This is our love story...
Love of Dr. Khairunneezam
Blessed with 3 adorable kids
Khairunniesreena & Khairunnaufal & Khairunneeyaz
♥
Sepang, Malaysia
♥
♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...
Amin... ♥
Hmmm... ya... mama faham... Niesreena memang suka barangan Smiggle. Tapi kekadang harga macam tak masuk akal. Sekali sekala jer lah yer, anak...
Ni nak birthday mama ni... hadiah mama dah cari belum???
Acara wajib setiap tahun, selama 7 tahun ni... celebrate birthday dengan kengkawan office!
Biasanya balik kerja, sampai rumah dalam pukul 5.50 petang, solat jap, then terus bersilat kat dapur. Kena make sure dinner siap sebelum pukul 7 malam sebab lepas maghrib, Niesreena nak pergi tuisyen.
Entah kenapa hari ni tetiba terasa nak makan nasi ayam. Sempat ke siap dalam masa sejam?
Alhamdulillah... memang sempat... tapi ayam lepas marinate terus goreng. Tak der nak perap-perap bagai. Nasib baik sedap! Heheheh...
Neeyaz pun tak sabar nak makan nasi ayam mama dia buat. Nampak menyelerakan, kan?
Huhuhu...
Uuuuu... dapnyer...
Sikit jer lagi! Sikit jer lagi nak UPSR. Tamat UPSR, so tak der lah mama kena masak laju-laju. Bolehlah relax sikit.
Dah bosan makan ketupat, rendang, bagai???
Apa kata kita makan lempeng plak.
Alhamdulillah... semalam kitorang selamat tiba kat rumah lebih kurang jam 5 petang. Jalan tak jem dan cuaca pun ok.
Macam biasa... bila dah lama bercuti, hari ni aku sibuklah mendobi. Aku cuti lagi. Enche Neezam jer dah mula kerja.
Penat weh duduk rumah... macam-macam kerja nak kena buat... mendobi memang pasti beround-round, sidai, lipat, menyapu, memasak... penat giler! Kerja rumah seriusly macam tak habis-habis! Huhuhu...
Niesreena dan Naufal baru nak tengok kerja sekolah. Sepanjang 2 minggu cuti ni memang tak bukak buku langsung! Hari ni baru terhegeh-hegeh memasing.
Dak comel ni, Neeyaz, waktu aku sibuk memasak kat dapur, dia pun sibuk nak periuk belanga bagai. Biasanya memang macam ni lah... Leka sikit... Bolehlah aku masak dengan tenang. Huhuhu...
Ambik... kemain terkangkang lagi... huhuhu...
Nak rasa jugak sikit.
Sedap ke daun kucai tu sayang? Huhuhu...
Amacam? Ada gaya chef tak? Manalah tau kan... tetiba minat nak jadi chef ke kan? Bagus gak... Huhuhu...
Alhamdulillah... hari ni sampai jugak hajat nak makan nasi dagang untuk breakfast!
Ada banyak rupanya kedai makan yang ada jual nasi dagang. Cuma semalam tersalah arah jalan. Student enche Neezam suggest nasi dagang kat sebelah Petronas.
Nasi dagang dia memang terbaek!
Selain nasi dagang, ada jugak nasi kerabu.
Memang sedap!
Alhamdulillah... lepas hajat!
Neeyaz breakfast bubur nasi jer lah yer.
Sebelum check-out hari ni pergi mandi pool dan pantai dulu.
Baby Neeyaz siap tertidur dalam pelampung.
Overall, Cherating memang best!
Makan sedap dan murah. Air laut jernih. Pantai bersih. Angin dan ombak kuat. Best!
Hotel The Legend Cherating ni, lokasi dia best sebab betul-betul tepi pantai. Pool besar dan bersih. Bilik pun besar. Cuma interior dia a bit old. Especially toilet dia. But still boleh diterima. Berbaloi dengan harga.
Kitorang pasti akan datang lagi! Insya Allah...
Aku biasanya book hotel, memang jarang ambik dengan breakfast. Sebab utamanya ialah sebab kitorang suka cari makan tempatan. Haaaa... kalau dah sampai pantai timur ni, lagi sedap makanan diorang. Pagi-pagi lagi dah boleh cari bermacam jenis nasi.
Pagi ni, niat nak cari kerabu, tapi tak jumpa sebab salah arah jalan. Tapi jumpa nasi minyak. Breakfast nasi minyak weh! Tak pernah aku buat! First time!!! Huhuhu...
Memang sedap giler!
Tapi misi kitorang nak breakfast nasi dagang. So, esok mesti kena cari gak nasi dagang.
Aktiviti sepanjang hari ni, of course, hanya di area pool dan pantai jer lah... berendam jer lah bebudak ni. Pukul 12 sampai 2 petang, memang Niesreena dan Naufal jer lah yang conquer pool. Sukati koranglah anak-anak... asalkan korang bahagia.
Cuaca hari ni sama macam semalam. Cantik sangat. Tak panas, windy... memang best!
Enche Neezam sempat tanda kertas lagi. Kertas peperiksaan menimbun! Huhuhu... Tak dapek nak nolong....
Nampak tak stress kat situ? Huhuhu...
Petang tu kitorang pekena Yong Tau Foo. Sos yong tau foo dia serius sedap! Harga pun berpatutan. Korang kalau dah sampai sini mesti kena cuba Cik Ely Yong Tau Foo ni.
Petang tu, kitorang sempat ke kandang arnab milik hotel. Ada banyak arnab kat sini. Comel sangat!
Pastu, kitorang sambung lepak kat tepi pantai. Ingat nak makan angin jer. Tapi... hmmmm... bebudak ni mana boleh setakat makan angin jer. Semua dah meluru ke gigi air. Termasuklah si kenit tu. Terkedek-kedek jer nak gi ke air. Memang menurun perangai kakak dan abang dia. Hantu air!
Malam ni masing-masing tidur awal. Semua penat giler main air. Aku tengok kulit memasing dah mula gelap. Aiyoooo... mama lupa nak pakaikan korang sun block.
Juliet le sweetheart's on FB. Jom 'like'!
y(^-^)y
Blog Developed by Juliet le Sweetheart
Powered by blogger.com