Apa-apa... roger!
#cutipanjang #6d8n #kemanakiterni
This is our love story...
Love of Dr. Khairunneezam
Blessed with 3 adorable kids
Khairunniesreena & Khairunnaufal & Khairunneeyaz
♥
Sepang, Malaysia
♥
♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...
Amin... ♥
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู
ุงูุณูุงู ุนูููู
Mama dan ayah sayang semua... my little Khairunns...
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู
ุงูุณูุงู ุนูููู
Salam hujung minggu semua! Busy ker?
Aku biasalah... hujung minggu tak pernah tak busy. Waktu ni lah nak membersihkan segala mak nenek yang tak sempat nak sentuh time-time weekdays.
Nak cuti panjang ni... kitorang nak jalan... so, sehari dua ni aku akan sibuk packing baju anak-anak dan baju aku. Pening weh! Insya Allah hari Isnin malam ni kitorang gerak ke.... nantilah tengok post akan datang yer...
So, macam biasa hari Sabtu, artikel enche Neezam disiarkan di akhbar Harian Metro di sisipan Mindam bertajuk Formula ABCDE Penjawat Awam. Ha! Formula apa tu? Bolehlah baca tulisan penuh enche Neezam kat bawah ni. Kebetulan, di Utusan Malaysia pun ada siarkan tulisan enche Neezam jugak hari ni, mengenai budaya fotokopi.
Haaa... puaslah baca paper hari ni. Sampai dua! Huhuhu...
Formula ABCDE dalam bekerja untuk Penjawat Awam
Ada satu ketika dulu kita biasa mendengar orang berkata "Anak saya ni kerja biasa-biasa saja, makan gaji dengan gomen (kerajaan)". Kata-kata ini menggambarkan betapa pemikiran masyarakat kita pada suatu ketika dahulu menganggap bekerja sebagai penjawat awam adalah tidak sehebat pekerjaan di sektor swasta. Kebiasaannya faktor gaji yang rendah atau pekerjaan yang bersifat tidak mencabar menjadi ukuran. Lantas, ramai yang memilih bekerja di sektor swasta yang diyakini berupaya memberikan jumlah gaji yang berlipat kali ganda lebih tinggi, mewujudkan kepelbagaian dan cabaran dalam suasana bekerja, dan menyediakan faedah-faedah sampingan seperti percutian, bonus tahunan dan sebagainya. Sehingga ke suatu tahap, pilihan untuk bekerja dengan kerajaan diletakkan di senarai paling bawah bagi graduan yang mahu mencari-cari kerja dan menghantar resume.
Kini ceritanya berubah. Hasil daripada penambahbaikan berterusan oleh pihak kerajaan untuk memperbaiki kualiti pekerjaan penjawat-penjawat awam menyebabkan semakin ramai orang yang celik hati untuk menjadi sebahagian daripada warganya. Terkini, laporan daripada Global Competitiveness Report 2018 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum (WEF) meletakkan Malaysia di tempat ke 25 terbaik daripada 140 buah negara di seluruh dunia dari aspek kecekapan dalam 12 indikator termasuk daya saing berasaskan institusi kerajaan. Selain daya saing institusi berasaskan kerajaan, indikator utama kemajuan negara dalam laporan ini termasuklah kemudahan fizikal, kestabilan makro ekonomi, kesihatan, kemampuan inovasi, pendidikan dan sebagainya.
Kejayaan kerajaan ini membuktikan betapa reputasi dan kualiti perkhidmatan sektor awam kini adalah tinggi sehingga mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sektor awam di negara-negara lain. Pencapaian sektor awam dalam penandaarasan di peringkat antarabangsa seperti ini juga membuktikan betapa warga penjawat awam berjaya menunjukkan kecekapan, kecemerlangan dan produktiviti kerja sehingga menjadi antara yang terbaik di seluruh dunia. Tidak hairanlah kini bila mana iklan-iklan pekerjaan di sektor awam dihebahkan di media cetak atau media massa, ia mampu menarik minat puluhan malah ratusan ribu pemohon dalam tempoh yang singkat. Masyarakat mula memandang tinggi sektor awam dan tidak lagi menganggap ia pekerjaan kelas kedua.
