♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, May 30, 2007

Cian anak mama :'(

Akhirnya… perkara yang aku takuti selama beberapa bulan ni terjadi. Pagi semalam sewaktu aku dan Neezam sedang bersarapan, Niesreena hampir jatuh katil!

Pagi tu Niesreena golek-golek atas katil. So, aku dan Neezam biarkan ajer Niesreena bergolek sementara kitorang bersarapan. Kitorang tak sangka Niesreena akan jatuh sebab aku letakkan Niesreena kat tengah-tengah katil dan Niesreena pun masih tak tau bergerak ke depan pun walaupun dah pandai meniarap. Niesreena cuma pandai bergerak arah jam atau lawan jam jer dan kalau dah meniarap Niesreena tak pandai nak terbaring semula. So, kitorang assumed Niesreena selamat main sorang-sorang atas katil.

Walau bagaimanapun, aku bersyukur sangat sebab di saat-saat Niesreena nak terjatuh, hati aku tergerak nak tengok Niesreena. Dan ketika aku sedang tengok, Niesreena memang betul-betul dah nak jatuh dan aku sempat sambut Niesreena daripada jatuh ke lantai. Ya Allah! Bersyukur sangat walaupun kepala lutut aku bengkak dan lebam sebab aku melutut nak menyambut Niesreena tadi. Sakit jugak…

Walaupun Niesreena tak jatuh ke lantai tapi Niesreena nangis kuat sangat. Mungkin Niesreena terkejut. Aku dan Neezam pun terkejut. Dada aku berdegup kuat sangat. Rasa nak nangis pun ada. Puas aku peluk-peluk dan cium-cium Niesreena lepas tu. Cian anak mama jatuh…

Petang tu, aku lepax-lepax dengan Niesreena atas katil. Aku tengok jer keletah Niesreena yang sebuk nak capai-capai barang yang ada atas katil. Semua benda nak dicapai. Dari berbaring, Niesreena meniarap. Seperti biasa, bila dah meniarap Niesreena akan berpusing samada ikut arah jam atau lawan arah jam. Paling-paling pun Niesreena akan berundur. Tetiba… tengah aku leka-leka ntah buat apa… aku tengok Niesreena terbaring semula dari keadaan meniarap. Cepat-cepat aku tarik Niesreena sebab aku sangka Niesreena nak jatuh katil lagi. Huahahahhahah… Fobia! Padahal aku dan Niesreena sama-sama kat tengah-tengah katil. Hehhehehe… Rupa-rupanya Niesreena dah pandai membaringkan dirinya semula daripada meniarap, new development. Kitorang baru tahu. Beberapa kali Niesreena buat macam tu petang semalam dan pagi ni.

Lepas nie kitorang akan lebih berhati-hati lagi dalam menjaga Niesreena. Tak sanggup aku tengok Niesreena nangis kuat-kuat macam semalam. Lepas nie kat katil kener bina ‘benteng pertahanan’ dengan bantal. Hahahahaha…

Monday, May 28, 2007

Selamat harijadi, abah!

Hari ni, 28hb Mei 2007, hari jadi abah yang ke-56. Awal-awal lagi aku, Neezam dan Niesreena dah poskan kad ucapan harijadi. Khas untuk abah! Dan kad tu sampai pada hari Sabtu yang lepas, 2 hari sebelum harijadi abah. Mesti abah tersenyum simpul jer terima kad yang tertulis ‘Happy Birthday, Grandfather’. Hehehehe… Tahun ni ialah tahun pertama abah menyambut harijadinya sebagai seorang atuk. Dah tua dah abah… ;p

Mencapai usia 56 tahun hari ni, sepatutnya abah menamatkan perkhidmatannya setelah 38 tahun berkhidmat sebagai pegawai polis. Tapi alhamdulillah, rezeki abah, khidmatnya sebagai Pengarah Pancaragam PDRM masih diperlukan. Maka akan sebuklah abah seperti biasa dengan tugas-tugas yang memang abah minat dari kecik…

Sempena harijadi abah ni, Julie, Neezam dan Niesreena ucapkan

Selamat Hari Jadi!

Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia.

Dan tahniah kerana dapat meneruskan perkhidmatan…

Kitorang sayang kat abah!

Tuesday, May 15, 2007

Niesreena's new hobby

Pagi-pagi biler aku terbangun dari tidur aku tengok Niesreena dah bangun dan kusyuk memegang kedua belah kaki dia. Kusyuk sangat... Sekarang nie biler Niesreena terbaring sesorang, Niesreena suka pegang kaki. Tapi biler dia bosan... seperti biasa... Niesreena akan menjerit panggil mama dan ayah dia... Huwaaaaaaaaa....

Banyak lagi gambar Niesreena yang comel-comel kat fotopages aku. Meh lah singgah!

back to top