♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, September 29, 2017

Mengajar Konsep Hijrah kepada Anak-anak

Artikel enche Neezam hari ni di dalam akhbar Harian Metro sisipan Minda.

Untuk bacaan penuh, klik pada gambar ye.

Semoga bermanfaat!

Wednesday, September 27, 2017

Wordless Wednesday | Wassuppppp yooooo!

Monday, September 25, 2017

Bergelak sakan dengan ayah tok

Dak kecik ni... memang pemurah senyuman.

Sekarang ni dah pandai sangat bergelak sakan... siap tekekeh-kekeh...

Commelnya!!! Kan???

Never get enought of him! Huhuhu...

Kalau tengok baby Neeyaz mesti buat hati sejuk dan tersenyum jer.

Bersyukur sangat dengan anugerah yang tak disangka-sangka ni.

Walaupun banyak kerenah... tetap jadi penenang hati...

Love you so much!

Sunday, September 24, 2017

Homemade sushi bersama Niesreena dan Naufal

Last time buat sushi, ada satu menu jer kat rumah - crab stick dengan timun jer.

Khamis lepas, tak cadang pun nak buat sushi. Tapi bebudak ni cadang nak makan mudah-mudah jer, so buat jugaklah sushi. Bukak peti ais, bukak kabinet, tengok apa yang boleh buat. So, dapatlah beberapa idea. Tetiba banyak plak menu-menu lain. Huhuhu...

Percaya tak?

Homemade jer tau.

Macam kat kedai kan?

Huhuhu...

Niesreena dan Naufal seronoklah buat sushi ni. Diorang letak jer apa-apa topping yang diorang suka, berapa banyak diorang suka.

Puaslah makan. Budget baru berapa jer. Bahan-bahan pun pakai apa yang ada kat rumah jer - crab stick, tuna dalam tin, jagung manis, mayonis, timun dan telur. Telur tamagoyaki tu pun senang jer nak buat. Untuk resepi sweet tamagoyaki, klik kat sini.

Senang sangat!

Korang kalau nak try buat homemade sushi ni, bolehlah tengok resepi dan cara-cara penyediaannya di link bawah ni.

http://juliescookingwithluv.blogspot.my/2017/09/sushi.html

Selamat mencuba!

Saturday, September 23, 2017

Sabar menghadapi dugaan berat

Artikel enche Neezam semalam ni di akhbar Harian Metro.

Tak jumpa plak link ke artikel kat atas ni. So, untuk bacaan penuh, silalah dapatkan akhbar Harian Metro semalam punyer yer.

Semoga bermanfaat!

Friday, September 22, 2017

Salam Maal Hijrah 1439

Tuesday, September 19, 2017

Mencetus Evolusi Kehidupan Mampan

السلام عليكم

Artikel enche Neezam yang disiarkan hari ni di akhbar Harian Metro sisipan Minda.

Untuk bacaan penuh, boleh klik di link bawah ni:-
https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170919/283270277952217

Semoga bermanfaat!

Sunday, September 17, 2017

Dia punyer menyembur!

Ekstrem betul!

Sampai berbuih-buih!

😂

Actually baby Neeyaz dah jarang menyembur. Tapi sekali sekala kalau dia mula menyembur... cam tu lah... Huhuhu...

Sejak hari Jumaat yang lepas, enche Neezam bawak kitorang ke Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi. Bosannya lahai kat sini. Sebab tak der pool! So, lepak dalam bilik jer lah dengan little Khairunns. Niesreena kena study... Naufal sibuk main tab... Baby Neeyaz? Mama dok gentel dia jer lah.

Sayang sangat!

Wednesday, September 13, 2017

Dua artikel enche Neezam hari ni

Dua artikel enche Neezam hari ni.

Seperti biasa satu di Harian Metro sisipan Minda bertajuk
Atasi tekanan mengikut perspektif keislaman

Untuk bacaan penuh, boleh klik kat link bawah ni:-

https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170913/282046212260938

Dan di Harian Metro bertajuk
Bantu calon UPSR hadapi peperiksaan dengan sempurna

Klik gambar kat atas untuk bacaan penuh dan lebih jelas.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Sunday, September 10, 2017

Piknik sushi

Beberapa minggu lepas gi Aeon Seremban 2 belilah cuka sushi. Sejak dari tu Niesreena asyik tanya jer bila nak buat sushi. Adoilah anak dara aku ni.

So tadi gi Jaya Grocer cari seaweed sheet dan terus buat.

Senang jer wat sushi. Sap sap soi jer...

Tak lah perfect sangat... but practice make perfect! Nanti kite buat lagi.

Dah tu lupa plak nak beli toping-toping lain. Cuma ada crab meet jer kat rumah. So, sejenis jer lah sushi kitorang buat. Next time boleh buat topping lain - tuna, jagung, etc..

🍣🍣🍣

Dah siap tu, enche Neezam ajak piknik kat Dataran Nilai.

So... berpiknik sushilah kami.

Rutin enche Neezam.

Dah penat jogging... menyusukan anak plak...

🍼

My superman!

Seronok lepak kat Dataran Nilai. Cuaca cantik dan ada tempat teduh. Seronok jugak tengok anak-anak dok main bola, badminton, kasut roda... Seronok tengok mak bapak dok melayan anak-anak.

#nogadget

Best spent time dengan family.

Yang tak bestnya bila ada bapa-bapa yang tak der otak hisap rokok di tempat awam. Haaaiiissshhh... Rasa nak bagi kaki jer!

back to top