Untuk mengekalkan bahkan meningkatkan lagi kedudukan sektor awam ini bukanlah sesukar mana, bak kata orang ’kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Banyak panduan yang telah digariskan ke arah usaha pengekalan kualiti kerja dan penambahbaikan berterusan ini. Dalam Islam sendiri kita disyariatkan untuk melakukan yang terbaik dalam apa pun yang kita lakukan melalui Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan kamu pula beriman kepada Allah.” (Surah ali-Imran, ayat 110).
Menurut bijak pandai agama, dalam bekerja, kita harus mendukung prinsip-prinsip tertentu seperti prinsip kesempurnaan (Al-Itqan), pembaharuan (Al-Tajdid), Inovasi (Al-Ibda), dan Islam adalah sebagai agama kehidupan (ad-din). Kemudian, sebilangan ulama’ Islam berpendapat fenomena dunia pekerjaan Islam yang tidak mencapai aras kejayaan yang mapan merupakan satu dilema umat Islam yang berlaku yang disebabkan oleh empat perkara berikut iaitu kekeliruan tentang konsep ilmu, tiadanya adab dalam masyarakat dan pemimpin yang tidak menghayati aspek kerohanian dan kemasyarakatan.
Ulama’ Islam Mesir terkenal, Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menegaskan bahawa dalam usaha untuk meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti sumber manusia, tiada pendorong dan penggerak yang lebih kuat pengaruhnya selain daripada keimanan. Ini semestinya akan melahirkan pentadbiran dan pengurusan agensi kerajaan yang sentiasa selari dengan falsafah Islam. Malah etika dan profesionalisme Islam meletakkan kesetiaan kepada Allah SWT dan rasul-Nya mengatasi kesemua nilai yang terbentuk dalam sesuatu ekosistem di tempat kerja.
Penulis ingin sekali mencadangkan formula ’ABCDE’ untuk mengekalkan bahkan meningkatkan kualiti dan integriti penjawat awam di seluruh negara. Kalau diperhalusi satu persatu ’mnemonik’ huruf-huruf dalam formula ’ABCDE’ ini, ia ibarat tonik paling mujarab yang harus dijadikan panduan terbaik untuk para penjawat awam melaksanakan tugas dengan sempurna.
Huruf A yang membawa maksud amanah memperihalkan akan peri pentingnya untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan oleh majikan dan juga kerajaan. Jangan mengkhianati kepercayaan yang diberi ini dengan membuat sesuatu yang boleh merosakkan integriti kerja seperti ’mencuri tulang’, mengamalkan rasuah atau bersifat bengis terhadap pelanggan. Jika amanah itu menjadi pegangan, pasti akan begitu minimum atau tidak kedengaran langsung keluhan dan komen negatif pelbagai pihak terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam.
Konsep pekerja yang bersifat Ulul Albab dizahirkan melalui huruf B yang bermaksud bijak. Ulul Albab menunjukkan dua sifat utama dalam dirinya iaitu karektor Az-zikri (yang lidahnya sentiasa basah berzikir dan hatinya sentiasa tawaduk mengingati Allah) dan al-tafakkur (selalu menggunakan fikiran dan dahagakan ilmu pengetahuan). Ulul Albab dalam sektor awam –merangkumi semua pekerja daripada staf kategori sokongan hinggalah kepada Ketua Jabatan dan orang nombor satu dalam organisasi- adalah mereka yang bijak dan matang mencerna ilmu pengetahuan yang dimilikinya tidak kira ianya bersifat duniawi atau ukhrawi untuk membuat kerja dengan baik, berkongsi kepakarannya dengan orang lain, dan sentiasa cuba mendapatkan keredaan-Nya dengan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang agama. Semakin luas ilmu pengetahuan seseorang itu bermaksud semakin bijaklah dia mencerna hala tuju kerjanya supaya menjadi lebih cemerlang dari semasa ke semasa.
