♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, December 5, 2014

Setel satu perkara!

Alhamdulillah...

Setel satu perkara hari ni.

Akhirnya Naufal telah berdaftar ke tadika lain. Lebih dekat dengan rumah. Just on the way aku nak gi kerja atau hantar Niesreena ke sekolah.

Yuran pendaftaran dan yuran bulanan lebih mahal daripada tadika dulu. Tapi tak perlah... Harap-harap Naufal akan dapat belajar lebih baik lagi dan enjoy kat sini. Amin...

Tadi masa bawak Naufal berdaftar kat sini, Naufal menangis-nangis sebab tak nak sekolah baru. Adoiiii... Susah hati gak aku dibuatnya...

Tapi Insya Allah... Semuanya akan berjalan lancar dan baik-baik belaka!

Amin!

Thursday, December 4, 2014

Runsing!

Runsing! Runsing! Runsing!!!

Runsing memikirkan tentang persekolah Niesreena dan Naufal tahun depan.

Tahun depan Niesreena akan bersekolah pagi. Pagi sekolah kebangsaan dan petangnya pulak ialah sekolah agama. Sekolah pagi tamat pada jam 1.30 tengahari dan sekolah agama akan bermula pada jam 2.30 petang. Maksudnya, Niesreena kena stay back lepas sekolah pagi. Lunch dan solat zohor kat sekolah, then sambung sekolah agama pulak.

Kesiannya...

Masalahnya sekarang... takkan nak suruh Niesreena bawak beg sekolah agama dari pagi? Dan angkut buku-buku sekolah kebangsaan hingga petang?

Buku sekolah bukan calang-calang. Berat! Buku teks, buku kerja, buku latihan, satu hari ada lebih 5 subjek! Satu subjek paling kurang 3, 4 jenis buku. Beratnya... aku pun tak sanggup bawak...

Haaaiiissshhhh...

Cam ner? Dah nama belajar... Terpaksalah diharungi semua saat-saat ni. Cuma harap, pihak sekolah ada solution yang lebih baik untuk meringankan beban para pelajar dan jugak ibubapa. Jadual waktu yang lebih relevan dan penggunaan buku mengikut hari. Maksudnya, kalau guna buku teks, bagitau murid-murid tak perlu bawa buku kerja dan sebaliknya... Tang jadual waktu tu kadang aku nak marah. Kata jadual waktu anjal, tapi sampai 6/7 subjek satu hari. Anjal mendernyer???

Hmmm... pendapat aku jer lah... Aku harap sangat pihak sekolah pertimbangkan dan susun jadual waktu persekolahan betul-betul. Kesian budak-budak sekolah. Bengkok pinggang nak angkat beg berat...

Then...

Niesreena perlukan transit tak???

Hmmmm????

Transport? Perlu tak???

Aiii... banyaknyer nak fikir...

Naufal... aku ingat nak tukarkan tadika dia. Naufal dah 2 tahun berlajar di tadika yang sama. So, sajerlah cari sekolah lain pulak - tukar angin. Lagipun, tahun ni Naufal masuk kelas 6 tahun. So, tahun depan dia akan masuk kelas yang sama. Mungkin belajar yang sama gak. Takut dia boring. So, cubalah tukar angin sikit.

Sebenarnya, sedih gak nak tukar sekolah Naufal sebab 2 tahun Naufal sekolah kat sini dan setahun sebelum tu Niesreena turut belajar kat tadika yang sama. Cikgu semua dah kenal dan baik-baik belaka. But, for the best of Naufal, I think it is better to change school.

Sekarang ni, aku tengah sibuk survey tadika Islam sekitar Nilai. Harap-harap belum terlambat untuk daftarkan Naufal di tadika yang dekat dengan rumah dan yang lebih penting, terbaik!!!

Adoiii!

Runsing! Runsing!

Selagi tak jejak bulan Januari, selagi tu asik fikir benda yang sama.

Kadang aku rasa nak berhenti kerja dan uruskan keluarga kat rumah. Tapi... mampukah aku???

Apapun, aku yakin pada Allah! Semuanya akan baik-baik belaka, jika itu yang aku nak!

Insya Allah!

Monday, December 1, 2014

Tahniah juliet le sweetheart! Nggeeeee...

Assalamualaikum wbt

dan

Selamat Pagi!

Waaaa... dah 1 December 2014! Satu bulan jer lagi then kita akan sama-sama melangkah ke tahun 2015.

Bulan Disember ni, macam biasa, agak busy dengan persiapan persekolahan little Khairuns. Insya Allah, Naufal akan masih bersekolah di tadika yang sama dan Niesreena akan masuk darjah 3! Waaaa... besar dah anak dara aku!

Walaupun masa berlalu seperti biasa, tapi nak ke Januari 2015 terasa sedikit gementar! Macam biasa macam-macam azam baru akan kita tanam dan cuba untuk semaikan. Nak buat yang terbaik untuk Allah, suami, anak-anak, mak dan abah, keluarga dan juga dalam kerjaya serta blog!

Apa yang pastinya, 2014, pencapaian terbaik aku dalam berblogging. Tahun ni aku berjaya post lebih 210++! Waaahahhaha! Gigih! 12 tahun aku berblog... tahun ni memang terbaik! Huhuhu...

Tahniah

juliet le sweetheart

Itu pun banyak jugak post yang tertangguh dan terlupa nak post.

One month to go! Sempat lagi nak capai azam-azam awal tahun yang masih belum terlaksana. Yup! Masih sempat... Insya Allah!

\(^-^)/

back to top