♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, March 13, 2007

Kicap kipas udang… huhuhu…

Antara banyak-banyak makanan Malaysia yang aku rindu nak makan kat sini ialah kicap kipas udang yang manis tu, label warna merah. Huhuhuhu… Aku percaya… rata-rata rakyat Malaysia mesti pilih kicap ni. Sebenarnyer aku bukan lah ‘kaki makan kicap’, dengan kata lain, tiap kali makan tak semestinyer nak ada kicap. Tapi biler dah teringin nak makan kicap mesti nak cari kicap kipas udang. Dan yang pastinyer kat Safeway, Coles, Target, GoLo, K-Mart, Preston market atau Laguna (kedai barangan runcit dari Asia) sekali pun tak der terjual kicap kipas udang ni.

Masa lepak kat rumah kak Tasya hari tu, kawan hubby aku, si Mahazan kata dia ada kenal pengedar kicap kipas udang kat Melbourne ni. Oleh itu, hari Ahad lepas, sementelah Mahazan nak hantar kak Diana ke sini, kitorang pun order lah kicap kipas udang kegemaran kitorang ni. Neezam mintak 3 botol jer. Kononnyer stok untuk 2 bulan. Tapi Mahazan bawak sampai 2 dozen! Giler bengong banyaknyer!!! Hehehhehe… Orang yang paling seronok tengok kicap kipas udang bebanyak tu hubby aku lah. Dapat jer kicap tu terus jer Neezam nak makan nasi. Padahal baru jer makan tengahari. Habis Neezam promote kicap tu kat Jane, tuan rumah kitorang yang baik hati tu.

Mahal woooo kicap tu kat sini, AUD$3.50 sebotol yang besar. Cuba lah korang kalikan dengan 2.8, jadi berapa RM kat sini? Giler arrr…

So, warga Malaysia kat Melbourne yang teringin nak makan kicap kipas udang ni bleh lah contact kitorang k. Kitorang leh jual kicap tu kat korang, cost to cost. Tak amek untung. Demi membantu rakyat Malaysia! Hehehhehe…

Tuesday, March 6, 2007

Baby Niesreena's 3 months old

Hari nie genap 3 bulan usia permata hati aku dan Neezam ni. Bersyukur kepada Allah swt kerana baby Niesreena membesar dengan sempurna dan sihat selalu.

Menjangkau usia 3 bulan, Niesreena dah pandai senyum dan ketawa biler diagah. Kengkadang tu Niesreena gelak sampai terkekeh-kekeh. Niesreena jugak suka berborak-borak. Kuat suara Niesreena biler berborak-borak. Kalau kitorang tak der kat sisi dia, dia akan panggil-panggil. Dah tu pandai pulak biler time mama dan ayah cakap, Niesreena senyap dan dengar jer aper kitorang cakap dan biler kitorang senyap Niesreena plak bercakap. Ntah aper jer lah dia nak sampaikan kat kitorang.

Satu lagi gelagat Niesreena ialah biler Neezam nak tangkap gambar Niesreena, Niesreena akan tengok jer kat kamera tu. Biler agah pun dia tak kan senyum tapi dia tenung jer kat kamera. Agaknyer Niesreena wonder, "aperlah yang ayah dok acu-acu kat muka Niesreena ni ek?" Hehehhehehe…

Seronok tengok gelagat Niesreena. Dialah permata hati aku dan Neezam. Biler Neezam tak der kat rumah, Niesreenalah yang menghiburkan hati aku walaupun kengkadang penat gak layan kerenah Niesreena ni.

Sayang anak mama dan ayah ni! Happy 3 months old my little princess…


More of baby Niesreena pics. Fell free to visit my fotopages! :)

Sunday, March 4, 2007

This weekend @ Melbourne city!

Hari ni plak, kitorang jejalan kat Melbourne city. Meeting point kat Bourke/Swanston Streets, depan 3 patung gangsa pakai sut. Pukul 11.30 pagi semua dah berkumpul kat meeting point.

