Beria-ia Naufal kopak durian.
Sekali dapat kucing tidur!
Rezeki Naufal lah!
This is our love story...
Love of Dr. Khairunneezam
Blessed with 3 adorable kids
Khairunniesreena & Khairunnaufal & Khairunneeyaz
♥
Sepang, Malaysia
♥
♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...
Amin... ♥
Beria-ia Naufal kopak durian.
Sekali dapat kucing tidur!
Rezeki Naufal lah!
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Minggu ni dah masuk minggu yang ke-36. Lagi 2 minggu jer lagi nak bersalin dan 6 hari jer lagi nak bekerja. Insya Allah... kalau baby tak plan nak keluar awal. Huhuhu...
So, last week dah tahu bila tarikh untuk c-sec. Bila dah tahu tarikh, bolehlah buat persediaan bila nak mula cuti bersalin. Tak nak lah awal sangat dan tak nak lah terlalu lewat sebab aku pun sekarang ni memang dah tak larat dah nak drive lama-lama.
Aku pun dah contact HRD mintak diorang kirakan tarikh cuti maternity aku. Alhamdulillah... lepaslah seminggu raya... kalau tak puas cuti raya nanti bolehlah tambah seminggu lagi. Huhuhu... Macam aku, kerja swasta, maternity leave cuma 2 bulan sahaja. Kan best kalau sama dengan gomen; 3 bulan. *sigh*
Yang penting, bila dah tahu tarikh bersalin, kiter kena inform awal-awal kat boss supaya boss bolehlah bersedia dengan ketiadaan kiter nanti.
Dalam masa-masa macam ni aku memang sibuk sangat kat office. Kalau boleh sebelum tinggalkan office untuk cuti bersalin nanti, nak siapkan semua kerja. Tapi memang tak mungkinlah kan? Kerja mana pernah habis!
Pagi tadi boss dah mintak aku list down semua current tasks aku untuk diserahkan kepada rakan sekerja. Rasa macam bersalah jugak, sebab kerja aku menimbun, kerja dia pun menimbun. Tapi alhamdulillah... dia terima dengan hati yang terbuka... Love you CN!
Walau apapun, Insya Allah, dalam masa beberapa hari jer lagi yang ada ni, aku akan cuba slash down list kerja mana yang boleh. Chaiyok!
Baby pulak sekarang ni memang tersangat aktif dalam perut. Kalau dulu baby gerak masa aku terjaga jer. Tapi sekarang, waktu aku tengah tidur pun baby aktif bergerak jugak hingga terjaga aku jadinya.
Dan baby memang suka bergerak atau menendang waktu aku tengah makan. Mungkin baby nak sampaikan mesej "Stop makan mama! Dalam ni dah sempit!". Huhuhu...
Berat aku pulak... actually, sepanjang mengandung hingga ke minggu 35, berat aku maintain jer. Tak der lah naik sangat. Seriously naik 2 kilo jer dari berat sebelum mengandung. Berat baby pun continuously naik. Tapi perut memang nampak besar giler.
Cuma sejak akhir-akhir ni berat naik mendadak. Dalam beberapa minggu ni naik lagi 3 kilo! So total berat badan naik berbanding sebelum mengandung ialah 5 kilo! Sementara nak tunggu bersalin ni, ntah berapa kg lagilah nak naik.
Tapi sepatutnya aku tak payah nak risau sangat.
Sebab... masa mengandung Niesreena dulu lagi teruk... naik 20 kilo! Huhuhu... Lepas bersalin turun 10 kilo jer... sadis betul! Huhuhu... Tapi tak per lah... janji baby sehat, cukup khasiat.... aku gemuk-gemuk pun janji suami sayang. Huhuhu... Alhamdulillah...
Insya Allah aku akan mula bercuti next week iaitu pada 3hb May. So, 4hb aku boleh berehat, 5hb appointment dengan doktor bius, 6hb siap-siapkan diri, 7hb 'check-in' kat hospital Putrajaya dan 8hb is the birthday!
Semoga dipermudahkanlah segala urusanku. Ameen!
Artikel enche Neezam minggu ni.
Macam biasa di Harian Metro sisipan Minda.
Ada orang tanya... Kenapa gambar pasukan bola sepak Kedah?
Untuk pengetahuan korang, enche Neezam hanya menyumbang artikel sahaja. Segala gambar dan grafik adalah daripada pihak Harian Metro sendiri.
Untuk bacaan penuh dan lebih jelas, sila klik kat bawah ni:-
https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170420/283351882033111
Semoga bermanfaat.
