بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Our favorite baklava.
This is our love story...
Love of Dr. Khairunneezam
Blessed with 3 adorable kids
Khairunniesreena & Khairunnaufal & Khairunneeyaz
♥
Sepang, Malaysia
♥
♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...
Amin... ♥
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Our favorite baklava.
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Hari ni berkesempatan bawak my little Khairunns - Niesreena, Naufal & Neeyaz gi tengok wayang. Lama betul tak tengok wayang. Last sekali tengok Maleficent 2.
Tadi tengok Spiderman No Way Home. Seriously best!
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Lepas breakfast tadi, enche Neezam bawak kitorang singgah di Wall of Art kat BBST. WoA ni baru sahaja disiapkan baru-baru ni, kerja MP Sepang. Kreatif!
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Pagi ni enche Neezam sampai dari Kuching. Pening tak tau nak lalu jalan mana sebab banyak jalan tutup disebabkan banjir. Waze tak boleh pakai, sebab dia selamba suruh lalu kat dalam Kampung Labu Lanjut. Dah sah sahlah kat situ banjir teruk. Mungkin tak der wazer report, so waze tak update.
Kalau ikutkan rumah aku ke KLIA 2 dalam 10-15 minit jer. Tapi jalan biasa tu tutup sebab banjir. Jalan dalam kampung Labu Lanjut lagilah air teruk naik sebab air sungai Labu memang naik sangat tinggi.
Kat dalam kampung Salak Tinggi, Labu Lanjut, Giching memang teruk sangat kena banjir. Jiran-jiran update dalam whatsapp tunjuk gambar. Ya Allah... memang kesian sangat. Air naik hampir sampai ke bumbung rumah. Rumah kampung rosak teruk. Rumah teres baru-baru habis dinaiki air. Ada taman yang diorang baru masuk pindah tak sampai setengah tahun pun. Jalan pun terputus sebab air naik - tak boleh keluar, masuk. Kesian betul.
Balik kepada cerita aku nak ambik enche Neezam. Enche Neezam ada gak tanya kengkawan jalan mana yang available. So, dapatlah route yang agak jauh dan berpusing sikit, tapi selamatlah dari banjir. Walau bagaimanapun, still kena lalu jalan yang sangat jem sebab kiri kanan taman banjir. Banyak kereta parking kat tepi jalan utama.
Perjalanan yang biasanya 10-15 minit ke KLIA 2 jadi 30 minit. Tapi alhamdulillah... selamat pergi dan balik.
Antara ole-ole ayah bawak - t-shirt for his boys.
Aku dengar ada ramai jugak yang terlepas kapal terbang sebab jalan dari toll KLIA tutup sebab dinaiki air. Terutamanya jemaah umrah. Kesian betul.
So, korang kalau nak naik kapal terbang tu, dinasihatkan keluar awal untuk sampai ke KLIA. Kena awal betul sebab banjir teruk kali ni, sekitar kawasan KLIA ni memang terkesan hinggakan jalan dari toll KLIA pun tutup.
In case dalam masa beberapa hari ni, jalan toll KLIA masih atau akan dinaiki air lagi, korang boleh guna route ni untuk ke KLIA >> masuk toll Nilai > waze ke Klinik Kesihatan Salak sebab nak lalu dari Sepang. Kalau lalu dari Nilai, dari Taman Desa Cempaka nak ke simpang Kota Seriemas pun kemungkinan air naik > waze ke Mydin Kota Seriemas > waze ke KLIA, akan lalu kat jalan CIP atau F1.
by #juliescookingwithluv
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Biasanya nasi lemak bunga telang ni enche Neezam yang rajin buat. Tapi kali ni kiter buat sendiri. First time! Hehehe...
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Happy birthday, emak. We love you sooooo much!
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Hari ni Niesreena dan Naufal tolong kemas 2 kabinet kat dapur. Dalam kabinet ni memang simpan macam khazanah dan dokumen. So, mintak Niesreena dan Naufal tolong organise sikit dan buang bil-bil dan dokumen yang dah tak perlu.
Neeyaz macam biasa tolong sibuk jer. Jumpa cermin mata lama abang dia, terus jadi harta dia. Tak der cemin dah cermin mata tu, tinggal bingkai jer. Pastu jumpa gambar Niesreena masa baby. Terus ngaku gambar dia. Huhuhu...
Siap kata "comel baby Neeyaz". Huhuhu...
Ye lah... Neeyaz memang mengikut muka Niesreena pun. Comel gak. Tapi tu gambar kakaklah sayang oiii! Jangan perasan!
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Hari ni genap usia Niesreena 15 tahun. Alhamdulillah... Macam biasa, just spent the day with a simple birthday luncheon. Memandangkan Niesreena suka makan. Kiter bawak dia gi makan. Huhuhu...
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Niesreena memang minat melukis. Biasanya dia lukis anime. Ni first time tengok dia lukis pemandangan.
Not bad aku rasa. Aku pun tak pandai nak buat macam ni walaupun dulu SPM Pendidikan Seni dapat A1. Huhuhu...
Insya Allah kalau practice selalu, mesti dapat hasil lebih baik lagi.
Keep up a good job, Niesreena!
Juliet le sweetheart's on FB. Jom 'like'!
y(^-^)y
Blog Developed by Juliet le Sweetheart
Powered by blogger.com