♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, September 12, 2008

Jom gi shopping!

Sukaaa... saperlah yang tak suka kalau hubby declared hari shopping sedunia ek? Saper yang tak suka? Ada ker yang tak suka? Angkat tangan!!! Tak der saper pun angkat tangan kan... Kan aku dah kata, tak der saper yang tak suka shopping. Lebih-lebih lagi kalau kite shopping dan ada orang yang sudi tulus mulus ikhlas membayarkan. Hehehhe... Lagi suka! Betul tak murid-murid?! ;p

Actually tak shopping apa pun hari ni. Just cari baju-baju raya untuk Niesreena *lagi!* dan untuk diri sendiri gaks, serta sedikit cenderamata untuk dibawa balik beberapa hari lagi jer ni. Yey! Sonot!

Memula kitorang ke Preston. Kali ni kitorang gi sana bukan untuk memborong barang dapur seperti selalu, tapi cari cenderahati yang masih tak cukup-cukup. Ntah bila nak cukup ntah... Pastu ke Target SC plak. Dapatlah grab baju Niesreena sepasang dua dan sepasang kasut untuk aku. Alaaaa... bukan kasut gempak pun. Kasut basahan jer. Murah plak tu! Aud$8 jer. Ada percaya?! Hehehe...

Lepas Neezam solat Jumaat kat masjid Albanian kat Reservoir, kitorang ke Northland SC plak. Grab lagi baju untuk Niesreena. Aaaaa... tidak!!! Tabiat aku membeli baju untuk Niesreena ni dah tak boleh dikawal lagi dah! Asik nak beli jer... pantang nampak cantik! Walaupun bulan puasa, tapi nampak gayanya aku ni memang tak kuat iman. Huhuhu... Jadinya... memang menimbunlah baju raya Niesreena tahun ni dan gabaklah beg untuk dibawa balik nanti penuh dengan baju-baju dia jer... Huhuhu... Dan aku plak nasib baik tak terpengaruh untuk beli satu handbag lagi... Phewww!!!

~Bestnya kalau dapat bantal besau macam ni~

~Korang rasa Neezam dapat perabih ke kalau ada buah sebesar ni? Huhuuhu...~

Penatnya hari ni... Tapi seronok, lebih-lebih lagi bila kitorang dikejutkan dengan satu berita yang sangat mengembirakan bagi kitorang sekeluarga. Nanti aku citer di post-post akan datang k. Bila dah compom betul! Tungguuuuuuu...

~Niesreena pun kepenatan. Lepas mandi terus cari bantal~


*juliet le sweetheart : la la la... gumbira... :D


Thursday, September 11, 2008

Hijrah

Nampak gayanya selain aku, ada beberapa orang lagi kengkawan blogger ku yang berhijrah, meninggalkan blog friendster dan berpindah ke blogspot ni. Bagus... bagus... marilah kiter beramai-ramai memeriahkan blogspot ni yer kengkawan...

Selain kengkawan yang berhijrah, ramai jugak kengkawan yang bz menukar-nukar layout atau template dan menghias-hias blog memasing. Maklumlah... kan dah nak raya. Semua pun nak berwajah baru ler kan, baru segar sikit. Bukan setakat baju baru, blog pun baru! Hehehe...

Sebenarnya sebelum-sebelum ni ada jugak aku berkira-kira untuk berhijrah. Lebih-lebih lagi bila tengok blogger.com ni macam menarik jer kan. Tapi sebab sayang sangat kat blog friendster sebab dah lama sangat berblog kat sana dan sayang kat post-post terdahulu, so aku tetap setia. Sehinggalah tragedi menyanyat hati itew berlaku yang menyebabkan aku tak fikir panjang dah, terus pindah... bye bye friendster... huhuhu...

Actually, dulu pun dah berpatang arang dengan blog friendster. Bayangkan aku mula berblog atau bergelar blogger sejak tahun 2004, tetiba semua post-post lebih setahun aku tu hilang! Tension! Tension! Tapi masa tu tak kenal lagi blogspot ni. So, tonggong jer setia dengan blog friendster.

Seperti blogger baru yang lain, memula aku gunakan template sedia ada di blogger.com ni, tapi macam ramai giler gunakan template yang sama. Busanlah kan... So, bagi mencabar 'kekretivitian' aku, *cewah!* aku pun membzkan diri dan membazirkan masa browsing template-template yang sesuai. Kalau boleh nak yang simple jer, neat and nice. Dan yang penting, aku tak pernah jumpa lagi orang pakai template yang sama!

Surf punya surf, then aku jumpa dengan laman web sml.com ni. Banyak template yang cute! Ada beberapa layout yang aku berkenan, tapi dah digunakan oleh kengkawan blogger yang lain. So, tak mau lah kan... Tak kan nak tiru plak. Tak rock ar kan?!

~ Mc Ja's blog ~

~ Ann Hani's blog ~

Comel kan kedua-dua blog tu...

