♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, May 2, 2009

Putus tali pusat

Hari ni tali pusat baby Naufal dah terputus. Cepat betul rasanya.

Orang kata tali pusat bayi ni elok kalau disimpan. Ada macam-macam petua yang aku dengar berkaitan dengan tali pusat ni. Ada orang kata kalau bayi tu sakit, ambil tali pusatnyer tu then rendam dan bagi bayi minum. Ada jugak petua yang kata kalau adik beradik bergaduh, satukan tali pusat diorang. Ish betul ker? Bleh percaya ker? Tu yang aku dengar-dengar orang cerita lah. Tak pernah plak jumpa orang yang betul-betul wat benda tu. Dan aku pun tak berniat nak wat cam tu pun.

Tali pusat Niesreena dulu ntah mana dah ntah aku simpan. Tu lah... konon simpan elok-elok, tak nak hilang, sampaikan lupa letak kat mana. :p


*juliet le sweetheart : agak-agak tali pusat korang dulu, parents korang ada simpan lagi tak? :D



3 comments :

Zura said...

Julie.. FIL kita pun ada suruh satukan tali pusat anak2 kita. Kita buat aje la. Biasala.. budak2 mesti gaduh2 punya tapi yang kita perasan kalau apa2 hal diorang ni akan ingat satu sama lain. Tak kisah la apa2 hal pun kakaknya mesti ingat kat adiknya dan adiknya pun ingat kat akaknya.

*juliet le sweetheart said...

Tulah... petua orang tua ni kadang-kadang memang boleh pakai walaupun kekadang nampak macam tak releven jer kan. Satu lagi petua kalau baby segu @ sedu letak benang atau kain atau kertas kat kepala cam nandek untuk hilangkan sedu. Pernah dengar tak?

Zura said...

Pasal letak benang kat dahi tu pun kita ada gak wat dr anak pertama lg. Masa baby sedu tarik ckit benang, gumpalkan ckit basahkan ckit masa letakkan kat dahi tu selawat 3 kali. Kita doakan biar cepat berenti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top