السلام عليكم
Sejak kebelakangan ni sangat tak sempat nak update blog sebab busy sesangat!
Kat office busy nak menyiapkan list kerja yang panjang. Hopefully dapat siapkan sebelum menjelang 'due date'. Tapi... tak der maknanyerlah nak habis, kan? Tapi sekurang-kurangnya, tak nak lah tinggalkan kerja yang berlambak. Kesian orang nak cover...
Bila balik rumah, lepas mandi, terus terbaring atas katil. Pasang air-cond sejuk-sejuk. Oh... nikmatnya!
Anak-anak nak bermanja pun kena cari mama diorang dalam bilik.
Bila balik kerja memang terasa penat sangat. Pinggang pun sakit, mungkin sebab memandu hampir 100 km setiap hari.
Alhamdulillah... nasib baik enche Neezam memahami. Panggil aku turun bila nak makan dan solat jemaah. Kerja rumah semua enche Neezam buat. Dari memasak, mengemas hinggalah mengajar anak-anak, buat kerja sekolah. Thank you sayang... Mama memang tak larat sangat sekarang.
So, hari ni aku dan enche Neezam cuti sebab ada appointment kat hospital Putrajaya.
Bukan check-in tau... huhuhu...
Hari ni just nak tetapkan tarikh bersalin.
Mungkin ada yang tahu yang aku akan bersalin secara c-sec. Sebab apa? Sebab anak pertama dan kedua dulu c-sec. History keluarga pun, emak dan adik c-sec jugak. So, doktor kata baby ketiga ni kena c-sec jugak. Memang tak der rezeki nak normal. This is not my choice but I have to.
Tapi tak per... bersalin normal atau ikut tingkap... Yang penting, baby selamat dan sihat. Insya Allah... Ameen...
Ok balik pada cerita appointment kat HPJ. Aku sampai kat hospital jam 8.30 pagi. Appointment pukul 9 pagi. Kalau ikutkan nak sampai lebih awal, tapi pagi-pagi ni jem dengan orang pergi kerja.
Sampai jer kat hospital, enche Neezam drop aku kat depan lobi dan dia pergi cari parking. Masuk tengok orang beratur panjang untuk ambil nombor. Redha dan redah. Walaupun beratur panjang, tapi laju jer.
Aku dapat nombor 2110... ada 49 nombor lagi nak sampai ke nombor aku. Jauhnya lagi! Huhuhu... Tu yang start nombor 2xxx. Ada yang start nombor 1xxx, 3xxx, 4xxx... Huish... Lama lagi nak tunggu ni!
Redha...
Cari tempat duduk. Alhamdulillah... banyak kosong. Tetiba aku perasan, mesin yang sebut nombor dan kaunter tu, dari aku masuk tak berhenti-henti panggil nombor. Laju jugak! Dalam seminit tu,lepaslah 15-20 nombor. Ye lah... ni untuk pendaftaran sahaja. Sebab tu laju dan kaunter pendaftaran memang banyak.
Tak sampai setengah jam, nombor aku naik. Buat pendaftaran, pastu gi timbang berat dan check tekanan. Then, terus ke Kaunter A iaitu Klinik O&G. Tak berapa ramai orang. Tempat duduk pun banyak kosong.
Enche Neezam sampai dengan bawakkan roti. Dia tahu bini dia ni selalu lapar. Huhuhu... Enche Neezam kata susah nak dapat parking. Yup! Hospital Putrajaya ni memang susah giler cari parking sebab parking space limited jer.
Tunggu sekejap jer, then giliran aku pulak jumpa doktor. Tak sempat nak tengok nama doktor.
Doktor tanya serba sedikit tentang pregnancy history yang lepas-lepas. Family history. Penyakit dan alahan. Then scan baby. Macam biasa, baby besar 2 minggu tapi alhamdulillah semuanya nampak sehat. Uri kat atas. Kepala nearly engaged. Baby pun dah besar 2.9 kg. Padahal hari Khamis lepas pun ada scan kat KK, berat baby 2.5 kg. Huiiissshhh... hampir setengah kilo naik dalam masa beberapa hari ni.
Bila doktor tengok semuanya ok, doktor pun bukak kalendar dan bagi tarikh.
Aku pilih hari Jumaat... tapi hari Jumaat penuh pulak. So... terpaksalah pilih hari yang lain.
Alhamdulillah... dah dapat tarikh.
Aku maklumkan pada family aku dan mertua. Diorang semua buat plan bila nak datang untuk jaga aku dan baby, serta Niesreena dan Naufal sepanjang aku kat hospital nanti. Terharu...
