♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, March 4, 2009

Muncullah wahai Krispy Kreme... Huhuhu...

Mengidam? Eh... tak derlah! Sajer jer teringin nak makan... Tetiba jer, di saat malam-malam cenggini... cuaca yang sejuk-sejuk cenggini... teringat plak kat donut-donut kat Krispy Kream yang sedap... lembut... lagi gebu tu... Yum... yum... Kalaulah petik jari jer bleh dapat... kan best! Petik jer makan... petik jer makan... Hehehhe... Alamatnyer gemuklah aku! Huhuhu...

Seumur hidup aku, donut-donut Krispy Kreme yang paling sedaaaapppp aku pernah jumpa. Donut-donutnyer memang sedap. Boleh dikatakan semuanyer sedaplah! Serius! Tapi my favourite of courselah original glaze. Peeerrrrgggghhhhh!!! Sedap giler! Sedozen pun aku bleh habiskan sorang! Hehehhe...

~The yummie original glaze!~

Masa balik Malaysia yang lepas, tetiba jer aku dengar nama kedai donut 'Big Apple'. Boleh dikatakan kat mana-mana Jaya Jusco mesti ada satu kedai BA ni. Dan selalunyer aku tengok orang beratur bukan main paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanjang untuk dapatkan donut BA ni. Mestilah aku terdetik, "sedap ker? ramainyer orang... mesti sedap!" Ye lah kan... Kalau tak, tak kan lah orang sanggup beratur panjang-panjang nak dapatkan donut kat kedai ni kan?

Aku pernah cuba sekali jer. Kat BA ni ada gak perisa yang sama; glaze. Hmmmm... rasanyer... so so lah... Tapi... seriously! Tak boleh lawan Krispy Kream punyer! Donut BA tak sesedap dan segebu KK! Gebunyer donut KK, aku rasakan setiap gigitan bagaikan cair kat dalam mulut! Huhuhu... Dasat tak pernyataan beta itew! Melampau... melampau... Sabarlah yer kengkawan dan pembaca blogku sekalian... Tetiba ayat aku segila itew. Mungkin sebab aku tengah lapar dan mengharapkan sedozen original glaze ada di depan mata...

~Tiiinnnnngggg! How I wish it'd appear before my eyes!~

Huhuhu... Mimpi jer lah!


*juliet le sweetheart : cuaca semakin sejuk di Bundoora... angin pun bertiup kencang... 'desabundoora' jer yang semakin 'panassssss'...


Tuesday, March 3, 2009

First check-up

Setelah hampir dua minggu kat sini, hari ni baru Neezam berkesempatan bawak aku gi wat monthly pregnancy check-up. Kitorang wat check-up kat medical centre kat Reservoir as suggested by Fiza & Hamzah sebab doktornyer doktor wanita muslim.

Tadi first time aku dengar degupan jantung baby boy aku ni. "That's him... that's him..." kata doktor tu... Sebelum ni beberapa kali scan aku tengok jer jantung baby yang berdenyut tu. Hari ni baru dapat dengar.

Hmmmm... pening jugak nak explain kat doktor pasal check-up aku yang lepas-lepas kat Malaysia; sebab semua tulis dalam bahasa melayu... suntikan tu lah... suntikan ni lah... blood testlah... test tu lah... test ni lah... Dah tu tulisan doktor kengkadang tak dapat dibaca. Then bahasa-bahasa doktor ni kengkadang lain skit. Fenin... fenin... Akhirnyer doktor tu nak aku wat blood test sekali lagi. Adiuh! Lemah betul nak amik-amik darah ni. Dah lah salur darah aku ni jenis halus. Payah nak jumpa! Jarang jumpa kalau cucuk sekali jer. Dan seperti aku jangka, MA tu cucuk dua kali baru jumpa salur darah aku. Hmmmm... tu pun kira nasib baiklah tu. Kadang tu sampai 5-6 kali baru kuar darah!

