♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, April 4, 2016

Progress Renovation Rumah Minggu 2

Renovation rumah dah masuk minggu kedua.

So, ini progress renovation rumah minggu kedua. Aku tulis apa yang aku paham jer. Tak reti nak guna terms kontraktor ke arkitek bagai. Hehehhehe...

Hari ke-9

Kat dapur dah ada saluran air untuk sinki.

Beams kat dapur sedang dibuat.

Tiang-tiang untuk buat lantai tingkat atas dah disusun.

Wayar-wayar elektrik, lampu dan kipas serta astro dah ditanam ke dalam dinding.

Hari ke-11

Sampai-sampai rumah jer tengok dah ada tong roro dalam laman rumah.

Dinding bilik atas dah dirobohkan dan lantai pun dah disimen.

Beam kat dapur dah siap.

Hari ke-13

Tingkap bilik atas dah ditebuk dan dinding pun disimen.

Diorang buat laluan air hujan dengan simen. Tak guna gutter supaya lebih tahan lama dan tak bocor.

Besi awning kat belakang pun dah diorang bukak. Tinggal nak potong jer.

Awning ni sebenarnya panjang sikit masuk ke kawasan rumah belakang. Ye lah... masa buat awning ni dulu, kat belakang tak der rumah... ada hutan jer... Sekarang dah naik rumah, so terpaksalah potong sikit dan letakkan gutter.

Betul kata mak aku, bila tengah buat renovation ni, ada jer benda nak tambah-tambah lagi. Adoooiiii... lari budget. Cina kontraktor tu pulak pandai jugak pengaruh... "akak buat sekarang boleh jimat... nanti rumah pun tak der kotor lagi... duit jangan risau, boleh bayar ansur-ansur..."

Kena kuatkan iman betul... huhuhu...

Sunday, April 3, 2016

Shopping time!

Super Ceramic & Houses Lightings

Akhirnya semalam, kitorang berkesempatan ke

Super Ceramic, Kajang dan Houses Lighting, Puchong.

Aku banyak blog hopping pasal renovation rumah dan mostly blogger ramai yang suggest kedua-dua kedai ni untuk cari tiles dan lampu.

So, semalam, kitorang pun ke kedua-dua kedai ni. Memula kitorang ke Super Ceramic kat Kajang.

Super Ceramic kat Kajang ni tak der lah besar sangat. Tapi lebih banyak pilihan kalau nak banding kedai tiles yang ada kat Nilai. Ada banyak pilihan jenis, corak dan harga.

Selain tiles, kat sini jugak ada dijual lain-lain peralatan dapur dan bilik air.

Alhamdulillah... jumpa jugak yang berkenan di hati dan within budgets. Tak banyak citer... terus angkat! Esok diorang hantar ke rumah.

Selesai pasal tiles, kitorang kemudiannya ke Houses Lighting, Puchong pulak untuk cari lampu. Rupa-rupanya kat Puchong pun ada satu lagi branch Super Ceramic. Lagi besar! Nampak masa on the way ke Houses Lighting dan kedua-dua kedai ni memang boleh kira dekat-dekat jer. Dalam 1 atau 2 km.

So, korang kalau nak cari lampu dan tiles, boleh jer terus ke Puchong. Kedua-dua kedai ni ada kat sana. So, bolehlah jimat masa.

First time aku jejak kat Houses Lighting. Masya Allah! Aku tak pernah jumpa kedai lampu yang kemain ramai umat manusia. Seriously! Ni lah kali pertama. Ramainya orang kat kedai lampu!

No wonderlah ramai. Memang harga kat sini jauh lebih murah berbanding dengan kedai-kedai lampu yang kitorang dah survey. Seriously jauh lebih murah! Memang berbaloi-baloi.

Downlight pun ada banyak jenis dan pilihan. Downlight LED yang ada jenama pun boleh dapat dengan harga RM13 sebiji. Memang murah!

Lampu LED untuk L-box baru RM14 untuk 4ft.

Aku aim lampu berdiri warna silver ni. Insya Allah... bila masuk rumah nanti. Bolehlah beli sikit-sikit. Hmmmm... abaikan model tu yer... Nak jugak enter-frame.

Lampu ni ari tu aku tengok kat Nilai RM400. Kat sini baru RM250!

Plug tanam ni pun ada dijual kat sini. Sebelum ni pernah tengok kat internet jer. Plug ni sesuai kalau nak buat kat table top kat dapur ke kan... tapi sebenarnya makan space gak...

Pilihan kipas pun ada banyak. Rambang mata!

Cantik plak kipas bawah ni. Tapi kuat ke anginnyer???

Alhamdulillah... settle pasal lampu dan tiles.

Lepas ni apa pulak ek?

Takut tengok duit keluar macam air. Huhuhu...

Ini alamat kedua-dua kedai ni.

