♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, December 22, 2021

Yummeh baklava

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Our favorite baklava.



Niesreena yang paling happy tengok baklava banyak ni. Aku pun sama. Huhuhu...


Kitorang belajar makan baklava ni masa kat Melbourne dulu. Kat sana ada banyak kedai makanan orang Arab. Diorang kebab, pizza dan baklava ni lah. Memang suka sangat walaupun manis.

Alhamdulillah... hari ni dapat sebekas baklava. Pemberian student enche Neezam. Datang dari Palestine. Sedapnya ya Allah. Suka sangat!

Tuesday, December 21, 2021

Spiderman No Way Home

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni berkesempatan bawak my little Khairunns - Niesreena, Naufal & Neeyaz gi tengok wayang. Lama betul tak tengok wayang. Last sekali tengok Maleficent 2. 

Tadi tengok Spiderman No Way Home. Seriously best!


Siri Spiderman kali ni sesuai ditonton oleh peminat movie Spiderman dan yang tak pernah miss satu pun movie Spiderman dari zaman Tobey Maguire ke Andrew Garfield hinggalah ke Tom Holland memegang watak spiderman. 

Jangan sesekali baca spoiler sebelum gi tengok Spiderman kali ni sebab ada eleman surprise yang tak disangka. Yang penting... memang best giler!

Lepas nonton wayang, memasing lapar giler. First time kitorang try makan kat Mangkuk Ayam kat Mesamall ni. Not bad. Sedap dan seafood dalam tomyam pun banyak. Naufal makan rojak dan Niesreena try laksa. Semua sedap. Boleh try lagi...



Monday, December 20, 2021

Wall of Art @ BBST

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Lepas breakfast tadi, enche Neezam bawak kitorang singgah di Wall of Art kat BBST. WoA ni baru sahaja disiapkan baru-baru ni, kerja MP Sepang. Kreatif!


Neeyaz dengan baju tidur lagi. Ingat nak gi beli breakfast jer. Huhuhu...





Sepanjang jalan belakang kedai di Medan 88 penuh dengan lukisan dari bawah sampai ke tingkat 2 banggunan. Kitorang datang ni pun kat satu jalan jer. Ada satu bahagian lagi kitorang tak sempat pergi. Insya Allah, next time...



back to top