Kalau ikutkan, aku tak nak menyusahkan orang lain. Tapi alhamdulillah... ada je tangan-tangan yang nak membantu. Bersyukur dan terharu sangat!
So, ada beberapa minggu jer lagi sebelum nak jadi mama beranak tiga ni.
Alhamdulillah... segala persediaan dah lengkap. Insya Allah...
Cuma tengah nak cari SCR7 warna merah tak jumpa-jumpa ni! Saper nak belanja? Angkat tangan! Huhuhu...
Officially... minggu ni dah masuk minggu ke 34. Dah 8 bulan setengah dah!
Insya Allah... ada lebih kurang 4 minggu jer lagi aku akan terbaring kat OT. Huh... Perasaan bercampur baur. Takut nak kena operate but at the same time tak sabar sangat nak jumpa baby! Excited!
Baby pun semakin aktif bergerak dalam perut. Kekadang memang rasa tak tahan sangat, rasa senak. Tapi seronok bila tengok perut bergerak-gerak. Kejap-kejap berbenjol jer perut. Keras! Entah apalah baby tengah buat kat dalam nun.
So! Minggu ni baru sibuk nak sediakan beg untuk ke hospital. Actually dari usia kandungan masuk 7 bulan ari tu, nurse dah nasihatkan supaya dah buat persiapan beg ke hospital ni. Sebab bila kandungan dah cecah 7 bulan, maksudnya bila-bila jer baby boleh keluar... mungkin secara emergency. So, persediaan awal memang sangat penting. Dan beg ibu dan baby ni sepatutnya dah tersimpan terus dalam kereta.
Tapi... biasalah aku... busy dan penat jer rasa... Tak sempat nak sediakan beg.
Hujung minggu ni, kuatkan semangat jugak nak kemaskan barangan untuk dibawa ke hospital.
Disebabkan aku bersalin secara c-sec, kenalah expect duduk kat hospital lebih kurang 3 hari. So, barang keperluan pun mestilah extra daripada orang bersalin normal.
Checklist beg ibu
Penting
✿ Buku kesihatan ✿ Kad pengenalan ✿ GL - dah siap print walaupun boleh buat eGL.
Kesemua benda penting ni memang aku bawa hari-hari kemana-mana aku pergi dalam beg tangan.
Barangan kelengkapan
✿ Baju berbutang depan 2/3 pasang - biasanya bila di hospital, kiter kena pakai baju yang disediakan oleh pihak hospital. Apapun, sediakan je baju sendiri. Pastikan berbutang di hadapan untuk memudahkan proses menyusu baby nanti. ✿ Kain batik 5 pasang ✿ Tudung sarung, anak tudung 2 helai & cover lengan ✿ Baju sejuk 1 helai ✿ Stokin 3 helai ✿ Selipar ✿ Maternity bra ✿ Disposable panties ✿ Maternity pad ✿ Bengkung - untuk yang bersalin c-sec, pastikan dapatkan bengkung khas untuk c-sec ✿ Tuala ✿ Toiletries - berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, pencuci muka, feminin wash, etc... ✿ Minyak angin/panas @ pilis/param ✿ Pam susu - biasanya hari pertama dan kedua, susu tak banyak sangat. Tapi sediakan ajer pam susu. Aku cadangkan (1) pam susu manual jenis silikon. Aku jugak sediakan (2) pam susu auto sebab kalaulah ada rezeki susu banyak dalam sehari dua lepas bersalin, bolehlah pam untuk stok. Aku beli pam susu auto yang kecil je buat masa ni. Senang nak bawak kemana-mana... Kalau ada rezeki susu melimpah ruah, kite cari yang heavy duty pulak yer...
✿ Telekung - untuk kegunaan sebelum bersalin ✿ Nursing cover ✿ Plastik baju kotor
Lain-lain
✿ Botol air panas ✿ Air zam-zam ✿ Pati halia ✿ Handphone + charger + power bank ✿ Milo 3-in-1 atau susu
Checklist beg baby
Ke bilik bersalin
❤ Baju lengan panjang ❤ Lampin ❤ Mitten & booties ❤ Topi ❤ Kain bedung
Masukkan dalam satu beg kecil. Senang suami nak cari dan bawa ke bilik bersalin nanti.
