♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, December 7, 2005

Jangan Luper Ahad Ni!

Hari ni hari terakhir aku bekerja sebelum aku bercuti. Sebelum bercuti ni aku nak make sure sumer kerja aku siap! Tiada yang tertangguh! Tiada yang tertunggak! So biler balik dari cuti nanti tak lah banyak sangat kerja yang kener aku siapkan. Cuti raya hari tu banyak memberi pengajaran pada aku supaya tidak menangguhkan kerja. Hehehehehehe…

Pada kengkawan sumer, jangan luper 11 Disember ni, Ahad ni, datang tau ke majlis aku. Ingat tau! Bawaklah suami atau isteri, anak-anak, adik-beradik, mak abah atau kengkawan korang. Semoga dengan kehadiran korang sumer dapat memeriahkan lagi majlis aku yang sederhana. Insya Allah… Aku juga mengharapkan doa korang sumer agar majlis aku ni dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah; samada masalah teknikal atau cuaca. Doakan lah yer…

So, jumpa hari Ahad ni ok!


* * * * * *

Bismillahirahmanirrahim…

Ya Allah Ya Tuhan kami, satukanlah hati Neezam & Julie sebagaimana engkau telah satukan hati Adam dan Hawa a.s, jadikanlah kedua-dua mempelai ini setabah Ibrahim & Hajar a.s, sebahagia Yusof & Zulaikha a.s, sesetia Sulaiman & Balqis a.s, sesuci Muhammad s.a.w & Siti Khatijah a.s. Kami memohon doa restuMu Ya Allah, berkatilah kami dan semoga majlis perkahwinan ini berlangsung dengan sempurna seperti yang Engkau kehendaki dan semoga jodoh pasangan suami isteri ini berkekalan selama-lamanya sehingga ke akhir hayat.

Amin Ya Rabbal Alamin…


This doa was compiled by Neezam and printed on our wedding cards. I just love it!

7 comments :

Sid said...

julie...awak dah nak kawin dah....cuba cakap `saya suka minum milo!`......hehehe..semoga awak berbahagia julie...jgn lupa titipkan gambar utk sid di sini...

adah said...

nape gambar awak ada tangan

Nuzulnisa said...

julie, budak2 takleh kawin...

*juliet le sweetheart said...

tu lah adah... dah silap bg gambar... sebab tu gambar mak tengah dokong. so ada lah gambar tangan mak kat situ. alaaa... kire halal lah... halalan toiyiba!

Nurul said...

pang..pang kopang kopang..julie nak kawin...weeee!!!!
tahniah julie..da besar julie erkk..nak kawin da pun..

chah said...

eh julie dh nk kawin..leh ker masak tuhhh..takkan dh nk jd bini org pn tkt pisauu lg..kukuuukuikuiuiuiui

anizamy said...

oitsss.. nizam dak pengurusan.. ishkk nie geng aku mase kat ksds dulu.. oittss ape kabor.. waaa kawin tak ajak aku haaa.. aku tak kira poskan kan jugahk nasi minyak korang kat aku..anyway...wish u alll selamat pengantin baru and moga bahagia hingga akhir hayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top