Then surf lagi... dan jumpa dengan laman web comel ni. Bagai cinta pandang pertama, aku terus jatuh cinta pada satu template ni. Of course template yang sedang aku pakai sekarang ni lah. So, apa lagi, download ler, tepek kat 'rumah baru' aku ni. Dengan sedikit bekalan dan tempias-tempias ingatan masa belajar Sofware Enginering dulu, aku pun renovate ler sikit *alaaa... semua orang boleh buat sebenarnyer... huhuhu... poyo...* supaya 'rumah baru' ni lapang sikit. Kalau tak sempit sangat bagi aku yang sedang membesar bagai johan ni. ;p So, inilah hasilnya blog baru aku... Simple jer... Korang suka tak? Ramai yang kata comey. Hehehe... Tq! :)

Selain kedua-dua laman web template blog percuma kat atas nun, ada beberapa lagi laman web yang menyediakan template-template yang cantik-cantik seperti kat pyzam.com, blogcrowds.com dan eblogtemplates.com.

~ Zai's blog... aku suka kombinasi warna hitam merah tu... ~

So, hopefully, post aku kali ni dapatlah membantu kengkawan yang sedang bz menghias 'rumah' samada nak cat baru ker atau nak tepek wallpaper baru jer, sempena nak raya ni. Poyo jer ek? Tak kesahlah... aku memang dah tak der kerja lain nak buat. Hehehhe... Tapi ingat yer kengkawan, jangan copy template kengkawan yang lain... Tak rock ok!

Oh ya... aku akan import semua post-post aku yang kat friendster blog dulu ke rumah baru ni yer kengkawan. So, jangan tetiba terkujat plak tengok post-post aku tetiba berlambak plak kat sini yer. Hehehhehe...

So, selamat berblog!

*juliet le sweetheart : mr. hubbyku, tak nak tukar jugak ker? ;p


Wednesday, September 10, 2008

Checklist Aidilfitri

Sempena raya tahun ni aku nak...

Cat rumah
Tukar sofa baru
Langsir baru
Meja makan baru
?

Ooooppppp stoppppp! Itu adalah checklist angan-angan yang belum kesampaian yer... hehehhe... not this year and perhaps not next year either! huhuhu...

Mana buleh nak cat rumah atau tukar furniture baru kat sini sebab rumah aku ni memang dah fully furnished dan memang tak boleh suka-suka hati aku untuk tukar-tukar furnitures. Setakat nak ubah-ubah selera mengikut feng shui tu bolehlah. Kalau pun boleh nak tukar perabot kat rumah ni, aku rasa tak tercapai jugak angan-angan tu sebab dok sini 3 tahun jer. Buat aperlah nak bazir-bazir duit tukar-tukar ek? Baik aku simpan bawak balik Malaysia nanti. Lagi bagus! Lagi best!

Nway, aku tetap ada checklist untuk raya kali ni, yang tak melibatkan tukar segala harta benda atau segala mak nenek di rumah ni. ;p

~ Checklist Aidilfitri '08 ~

Baju-baju raya (bukan baju kurung) Niesreena - checked!
Baju kurung Niesreena
Baju kurung aku
Tudung aku
Baju melayu hubby
Songkok
Duit raya - checked!
Kuih-muih raya
Beg tangan - checked!
Kasut raya Niesreena
Kasut raya aku

Maybe setakat ni itu ajerlah yang aku teringat... Masalahnya sekarang... masih sempat ke aku nak mendapatkan semua itew? Aku gerenti kalau baju-baju kurung dan baju Melayu tu memang dah tak sempatlah nak tempah bila aku balik nanti. So, terpaksa beli yang dah siap. Hmmm... Aku ni kureng suka sikit beli baju kurung dah siap sebab rasanya macam kureng selesa. Aku suka tempah gak. Tapi rasanya tak sempat dah ek? Lagi seminggu jer nak raya mesti dah tak der tailor nak ambik tempahan kan? Beli yang dah siap ajerlah nanti gamaknya...

Kuih-muih raya, of course main tunjuk-tunjuk ajer lah nanti yer. Tak der maknernyer nak buat sendiri. Harap-harap famili mertua aku yang rajin berjalan tu sudilah membawa aku ke Parit Raja lagi tahun ni. Nak borong segala macam kerepek best-best kat sana. Yummie!

Memula aku ingat nak beli kasut dari sini jer. Tapi punyalah susah nak cari kasut kat sini sebab kebanyakkannya menggunakan kulit 'three doted' tu. Eeeee... menyampah! Bukan tak der yang lawa... banyak jer yang lawa-lawa dan berkenan di hati tapi sebab kulit b*b* tu yang tak tahan... Menci! So, cari kat Malaysia tanahairku jugaklah nampak gayanya...

Kasut Niesreena pulak sebenarnya dah beli dah. Tapi biasalah... bila beli awal-awal ni, dah 'terpakai' dululah pulak. Baru pakai sekali dah nampak tak lawa. Tak bestlah kan... So, nak try cari gak sebelum balik ni.

Apa lagi ek? Songkok... Ye kena beli gak songkok baru for my beloved hubby. Songkoknya yang satu tu kat sini dah lunyai dek dibuat main Niesreena. Tapi ntah hubby nak beli ke tak...

Hmmmm... tu jer kot setakat ni... Ada yang aku missed tak kengkawan?



*juliet le sweetheart : 10 more days to go! Yey!


back to top