Tadi kat medical centre tu, aku dan Neezam risau sangat sebab doktor tu kata Hospital Mercy dan Epping biasanyer dah penuh booking kalau tinggal 2 bulan jer lagi nak bersalin. Risau... habis tu kat mana pulak aku nak bersalin nanti. Tak kan kat rumah kot! Then doktor tu refer plak kat private hospital; Northpark Private Hospital. Nasib baik ada kosong. Lega... Hospital ni pun tak jauh dari rumah aku. Sama jalan; kat Plenty Rd gaks! Tapi apa yang merisaukan plak ialah OSHC cover ker private hospital? Kang kalau tak cover, kena plak bayar aud$10k, tak kentut berdarah kitorang kang. ;p Aduih... satu masalah lagi ek... Tapi doktor tu kata insurans akan cover. Cuma kitorang yang tak condifen selagi tak rujuk betul-betul dengan OSHC. Lagi pun kengkawan kat sini kebanyakkannyer bersalin kat public hospital. Kalau cover, kenapa diorang tak prefer private kan? Kan lagi best. Haaaiiii risau... risau...

Tadi, selagi tak sampai kat rumah, tak bukak laman web OSHC, kitorang memang risau sangat. Haaaiiii... tak tau lah nak bersalin kat mana kalau OSHC tak cover kan? Tapi... alhamdulillah... rupa-rupanyer OSHC cover. So, legalah... Insya Allah aku akan bersalin kat Northpark Private Hospital. Hmmmmm... harap-harap dipermudahkanlah segala urusan lepas ni...

Kalau nak banding buat check-up kat sini dengan kat M'sia, aku suka lagi kat M'sia tanahairku... :) Sebab kat M'sia diorang check bebetul setiap kali datang; tekanan darah, air kencing, berat, mata, kaki, then ukur kandungan, ada jugak nasihat-nasihat yang diorang bagi. Kengkawan kat sini kata *yang dah pergi berkali-kali untuk check-up* diorang hanya check basic jer; tekanan darah jer kot. Hmmmm... kalau kat M'sia, lengkap! Best! Siap bagi suppliment lagi. Kat sini kena beli suppliment sendiri. Haaaa... untung jadi rakyat M'sia kan... hehehhe...


*juliet le sweetheart : angin tersangatlah kuat hari ni... dengar kata 150km/j...



Sunday, March 1, 2009

Makan-makan @ Pak Tam's

Makan free lagi! Kali ni kat rumah pak Tam plak. Pekena nasi ayam. Sedaaaapppp!!! Disamping nasi ayam, ada banyak lagi makanan lain. Biasalah kengkawan kat sini semuanyer rajin-rajin belaka. Kalau ada yang buat open house, mesti ada jugak yang datang bawak juadah untuk dikongsi bersama. Memang best! Kitorang, bawak bihun goreng jer. Tu pun Neezam yang masak. Sedaaaapppp... Liciiiinnnn... Hehehe... Aku cuti masak hari ni... Sebab penyakit "M" melanda! ;p

Seronok bila jumpa kengkawan. Tak lah rasa bosan sangat. Walaupun diorang semua dari pelbagai peringkat usia *hari ni pasangan aku dan Neezam, tetamu yang termudalah...* tapi tetap ngam... boleh masuklah... Masing-masing banyak berkongsi cerita dan pengalaman.

Aku seronok jugak tengok Niesreena. Waktu-waktu macam ni lah Niesreena boleh jumpa dengan kengkawan yang usia lebih kurang dia. Seronok dia main-main. Nampak excited sangat! Kalau dok rumah asyik tengok muka mama dan ayah dia yang garang jer ni kan... Mesti bosan! Hehehhe...

Balik tadi kak Nor tapaukan nasi ayam. Tq kak Nor! Hehehhee... Best! Best! Tak payah masak lagi malam ni. ;p


*juliet le sweetheart : suka makan ayam goreng madu air tangan Neezam... sedaaaappppp...



back to top