek?



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top