♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, August 6, 2017

3 bulan | Senyuman manis si becok...

Alhamdulillah... hari ni genap usia baby Neeyaz 3 bulan.

Mulut dah becok... pandai celoteh dah sekarang. Suka sangat bila dok 'berborak-borak' dengan baby Neeyaz. Bising jer... Ntah apa jer yang dia mengomel.

Memang comel sangat dengan impression muka dia tu... memang rasa faham apa yang dia nak.

Yang kelakarnya, bila baby Neeyaz nak mintak dokong, baby Neeyaz bercakap sambil angkat-angkat badan dan punggung dia.

Huhuhuhu...

Tangan dan kaki tu... tak reti diam.

Pandai senyum dah sekarang.

Comel sangat!

Abang Naufal memang rajin layan baby Neeyaz borak. Kekadang tu Naufal siap reka-reka cerita ntah apa-apa jer. Baby Neeyaz pun tekun jer dengar, macam paham!

Yang bagus sangat dengan baby Neeyaz ni, dia boleh baring-baring layan perasaan sendiri. Lepas tu nanti dia tertidur sendiri. So, bolehlah aku nak buat kerja rumah sikit-sikit, mandi, makan, solat, bagai...

Lebih-lebih lagi bila enche Neezam tak der kat rumah... macam hujung minggu ni... memang aku jer lah kena layan dokong dia. Niesreena dan Naufal, memang aku tak kasi diorang dokong. Seramlah! Takut diorang terlepas.

Alhamdulillah... hari ni, sambil layan baby Neeyaz baring atas katil, borak-borak dengan dia, dapatlah jugak aku habiskan melipat kain 4 bakul! Huhuhu... Then dah lama-lama berborak, baby Neeyaz tertidur sendiri. Budak baik betul!

Tabiat baby Neeyaz sekarang, suka masukkan tangan dalam mulut. Kadang-kadang satu jari, kadang-kadang 2 jari, kadang-kadang lima-lima jari masuk mulut. Bila dah macam tu, habislah air liur dia meleleh-leleh, macam paip bocor. Haaiiissshhh...

Tapi... satu perangai baby Neeyaz yang paling ohsem ngeri ialah bila dia terjaga nak menyusu tengah malam. Memula baby Neeyaz akan gerak-gerak macam meresah dulu. Then bila tak sumbat jugak susu kat dia, dia akan jerit sekuat alam! Terkojut mama dan ayah. Menggagau-gagau jadinya! Huhuhu... Memang tak boleh lambat bagi susu kat dia.

Setiap malam baby Neeyaz akan bangun untuk menyusu at least 2 kali. Kalau lebih dari tu, jadi zombielah mama gi kerja. Huhuhu...

Sekarang ni pun rambut baby Neeyaz dah semakin kurang sebab cukur bantal. Dulu Niesreena dan Naufal sama macam baby Neeyaz, masa lahir rambut kemain lebat sampai ke badan ada bulu roma. Tapi Niesreena dan Naufal tak jadi cukur bantal. Neeyaz jer pulak. Tak per lah... botak-botak pun comel gak.

Huhuhu...

Alhamdulillah... masa Niesreena dan Naufal tiga bulan dulu pun aku ada tulis perkembangan diorang. So, mostly memang sama jer. Yang bestnya bila boleh tengok balik gambar-gambar Niesreena dan Naufal masa usia sama. Semua comel!

Niesreena masa 3 bulan.

Naufal masa 3 bulan.

Dan pada aku pulak, rambut dah mula gugur. Memang simptom biasa orang lepas bersalin dan memang aku tak suka part ni. Nanti habis bersepah rambut satu rumah. Then lekat kat sikat, kat getah rambut... Hmmmm... sabar jer lah...

Friday, August 4, 2017

Naufal @ school part 2

Ingat tak awal minggu lepas aku ada post pasal Naufal kat sekolah yang menyerlahkan sangat 'kenakalannya' tu.

Post : Naufal @ school

Haaa... hari ni cikgu hantar gambar watsapp lagi.

Alhamdulillah... berkat hari Jumaat yang penuh barakah dan songkok atas kepala, nampaklah Naufal jadi budak baik sikit.

Huhuhu...

Naufal... Naufal...

Apapun... mama will always loves you so much!

Thursday, August 3, 2017

Bila anak otak business

Semalam bawak balik 3 paket milo cube ni.

Aku beli kat lazada, dapat murahlah. Sepeket RM16 jer. Ada 50 biji. Ingatkan besarlah kiubnya. Rupanya cenonet comel jer. Tapi sedang elok jer lah saiz dia masuk mulut.

Bukan Niesreena dan Naufal jer suka, aku pun suka. Bila makan rasa macam tak nak berhenti. Ish! Tapi tak boleh makan banyak-banyak! Takut b3r@k keras! Huhuhu...

Kalau aku dulu... masa sekolah dulu lah... sebelum mak balik kerja, ratah milo satu cawan. Mak kata "ratahlah milo tu, nanti b3r@k keras!". Reverse psychology sungguh! Huhuhu... Sebenarnya mak marah makan milo. Dah lah milo mahal, kitorang sedap-sedap jer meratah, secawan... secawan...

Betul ke makan milo b3r@k keras? Aku rasa sebab kena sumpahan mak sebab degil makan milo gak kan... haaa keras laaaaa!!! Terus tak ratah dah! Huhuhu... #throwbacksikit

Nasib baik Niesreena dan Naufal tak reti meratah milo tapi suka minum milo. Aku pun kebetulan jer jumpa milo energy cube ni kat lazada. Tu yang beli tu... Bebudak ni suka lah.

Niesreena mulalah ligat kepala otak business dia. Niesreena kata nak jual. Aku kata, "ada orang nak beli ker?" Kalau nak jual sebiji boleh jatuh 40 sen. Mahal gak tu aku rasa untuk sebiji milo yang cenonet tu. Berbaloi ker bebudak sekolah nak beli?

Bila Niesreena tanya kat group wa dia, ramai plak yang order.

So, juallah jugak...

Siap-siap paket ikut nama orang order lagi. Aku layankan jugaklah.

Pagi tadi Niesreena bawak gi sekolah, macam-macam aku pesan kat dia - kira duit betul-betul, duit jangan hilang, bla bla bla... First time dia nak business ni. Huhuhu...

Balik tadi, Niesreena kata dapat RM27. Siap ada orang nak order lagi! Waaaa... laris betul business Niesreena!

Kena order lagi kat lazada macam ni!

back to top