Barangan kelengkapan baby
❤ Baju dan seluar lengan panjang 5/6 pasang ❤ Baju lengan pendek 3 pasang ❤ Barut 3 helai ❤ Mitten / booties / cap ❤ Set mandian baby ❤ Minyak yuyi ❤ Tuala & tuala kecil ❤ Lampin ❤ Kain bedung ❤ Wet tissue ❤ Termometer ❤ Bantal kecil ❤ Botol susu
Abang Naufal pun nak enterframe jugak. Bagilah can kat baby mama ni. Tak lama jer lagi nak jadi anak bongsu... pasni nak jadi abang...
Siap semua barang!
Masukkan semua ke dalam beg. Nanti campak dalam kereta.
Kalau nak sediakan sikit-sikit pun ok jugak. Kalau tak cukup barang nanti mintak jer lah suami tolong bawakkan kemudian dari rumah. Cuma, bagi aku, kalau dah lengkap bawa semua lagi bagus. Tak lah husband susah payah nak cari nanti.
Siap dah beg nak ke hospital!
Baru rasa lega sikit.
Selain daripada persediaan beg untuk ke hospital. Ibu-ibu pun kena buat persediaan fizikal diri sendiri sebelum tiba masa kelahiran nanti, iaitu:-
(1) Potong rambut - kalau rambut terlalu panjang, eloklah potong rambut. Paling-paling pun sehingga paras atas bahu. Sebab nanti senang bila kiter nak bersihkan diri - tak perlu nak shampu rambut lama-lama dan rambut pun masih boleh diikat ketat-ketat untuk elakkan angin.
(2) Potong bulu di bahagian sulit - biasanya doktor atau nurse akan bagitau hal ni kat ibu beberapa minggu sebelum bersalin. Pastikan bahagian ni dibersihkan sebelum ke hospital. Kalau tak nanti, nurse atau MA yang akan bersihkan. Lagi maluuuuuu!
(3) Barang kemas - tanggalkan semua barang kemas dan simpan di tempat yang selamat di rumah. Jangan dah sampai kat hospital baru sibuk nak tanggalkan... takut tercicir atau salah letak... nangis tak berlagu laaa... Simpan elok-elok di rumah dan pastikan selamat. Sebab waktu berpantang nanti ada ramai tetamu yang datang ke rumah.
Itu jer lah yang terlintas difikiran ni. Ada apa-apa lagi tak yang tertinggal?
So... get ready!
Hujung minggu ni enche Neezam berkursus kat sini.
So, aku dan little Khairuns mengekor laaaa... lepak-lepak... relax-relax... di kala enche Neezam stress pecah otak pagi petang siang malam sepanjang hujung minggu ni. Huhu...
Kitorang check-in hari Jumaat yang lepas. Ni kali kedua kitorang lepak kat Avillion Cove ni...
Bilik best la... besar!
View dari bilik pun cantik. Boleh tengok laut lepas. Bila malam angin kuat sangat!
Bebudak ni... excited laaaa... Lepas check-in, solat asar, terus ajak pergi pool jer. Lebih-lebih lagi bila nampak pool dari bilik. Lagilah diorang tak sabar.
Kat Avillion Cove ni tak der pantai tapi harbor. So, banyaklah kapal-kapal mewah besar kecik yang 'lepak' kat sini. Kitorang cuci mata jer lah.
Kalau nak merasa mandi pantai kena keluar dari kawasan hotel dan ke hotel sebelah. Kat sana pantainya cantik dan airnya bersih. Boleh jalan kaki jer lebih kurang 200 meter.
Niesreena dan Naufal beriya ajak gi pantai... tapi aku tak larat dah nak jalan. So, kali ni lepak kat pool jer. Next time jer lah gi terjah pantai. Tunggu baby keluar! Hehehehe...
Dari pool penuh, sampai pool kosong, Niesreena dan Naufal tetap setia jadi penunggu pool. Bila ajak naik mesti jawab "5 minit jer lagi, mama". Tapi 5 minit diorang sama dengan sejam!
Hmmm... tak per lah... layan jer lah sementara baby tak keluar lagi ni.
Ayah sesekali jer join Niesreena dan Naufal berenang; petang-petang bila dah habis kursus.
Puaslah bebudak ni berkubang dalam pool. Asah lagi skill berenang diorang. Dari berenang biasa... sekarang diorang dah mahir kuak lentang pulak.
Skill diorang entah betul entah tidak sebenarnya, sebab diorang belajar berenang sendiri, tak pernah gi kelas renang pun. Hmmm... tak kesahlah... asalkan terapung. Huhuhu...
Lepas ni... tunggu baby keluar pulaklah baru kiter lepak hotel lagi yer anak-anak.
Juliet le sweetheart's on FB. Jom 'like'!
y(^-^)y
Blog Developed by Juliet le Sweetheart
Powered by blogger.com