Huruf C untuk cekap menggagaskan bahawa penjawat awam perlu mampu mencapai standard kerja yang ditetapkan organisasi dan menepati masa yang ditetapkan. Seseorang penjawat awam perlu mewujudkan sistem ’benchmarking’ iaitu mewujudkan sasaran-sasaran kerja yang realisitik dan cuba untuk mencapai bahkan mengatasi tahap pencapaian tersebut. Dedikasi yang direfleksikan oleh huruf D mengajak penjawat awam untuk memberikan sepenuh tenaga, buah fikiran dan usaha ke arah pembangunan organisasi secara spesifiknya dan sektor awam secara umumnya. Dedikasi yang tinggi dalam bekerja akan mewujudkan apa yang dipanggil ’sense of belonging’ yang menzahirkan rasa sayang dan sikap kebertanggungjawaban kita terhadap organisasi.
Manakala huruf E pula membawa erti efektif. Efektif yang dimaksudkan adalah kerja yang dibuat memberikan kesan yang bermakna kepada diri penjawat awam itu sendiri, organisasi dan terutamanya pelanggan. Umpamanya, jika seseorang operator talian aduan awam sesebuah jabatan menerima panggilan telefon daripada pelanggan, unsur efektif akan wujud hanya apabila aduan pelanggan itu diambil tindakan yang sewajarnya oleh semua pihak dalam jabatan tersebut dan memuaskan hati pelanggan tersebut.
Ramuan ABCDE ini bukanlah terhad sekadar elemen-elemen tersebut sahaja, bahkan jika ada unsur-unsur positif diwakili sehingga ke huruf Z sekalipun, ia perlu diamalkan dalam bekerja dan diyakini membantu seseorang penjawat awam itu mencipta kesempurnaan dalam bekerja. Rasionalnya, sehingga bila-bila sektor awam akan sentiasa ’berkhidmat kepada rakyat’ dan perkhidmatan yang diberikan perlulah kekal di kelas pertama. Kekal di kelas pertama hanya bila para penjawat awam mampu mengekalkan kualiti dan integriti kerja yang mantap.
Penulis Pensyarah Dakwah dan Pengurusan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู
ุงูุณูุงู ุนูููู
Si Naufal ni, mama dan ayah sampai rumah jer, tak sempat keluar kereta lagi, dia dah dok terpa. Nak tunjuk medal-medal yang Naufal dapat masa hari sukan sekolah pagi tadi.
Wahhh... banyak jugak Naufal dapat!
Tahun lepas pun Naufal dapat emas untuk 100m. Alhamdulillah... tahun ni dapat lagi.
Yang paling tak sangka, Naufal boleh dapat johan dalam acara lompat tinggi.
Huhuhu... aku rasa Naufal ni tak der lah kategori tinggi pun kalau nak banding dengan kengkawan dia. Alhamdulillah... rezeki.
Dalam 4 biji medal tu, tetiba terselit plak satu medal tahun 5. Ingatkan cikgu salah bagi atau Naufal 'keben' saper punya... jahatkan mama dia? Huhuhu.. rupa-rupanya, Naufal kata untuk larian 4x100m darjah 5 tetiba ada sorang tak boleh lari. So, Naufal ganti. Alhamdulillah... dapat johan jugak!
Tahniah Naufal! Mama dan ayah bangga dengan Naufal.
Eloklah tu... menurun kaki sukan macam ayah. Ayah dulu pernah jadi olahragawan sekolah. Harap-harap dapatlah bijak macam ayah jugak yer... Jangan tahu main jer!
๐คช๐คช๐คช
Juliet le sweetheart's on FB. Jom 'like'!
y(^-^)y
Blog Developed by Juliet le Sweetheart
Powered by blogger.com