Hari ni pun berkenalan jugak dengan kawan baru, Malaysian; Dr Norsiah dan anaknyer Zaki yang berusia 7 tahun. Mahazan gak yang kenalkan. ‘D.O’ sorang tu memang peramah, sebab tu ramai kenalan… :)

First plan kitorang ialah untuk isi perut dulu. So, Mahazan bawak kitorang gi mapley kat kedai mamak. Haaa… jangan tak percaya kat tengah Bandar Melbourne ni ada kedai mamak. Hehhehehe… So, dapatlah jugak kitorang pekena teh tarik dan nasi beriani.

Alhamdulillah, cuaca hari ni sangat baik! 24 darjah celcius; sejuk dan windy! Kengkadang tu aku terpaksa cari matahari untuk panaskan badan.

Kitorang pusing-pusing city dengan tram jer. Banyak jugak tempat yang dapat kitorang gi tadi. Tapi aku tak berapa ingat nama-nama tempat dia. Sesekali ada jugak beberapa kali kitorang terjumpa dengan orang-orang Malaysia lain.

Kitorang berhenti sembahyang kat masjid terbesar kat Bandar Melbourne ni. Tapi masjid tu tak lah sebesar mana pun.

Kitorang sempat jugak membeli-belah kat Laguna,kedai runcit bebarang Asia milik orang Indonesia. Cam tak cayer jer ada gak kedai Indon kat sini. Tapi percayalah… orang Indon ni memana diorang gi pun dapat gak ‘hidup’ ek. Sambil shopping, berkumandang lagu-lagu Indonesia berbahasa Melayu. Dan yang paling best… aku jumpa tempe. Tu pun tinggal 1 jer! Terus beli! Huhuhuhuu… terharunyer jumpa tempe kat sini…

Dari pagi sampai ke petang berjalan, baby Niesreena tak buat perangai sangat. Cuma sekali sekala dia nak berdokong dan tak nak duduk dalam baby stroller dia. So, terpaksalah aku mendukung Niesreena.

Pukul 6 petang kitorang sumer berpisah kat meeting point yang sama jumpa pagi tadi. Aku dan Neezam naik tram balik ke Bundoora. Walaupun cuaca masih terang tapi kedai-kedai kat city ni tutup terlalu awal. Jangan tak percaya… pukul 5 kebanyakkan kedai dah tutup dan pukul 7 bandar Melbourne dah sunyi. Tak happening sangat lah kalau nak bandingkan dengan Kuala Lumpur; pukul 2, 3 pagi pun masih ‘hidup’ lagi!

Penattttt… tapi puas berjalan… cumanyer tak habis lagi kitorang pusing bandar Melbourne. So, next time kener buat second trip untuk pusing-pusing kat another part of Melbourne city.

Kepada…

Kak Tasha dan Mahazan. Thanx for everything, sudi bawak kitorang, newcomer ni, jejalan.


Asma, Akmal, Syed, Dr Norsiah dan Zaki; selamat berkenalan. Nice to meet all of you!


Harap-harap pas ni kiter boleh jalan reramai lagi! Mungkin pas ni kiter bleh gi cari kangaroo dan koala plak eh!

~Kat Bourke St; Kenderaan belakang tu dipanggil tram~

~Kak Tasha & aku. Sementara tunggu yang lain, sempat bergambar dulu! (^^)~

~Cute eyy? ;p~

~Dr. Norsiah & anaknya, Zaki, Akmal, kak Tasha, Neezam, Mahazan & Syed~

~My 'big' family + 1. Hehehhe... Depan Flinders Street Station~

~In front of Nila Restaurant~

~Dalam kedai mamak. Tak sabar nak tunggu teh tarik!~

~Kuch kuch hotak kau! Hehehe...~

~Guess who?~

~Kat Federation Square. Tempat ni macam dataran merdeka lah~

~Three of us~

~Cow hangin' up the tree~

~Kat Docklands~

~Wanna ride this tricyle?~

~In front of the state library~


Ada baaaaaanyak lagi gambar around Melbourne city. Nak tengok? Jom singgah fp aku! (^^)

back to top