♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, August 4, 2015

Indahnya dapat beri duit belanja untuk emak dan abah

Pagi tadi dapat panggilan talifon dari kedua-dua emak dan abah. Memula abah call, jap tu emak pulak call. Diorang ucapkan terima kasih pada aku sebab masukkan duit untuk diorang.

Teringat masa zaman belajar dulu. Lepas abah atau emak masukkan duit untuk aku, aku bergegas cari pondok talifon, call rumah bagitau duit dah masuk, dan ucap terima kasih. Masa tu tak tahu susah payah diorang cari duit. Tahu mintak duit jer... huhu...

Sekarang ni, masa aku pulak untuk bagi pada kedua mak dan abah.

Sejak aku kerja, aku mula bagi duit untuk emak. Emak jer. Huhuhu... Sebab abah masih kerja. Lagipun masa mula kerja dulu duit gaji aku ciput jer. Bagi kat emak pun setakat termampu jer. Emak tak pernah mintak pun. Tapi aku rasa, bila lagi aku nak bagi kalau tak sekarang?

Alhamdulillah... sekarang ni gaji dah semakin tinggi, berbeza dengan mula-mula kerja dulu. So, duit belanja untuk mak pun aku bagi up jugak. Memandangkan abah dah pencen, maka aku pun mula bagi duit belanja untuk abah jugak. Walaupun abah tiap-tiap bulan dapat duit pencen.

Mak abah, tak pernah mintak duit belanja daripada anak-anak. Tapi alhamdulillah... kitorang ketiga-tiga adik beradik tiap-tiap bulan bagi duit pada emak dan abah.

Tadi aku watsapp mak dan abah, bagitau aku dah masukkan duit dalam akaun. Terus diorang call dan ucap terima kasih. Siap mak dan abah kata, "Julie tak bagi pun tak per. Dah banyak belanja untuk raya, kan... Ari tu pun Julie dah bagi duit raya..."

Alaaa... duit raya tu duit raya lah... Ni duit belanja, duit wajib tiap-tiap bulan.

Bagi aku, bagi duit belanja untuk ibubapa adalah salah satu daripada tanggungjawab anak-anak. Ada sesetengah orang, bagi kat emak jer, kat abah tak kasi. Terpulang... ikut kemampuan masing-masing. Tapi aku rasa, kalau bagi kat emak jer, takut jauh di sudut hati insan bergelar bapa ni kecik hati pulak. Heehehehehe... Lagipun, abah dulu pun banyak berbelanja untuk kiter. Kerja keras untuk kiter. So, kenapa tak bagi untuk abah jugak kan???

Mak abah kiter ni bukan nak anak-anak bagi duit beratus ribu ringgit tiap-tiap bulan. Sekadar kemampuan kiter. Kalau gaji sikit, bagi sikit... Kalau ada lebih, bagilah lebih... Kalau bulan tu rasa-rasa macam tak cukup budget nak bagi, diorang mesti faham. Tapi alhamdulillah, buat masa ni, aku masih tak miss lagi bagi pada mak abah.

Kenapa aku tulis post ni?

Sebab aku terharu emak abah call tadi. Biasanya aku bagi bila jumpa emak abah. Tapi hujung minggu lepas, jumpa emak abah, aku tak sempat nak bagi. So, terpaksa bank in kat akaun, hari ni. Aku watsapp jer bagitau duit dah masuk, tapi diorang call aku untuk ucap terima kasih.

Terharu dan terasa indahnya dapat berkongsi sedikit kelebihan dengan emak dan abah.

Alhamdulillah, suami pun sangat memahami. Selalu jugak ingatkan aku, jangan lupa duit untuk emak. Dan aku jugak selalu ingatkan dia, jangan lupa duit untuk emak mertua aku.

Kepada kawan-kawan yang masih ada ibu dan bapa, bagilah duit belanja untuk diorang. Walaupun sikit, diorang mesti seronok.

Aku percaya, duit yang anak-anak bagi tiap-tiap bulan tu pasti diorang akan simpan. Percayalah!

Kalau korang bagi even RM50 untuk emak dan abah, tentu diorang lipat elok-elok duit tu dan asingkan kat dalam beg duit agar tak terguna untuk benda bukan-bukan.

Niesreena pernah tanya, kenapa aku bagi duit kat wan dia. So, aku bagitau yang ini adalah tanggungjawab aku sebagai anak. Ibu bapa kiter dah banyak berkorban untuk membesarkan kiter. Inilah masa untuk balas budi diorang. So, harap-harap ini dapat dijadikan contoh untuk Niesreena dan Naufal bila besar nanti tak lupa bagi mama dan ayah dia duit. Heehhehehe...

Sebenarnya bagi duit belanja ni salah satu cara untuk membahagiakan mak abah kiter - tanda ingatan kiter kat diorang. Banyak lagi cara untuk kiter membahagiakan mak abah... macam kat bawah ni.

Bahagiakan dan taatlah ibubapa kiter, sementara diorang masih ada, pasti hidup kiter akan sentiasa diberkati.

Insya Allah...

Monday, August 3, 2015

Semangat! Semangat!


Saturday, August 1, 2015

PATA's family day

Tiap-tiap tahun, memang ahli keluarga tok Arsat, moyang aku, akan berkumpul untuk family day. Biasanya masa rayalah... Tahun ni tahun kelima dan kali ni diadakan kat kampung aku kat Tapah Road.

Walaupun tak berapa ramai yang hadir, mungkin sebab lokasi yang agak jauh, tapi tetap terasa kemeriahannya. Yang penting seronok dapat berkumpul sedara-mara; berborak-borak, makan-makan dan main games. Niesreena dan Naufal seronok dapat duit raya!

Ni opah aku. Masih sihat cuma dah tak larat nak jalan. Usianya dah 90++.

Dan ini 8 orang antara 10 orang adik beradik abah. Abah aku anak yang keempat. Abah akulah yang paling hensem sekali! Hehehehehe... jangan marah ehhhhhh...

Pakcik aku, cikgu Darusman, orang kuat majlis kali ni. Dan macam biasa, suami tersayang, enche Neezam, ialah penyeri majlis... hehehehhe...

Wefie sikit dengan mak tersayang.

Siapa PATA?

Seronok bila kiter tahu asal usul keturunan kiter. Rugi kalau tak tahu kan...

Insya Allah tahun depat kat Tapah Road lagi. Harap-harap tahun depan, adik beradik aku dan lebih ramai sepupu-sepupu aku dapat join. Rindu nak jumpa diorang, kakak-kakak sepupu aku, teman beronggeng masa zaman muda-muda dulu. Sampai ke Ipoh kitorang pergi. Huhuhu...

back to top