♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, November 11, 2016

Minggu 13 | Baby Khairun's heartbeat... Aktif bergerak...

Alhamdulillah... Minggu ni baby Khairun dah 13 minggu membesar dalam perut mama. Dah masuk second trimester.

Mama dan ayah rindu sangat kat baby Khairun, so beberapa hari lepas, kitorang gi scan. Nak tengok, apa khabarlah baby Khairun kat dalam ni.

Lagipun enche Neezam, Niesreena dan Naufal tak pernah tengok live kat scanner. Diorang tengok gambar yang scan je.

Kitorang buat scan baby kat Klinik Masya. Aku call dulu, untuk buat appointment dan make sure doktor perempuan. Pukul 8 malam, kitorang tiba kat klinik.

Niesreena dan Naufal excited tengok imej baby Khairun kat scanner. Aku dan enche Neezam pun sama. Lebih-lebih lagi bila nampak baby Khairun aktif bergerak. Seronoknya!

Dan doktor bagi dengar bunyi heartbeat dia. Alhamdulillah... heartbeat normal, kata doktor.

Alhamdulillah... baby nampak aktif dan sihat.

Naufal banyak kali cakap "Comelnya....".

Hahahhaa... Bukannya nampak rupa baby pun. Tapi... Insya Allah comel...

Naufal tanya kat doktor "baby ni lelaki ke perempuan?". Doktor kata tak nampak lagi... Insya Allah dalam masa beberapa minggu lagi. Hmmmm... Naufal dah tak sabar nak dapat adik lelaki. Huhuhu...

Dah 13 minggu, panjang baby 6.76cm. Waktu scan tu nampak dia tengah gerak-gerak. Kaki dan tangan bergerak. Siap pusing-pusing badan. Aktif betul. Cuma aku tak terasa pun pergerakan dia kat dalam... sebab kecik lagi kan...

Baby... stay healthy k.

Insya Allah... mama akan jaga baby elok-elok. Love you!

Sunday, November 6, 2016

Sebelum balik... kiter berendam dulu!

Biasalah kalau dah sampai kat hotel, bebudak ni memang aim ke swimming pool jer. Dari hari sampai hinggalah hari nak balik.

Niesreena seronok kali ni sebab ada kawan sekolah dia sama-sama.

Haiya... tengok budak nakal ni!

Pukul 12 tengahari tadi kitorang check-out dan bergerak balik ke Sepang.

Malam tadi, kitorang gi celebrate birthday Mak Ayah mertuaku. Birthday diorang selang beberapa hari jer; 4 & 7 Nov. Esok pun adik enche Neezam bakal konvo Masters. So, raikan jugak bersama-sama. So, enche Neezam open table dan makan besar sikit laaa...

Happy Birthday, ayah & emak! Semoga dianugerahkan rahmat, kesihatan, kesenangan menjalani ibadah dan hidup serta dimurahkan rezeki.

Saturday, November 5, 2016

Dinner dengan warga FKP @ Avillion Legacy Melaka

Alhamdulillah... malam ni kitorang dapat agak banyak hadiah pada majlis makan malam bersama warga FKP kali ni.

Hahahhaa... jangan terkejut dengan penampilan enche Neezam tu. Memang havoc kan?

Sebab tu kitorang menang kategori family havoc. Hahahhaa... Havoc lah sangat!

Alhamdulillah... tak sia-sia enche Neezam tahan gatal pakai rambut palsu tu. Huhuhu...

Alhamdulillah... selain tu kitorang dapat cabutan bertuah iaitu dapur mudah alih dan tukar-tukar hadiah dapat kipas angin. Enche Neezam sempat beli beras jer untuk tukar-tukar hadiah. Hmmmm... sabar jer lah... Last minit baru cari. Busy sangat katanya...

Wife Dr Kamal kata, kebetulan dia pun memang nak beli beras basmathi untuk dibawa balik ke Indonesia bulan 12 nanti. Huhuhu... Alhamdulillah... Kiranya dapat pada orang yang tepat lah yer?

Niesreena dan kawan sekelas dia, Fisya. Comel jer Niesreena kan... Tinggi telinga kawan dia jer. Hehehehe... Emak Fisya pun pensyarah FKP gak. Seronok diorang dapat jumpa di luar sekolah... Jauh kat Melaka plak tu.

Tahniah pada committee yang telah menjayakan makan malam kali ni. Memang havoc walaupun sederhana. Paling best sebab ramai bawak famili. Bolehlah merapatkan lagi ukhwah. Anak-anak pun seronok dapat ramai kawan-kawan baru.

Petang sebelum tu, ada acara sukaneka untuk anak-anak dan warga FKP. Seronoklah tengok bebudak ni main-main. Yang staff pun nampak happy dengan semangat kerjasama yang tinggi. Enche Neezam handle program petang tu.

Pertandingan mewarna pun ada.

Staff pun kena turut serta dalam acara sukaneka.

Selalu aku tengok students enche Neezam jer yang buat aktiviti ni. Kali ni kiter tengok para pensyarah pulak yang main.

Best aktiviti-aktiviti hari ni. Semua sporting. Bebudak pun seronok.

back to top