♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, March 21, 2015

It is time to use this cert again...

Allahumma yassir wala tu'assir
Rabbi tammim bilkhoir
Birohmatikaya Arhamarrohimin.

Semoga Allah swt memudahkan segala urusan kita pada keesokan hari dan hari-hari yang seterusnya serta menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bermuhasabah..

Friday, March 20, 2015

Chak chak chak!!!

Malam ni kitorang bawak Niesreena dan Naufal gi nonton...

Review... ok lah... Zizan kelakar... tapi Bell lagi selamber double klakar!

Tapi yang penting

Niesreena dan Naufal kat best!

#cicakman3

Thursday, March 19, 2015

Kem anak soleh

السلام عليكم

Hai korang!

Haaa... minggu lepas aku dah pening-pening nak cari program cuti sekolah untuk Niesreena dan Naufal. Macam biasa atok-atok diorang semua berebut nak jaga diorang masa musim cuti sekolah. Huhuhu... Tapi aku rasa kali ni, aku nak buat kelainan sikit. Eceh...

Kelainanlah sangat kan...

Padahal enche Neezam sebuk kerja hari Sabtu dan Ahad lepas, so tak dapatlah nak hantar diorang balik kampung. Kalau tak dah lama dah kena 'post'! Huhuhu...

So, cuti sekolah kali ni, Naufal macam biasa, terpaksalah kitorang hantar ke taska. Dan untuk Niesreena, aku cari-cari aktiviti musim cuti sekolah sekitar Nilai.

Ada beberapa yang aku jumpa, tapi kitorang decide untuk hantar Niesreena ke Kem Anak Soleh ni...

Banyak jugak aktiviti menarik. Dan yuran pun berpatutan - RM170 all in untuk 3 hari. Aktiviti bermula pada hari Isnin yang lepas dan berakhir semalam.

Banyak aktiviti Niesreena sepanjang kem ni - belajar bahasa Arab, solat dhuha, cerita-cerita nabi dan yang paling Niesreena seronok sebab diorang dibawa ke Kidzania.

Kat sini jugak, Niesreena berkesempatan berkenalan dengan rakan-rakan sebaya dari sekolah-sekolah lain. Niesreena kata dia memang seronok sepanjang kem ni. Insya Allah, kalau ada rezeki, bolehlah Niesreena join lagi!

back to top