♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, July 29, 2017

Ehem... bagilah can...

Tak per... bagilah can... sekali sekala...

#reunionstar2017 #sayasukafafau #janganbawakbaliksudah

Friday, July 28, 2017

Bila baby Neeyaz mengamuk

Sekali sekala kongsi gambar dak ngamuk... lagi dia ngamuk, lagi mama cium pipi dia kuat-kuat!!!

Hahhaha...

Thursday, July 27, 2017

Atasi vandalisme secara menyeluruh

السلام عليكم

Semalam 2 artikel enche Neezam disiarkan di suratkhabar utama negara; Utusan Malaysia dan seperti biasa Harian Metro. Kali ni berkaitan dengan isu vandalisme. Sudah tentu artikel kali ni berkaitan dengan isu vandalisme yang berlaku di MRT sejak akhir-akhir ni.

Untuk bacaan penuh, bolehlah klik pada link di bawah.

(1) Harian Metro sisipan Minda - Atasi vandalime guna Teori Tingkap Pecah

(2) Utusan Malaysia ruangan Forum - Atasi vandalisme secara menyeluruh

https://www.utusan.com.my/rencana/forum/atasi-vandalisme-secara-menyeluruh-1.507253

Wednesday, July 26, 2017

WW | Ayah, mama dan beloved baby Neeyaz

♡ ♡ ♡ ♡ ♡

Monday, July 24, 2017

Naufal @ school

Tadi cikgu kelas Naufal watsapp gambar kawan Naufal sambut birthday kat sekolah. Tengok gambar Naufal, semuanya.... haiiii... korang tengoklah sendiri... dan bayangkanlah 'nakal' dia...

Naufal budak baik. Naufal suka buat orang terhibur. Kalau ramai-ramai, Naufal memang attention seeker. Huhuhu...

Naufal... semoga menjadi anak yang soleh yer my hansome boy...

Sunday, July 23, 2017

Geng Melbourne

Inilah antara kengkawan rapat kat Melbourne, yang kitorang boleh dok kumpul berborak sampai pukul 3-4 pagi! Ada beberapa orang lagi. Semoga ukhwah ini sentiasa berterusan...

Thursday, July 20, 2017

Raya with CTIan

Antara sebab aku suka kerja kat sini ialah sebab kerap ada makan-makan. Hahahah... Seronok tau bila sekali-sekala dapat berkumpul ramai-ramai, makan ramai-ramai sambil borak-borak, semua peringkat jawatan. Rasa family sangat!

Huhuhu...

So, bersempena dengan hari raya ni, seperti biasa tiap-tiap tahun, kitorang akan adakan jamuan hari raya. Makanan... mestilah macam-macam! Duit raya jer tak der yer...

Orang-orang kuat ni.

Selamat hari raya korang! Dan maaf zahir batin yer...

Tuesday, July 18, 2017

Baby Neeyaz... dah pandai gelak...

Baby Neeyaz dah masuk bulan ketiga. Semakin membesar, semakin banyak keletah dia. Dan semakin comel!

Sekarang ni dah pandai gelak-gelak.

Waktu gelak-gelak dia atau waktu good mood dia biasanya pagi-pagi. Agaknya sebab dah puas tidur, perut pun kenyang, energy pun dah 100% memang good mood betul!

Satu lagi, baby Neeyaz memang suka sangat berlenggeng... tak pakai baju. Kalau tak pakai baju, memang terserlah betul happy dia!

Alhamdulillah... setakat ni aku masih rajin lagi update blog dan perkembangan anak-anak.

Alhamdulillah... dari Niesreena dalam perut lagi sampailah ke Naufal hinggalah dah ada baby Neeyaz ni. Best bila tengok balik post-post lama terutamanya masa diorang baby-baby lagi. Rindu rasanya.

Niesreena dan Naufal pun teruja tengok post-post lama mama, masa diorang masih kecik. Tak sia-sia update blog. Memang itulah tujuan utama aku ada blog ni. Sebagai kenangan, untuk aku dan jugak Khairunn-khairunn aku...

Harap-harap semangat ni berpanjangan walaupun sangat sibuk sekarang. Kat rumah sibuk dengan family dan kerja-kerja rumah. Kat office pun kerja overload jugak.

So, kenalah pandai-pandai cari masa.

Yang penting...

keep calm and keep blogging!

Monday, July 17, 2017

Filter habis!

Hahahahaha... Ini Niesreena punyer kerja!

Habis dia filter gambar... flawless habis mama dia. Huhuhu...

Sabarlah Niesreena... mama tengah berusaha nak dapat kulit gebu gebas macam tu. Nanti tak perlulah filter filter bagai yer. Hehehehehe...

Sunday, July 16, 2017

Dak bam bam penat berjalan raya

Biasalah musim-musim raya ni... selagi belum habis raya... selagi itulah ada jemputan open house setiap hujung minggu. Best! Best!

Alhamdulillah... baby Neeyaz memang behave sangat kat rumah orang. Sebuk perhati keliling jer. Masuk kereta terus tidur. Penat berjaga agaknya. Huhuhu...

Baby Neeyaz dah semakin semangat sekarang. Tengok jer lah pipi dia. Selambak!

Love you sayang.

Wednesday, July 12, 2017

WW | Hadiah birthday yang tertunda

Terima kasih cik abang sayang!

Tuesday, July 4, 2017

Asuh jiwa anak selari penyucian fitrah

Artikel enche Neezam di Harian Metro hari ni. Seperti biasa, di sisipan Minda.

Untuk artikel penuh, boleh klik di

https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170704/281998967480442

Semoga bermanfaat.

Monday, July 3, 2017

Back to work!

Mama dah mula kerja balik. Perasaan bercampur-baur.

Macam tak sampai hati nak hantar baby Neeyaz gi nursery. Dah lah good mood jer baby pagi tadi, siap gelak-gelak guling-guling. Rasa nak duduk rumah ngadap baby jer. Huhu... 😭

Tapi nak wat camner? Tabahkan hati lah jugak.

First day kerja hari ni pakai tudung merah! Ambik aura positif dan semangat membara.

Back to reality!

#babykhairunneeyaz #firstdayofwork #8w2d

Saturday, July 1, 2017

Agenda hari ni...

Tahniah adik Khairunnazrin & Ezza.

Selamat bertunang!

back to top