♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, May 9, 2009

Sama-samalah kiter berpantang

Kebetulan Malin, x-roomate aku kat UTM dulu, pun baru jer bersalin. Baby Keisha lahir awal 2 hari jer dari baby Naufal. Hari ni baru berkesempatan tengok gambar baby Keisha yang comel. Ikut muka mummy dia rasanya Keisha ni. Tahniah buat Malin dan Zam! Serta ibu dan ayah! Mesti diorang seronok sangat. Mana taknyer, diorang tunggu sekian lama kedatangan si kecil ni. :)

Tahniah jugak buat Jazz dan hubbynya atas kelahiran baby Nuha Arissa. Baby Nuha lahir pada 7hb Mei yang lepas kat Jordan.

Kebetulan jugak, dua orang kakak sepupu aku pun baru jugak bersalin beberapa hari sebelum kelahiran baby Naufal. Hehehehe... Macam dirancang-rancang plak ek. ;p

Tahniah buat kak Ros dan Fauzi serta Kak Ita dan Zal atas kelahiran puteri masing-masing. Aku tak sempat lagi nak contact diorang. So, tak tau lagi apa nama anak-anak buah baru aku tu. Bertambah lagi tiga cicit opah yer...

Semua lahir dekat-dekat jer dengan tarikh lahir baby Naufal. Nanti bolehlah kiter celebrate hari jadi diorang sama-sama ek. Dan dikala ini, mesti mak-mak ni semua seperti aku jugak; tengah berpantang... Aku bleh bayangkan... semua tengah terbaring dengan kain batik. Hehehe...


*juliet le sweetheart : selamat hari ibu buat semua!



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top