♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, December 19, 2020

Prosperity burger McD datang lagi!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Biasanya my little Khairunns yang akan beria-ria ajak ke McD. Tapi kali ni aku pulak yang tak sabar nak ke McD. Prosperity burger kegemaran aku dah kembali. Huhuhu... Bebudak ni tak lah minat Prosperity Burger pun. Aku jer...






Niesreena kata burger ala prosperity McD yang aku pernah buat kat rumah lagi sedap berbanding McD punya. Huhuhu... ye lah anak... next time mama buat sendiri jer... huh...

Monday, December 14, 2020

Mee Bandung Udang Galah @ Muar

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni kitorang jalan-jalan cari makan ke Muar. Sajer pekena mee bandung udang galah kat sana.




Terbaik uollss mee bandung udang galah kat sini. Mee bandung sedap. Udang galah pun puas makan!









Ni lah kalau balik kampung... makan jer kerjanya... huhuhu... Seronok! Nanti balik rumah, tengoklah berat badan naik berapa kilo. Huhuhu... redho jer lah...

Mandi sungai @ Jeram Hulu Jementah

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Aku memang dah lama giler tak jejak ke sungai. Memang tak ingat kali terakhir bila. Tapi yang pastinya, ini kali pertama Neeyaz mandi sungai. Huhuhu...

Sebenarnya dah beberapa kali balik Segamat, enche Neezam ajak ke sungai hulu Jementah ni. Tapi tak sampai-sampai. Kadang-kadang tu sebab balik hujung minggu sekejap jer, memang tak sempatlah nak piknik-piknik ni kan. Pastu PKPB pulak, dua bulan tak jejak kampung. Hmmm... memang tergendalalah hasrat.

Cuti kali ni hampir semua adik-adik enche Neezam balik. Lama pulak tu masing-masing cuti. Lepas geram sebab dah dua bulan tak boleh balik kampung sebab PKPB. Huhuhu...

So, kali ni, kitorang lepaskan jugak hajat nak mandi sungai.







Kat rumah memang tak sempat nak breakfast. Semua angkut breakfast tepi sungai.



Ya Allah... sejuk giler air sungai. Airnya memang bersih sangat!




Si Neeyaz memang seronok main air sungai, main pasir.











Alhamdulillah... lepas jugak hasrat nak piknik tepi sungai. Ok la tempat ni. Dekat jer dengan rumah in law dan memang privasi sangat. Masa kitorang datang tak der orang pun kat kawasan ni. Bila nak balik, barulah berduyun-duyun orang sampai.

Cuaca hari ni pun ok sangat! Tak panas... mendung jer tapi tak hujan. Alhamdulillah... next time boleh datang lagi...

back to top