Houses Lighting

29-31-33-35, Jalan BPU 6, Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Hari Isnin jer tutup.

Super Ceramic

No. 6, Jalan BP 4/4, Bandar Bukit Puchong, Taman Industri, 47100 Puchong, Selangor

Friday, April 1, 2016

Sharing @ Juliet le Sweetheart's Fb Page #4

Alhamdulillah... Semakin lama semakin banyak perkongsian yang dapat aku kongsikan kat page Juliet le Sweetheart's blog. Dan alhamdulillah, likers page ni pun semakin bertambah dari hari ke sehari. Sekarang dah hampir mencecah 25k.

Terima kasih semua!

Page aku ni hanya untuk berkongsi idea-idea yang aku kumpulkan untuk personal reference jer sebenarnya. Tapi sebab laptop storage dah semakin penuh, so aku transfer ke page. Tak sangka ramai jugak yang berkongsi minat yang sama.

Page Juliet le Sweetheart's blog ni hanya perkongsian idea jer... tak der jual barang bagai... Tapi ramai jugak yang asyik komen 'pm'. Sian pulak.

Ramai jugak IKEA personal shoppers yang tinggalkan contact kat komen-komen. Alhamdulillah... sekurang-kurangnya, page ni dapat jugak dijadikan hub networking diorang untuk mencari rezeki.

Tapi sejak kebelakangan ni, aku jumpa beberapa page dari seberang yang COPY bulat-bulat album-album dari Juliet le Sweetheart's blog masukkan ke dalam page diorang. Yang aku perasan sebab semua susunatur gambar pun sama. Haaaaiiissshhhh... Kenapa tak share jer album kat sini? Kecewa sikit tapi tak per... aku redha...

Semoga perkongsian yang diorang COPY bulat-bulat dari sini dapat memberikan manfaat kepada semua.

Idea-idea yang aku kumpulkan di sini juga adalah dari pelbagai sumber internet. Tapi aku tak pernah COPY terus daripada album dari page lain yer... Aku tahu, mesti ada effort untuk jadikan gambar-gambar tu satu album.

Stay positive!

So, ini adalah perkongsian idea-idea dekorasi, makeover, tips dan diy sepanjang bulan March. Nak tengok banyak lagi? Bolehlah follow Juliet le Sweetheart's blog yer...

Teringin nak buat dinding berjalur atau stripped wall untuk bilik anak-anak. Walaupun nampak senang, tapi sebenarnya ia...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Wednesday, March 30, 2016

Idea menghias mengikut warna kegemaran.Sumber: http://ashadeofteal.com/ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤You...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Tuesday, March 29, 2016

Bilik tidur akan terasa lengkap kalau ada set bilik tidur - katil, almari dan meja solek. Tapi... kalau tilam tanpa...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Wednesday, March 23, 2016

Di rumah saya memang ada masalah nak simpan cadar katil atau bed sheet. Lebih-lebih lagi kalau ada comforter sekali....

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Sunday, March 27, 2016

Macam best jer kalau ada magnetic wall ni kat rumah. Sesuai kalau letak samada kat dapur atau kat bilik anak-anak. So,...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Tuesday, March 22, 2016

Ruang tamu rumah kecil? Tak tahu nak susun atur perabot macam mana? Jom tengok idea-idea ni. Sesuai jugak untuk family...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Monday, March 21, 2016

Selain meja makan dan ruang makan, pencahayaan di meja makan pun sebenarnya memainkan peranan yang penting. Ia...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Sunday, March 20, 2016

Idea-idea untuk plaster ceiling. Ada banyak idea yang unik dan kreatif. Pilihan aku tetap yang simple.❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Wednesday, March 16, 2016

Kat rumah ada banyak sangat crayon yang dah patah-patah. Mungkin boleh buat macam idea-idea yang ada kat sini dengan...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Monday, March 14, 2016

Aktiviti-aktiviti yang boleh kita buat dengan anak-anak dengan menggunakan kertas.❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Sunday, March 13, 2016

Baby nursery sangat kan... Dulu masa kat Melbourne pun ada nursery untuk baby Niesreena dan baby Naufal. Tapi at the...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Thursday, March 10, 2016

Rumah saya ada balkoni di tingkat atas dan ia bercantum dengan balkoni jiran sebelah (semi-D). Ruang ni memang tak der...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Wednesday, March 9, 2016

I'm sooooooooooooooooo in love with pegboard!Banyak idea-idea kreatif yang boleh kita buat dengan pegboard ni. Saya...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Sunday, March 6, 2016

Siapa yang merancang untuk mengadakan majlis kahwin, bertunang atau apa-apa sajer majlis tapi masih tak der idea door...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Thursday, March 3, 2016

Dekorasi rumah yang mungkin unik atau pelik bagi sesetengah orang... Apa pendapat korang? Yey or ney?❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Wednesday, March 2, 2016

back to top