♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, September 3, 2013

Don't worry, Be happy!

Thankfull

and

Stay positive!

Monday, September 2, 2013

Belanja Duit Raya

Alhamdulillah... murah rezeki anak-anak. Niesreena dan Naufal dapat collect banyak duit raya tahun ni.

Bila ditanya Niesreena dan Naufal nak buat apa dengan duit-duit raya tu, ada jer lah benda yang diorang nak. Tapi bila kata kena bayar dengan duit raya, Niesreena terus tak jadi. Hehehe... Kalau nak tau, Niesreena ni memang jimat orangnya. Pandai sayang duit.

So, semalam, kitorang keluar ke Jusco. Ada barang sikit nak beli untuk washing area yang sedang dalam progress dan jugak nak menghabiskan kupon Jusco yang aku dapat masa lucky draw ari tu.

So, alang-alang tu, enche Neezam kata, bagi peluang pada Niesreena dan Naufal untuk berbelanja duit raya diorang. Award themselves with their own money.

Kat area mainan Jusco, ramai dengan bebudak dan parents. Aku rasa, bebudak ni pun belanja duit raya gak kot. Kemain besar lagi mainan yang diorang beli. Huhu...

Niesreena dan Naufal pun diberi peluang untuk cari apa yang diorang nak. Berpusing-pusing kat area tu. Aku yang pening. Dan akhirnya dapat gak sorang satu! Niesreena dapat bukak Bakery Shop dan Naufal dapat sebiji Citroen racing car!

Kemain rambang mata lagi Niesreena dan Naufal. Tapi, selain budak-budak ni, ada sorang lagi yang dok rambang mata.... kemain penuh tangan tak tahu nak pilih yang mana. Huhuhhu... Nak tau siapa???

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sila scroll ke bawah

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Tengok! Penuh tangan siap berpeluk-peluk. Adoooiiiiiaaaaaiiiii enche Neezamku... mana satu yang nak beli tu??? Mengalahkan budak dah!

Best shopping hari ni. Aku pun dapat gak barang-barang aku cari. Coupons well spent. Jusco pun tengah ada sale sekarang. So, banyak jugak dapat kurang. Alhamdulillah...

Haiiiiii... shopping... memang best! Terutamanya kalau tak kuar duit langsung! I loike!

Sunday, September 1, 2013

PATA Reunion

Chak!!!

Hensem tak aku berkumis tebal. Hehehe...

Semalam kitorang berkesempatan join reunion family PATA. PATA ni ialah 'Persatuan Anak Cucu Tok Arshad @ Arsat'. Arshad ni ialah moyangku belah abah. Perjumpaan setahun sekali ni diharapkan boleh merapatkan silaturrahim di kalangan anak cucu tok Arsat.

Kalau nak cerita pasal sejarah dan susur galur Tok Arsat ni memang aku fail lah. Tapi yang jelasnya, kitorang ni memang keturunan jawa. Mbah aku, anak Tok Arsat yang ke-6 dari 8 adik beradik. Tapi semua adik-beradik mbah dah meninggal dunia. Tinggal mbah sorang jer sekarang; yang tertua dalam keturunan Tok Arsat ni. Mem besar! Huhu...

Ramai jugaklah yang berkumpul kali ni; ada yang aku kenal, ada yang aku biasa nampak, dan ramai jugak yang aku tak kenal langsung! Dan bila dah berkumpul ramai-ramai ni, atok nenek pakcik makcik sumer pakat speaking London Java! Hehehhe... Orang-orang muda, termasuklah aku... ramai tak menurun cakap jawa.

~Keluarga kecil PATA~

Ini gambar belah mbah aku jer. Abah 10 orang adik beradik, cucu mbah ada berpuluh-puluh begitu jugak cicitnya pun dah berpuluh-puluh! Tapi ramai yang tak datang.

Niesreena dan Naufal sempat masuk pertandingan mewarna dan dapat hadiah. Lucky enche Neezam pun dapat hadiah cabutan bertuah! Nombor aku jugak tak naik.

Si comel bawah ni *ehem... dua-dua comel* anak buah aku, Haziq yang bam bam! Baru 3 bulan lebih, tapi badan kuuusssss semangat!

Ok lah... mood raya masih membuak-buak ni. Sat lagi nak kuar gi shopping plak.

Yey!!!

Me and my love!

back to top