♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, May 31, 2016

Hadiah untuk rumah dari emak

Alhamdulillah... mak hadiahkan dapur masak baru untuk dapur baru.

Lepas ni boleh masak sedap-sedap lagi untuk family dan mak abah bila datang rumah nanti yer....

Terima kasih, emak!

Love you sooooo much!

Monday, May 30, 2016

Hobi : Kumpul duit

Ini lah hobi aku masa sekolah dulu.

Kumpul duit-duit overseas dan duit-duit lama. Abah dulu selalu outstation overseas bawak balik duit merata. So, aku kumpullah.

Ini antara duit yang aku sempat kumpul. Actually dulu ada duit seringgit emas tu. Tapi aku tengok kat poket dia dah kosong plak. Ni mesti ada yang mencopek ni. Hmmmm... aku lah tu dulu kot. Time sesak. Huhuhu...

Yang paling berharga sekarang ni ialah duit-duit Malaysia lama ni.

Duit RM2 dengan tandatangan 'Aisyah' @k@ Gabenor Ali Abdul Hassan katanya boleh capai ribuan ringgit. Entah ye entah tidak lah kan.

Duit syiling Malaysia $1 tu tahun 1971. Aku pun tak ingat dah kat mana aku dapat.

Hmmmm... ada sesaper berminat nak beli tak?

Sunday, May 29, 2016

Pasang rail langsir bilik Naufal

Projek hari ni, pasang langsir kat bilik Naufal!

Hari tu aku berkenan sangat kat satu langsir yang aku jumpa kat Nilai Square. Tapi enche Neezam kata, cuba kita survey kat Nilai 3. Kot-kot boleh jumpa yang lebih cantik atau yang sama tapi lebih murah.

Survey punya survey punya survey kat Nilai 3, tapi tak der yang berkenan. Ye lah... Orang kata, kalau hati dah berkenan yang itu, tetap nak yang itu jugak!

So, balik semula ke Nilai Square, tempah langsir 10x5 kaki untuk bilik Naufal. Lebih kurang sejam, siap! Beli sekali dengan 2 rail 5 kaki.

Sampai rumah, enche Neezam terus jadi handyman, pasang rail langsir.

Dah akhirnya!

Perfect!

Bukan senang woooo nak pasang rail langsir ni. Lebih-lebih lagi nak tebuk lubang dekat dengan corner tu jenis batu keras. Gigih aku tengok enche Neezam tembak.

Pastu kena pastikan rail tu tegak lagi... tengah lagi... Aku mampu tengok jer lah.

Alhamdulillah... hasilnya sangat puas hati!

Good job enche Neezam!

Saturday, May 28, 2016

The Angry Birds Movie

Semalam balik jer dari kerja bergegas ke IOI City Mall Putrajaya. Blanjer bebudak tengok
The Angry Birds Movie.

Naufal yang paling seronok. Dari ari tu lagi mintak nak tengok.

Overall, citer ni biasa-biasa jer. Tak lah best sangat. Boleh expect jalan citer dia macam mana. Tapi tak lah membosankan sangat. Kira okay jer lah...

Hujung minggu ni bebudak ni akan 'dipos' balik kampung. Bagi dok lepak kampung dengan mak tok dan ayah tok sepanjang cuti sekolah ni. Boleh ikut mak tok dan ayah tok jejalan.

Manakala aku dan enche Neezam akan honeymoon sibuk mengemas rumah untuk berpindah!

Semangat!

~~~(^-^)~~~

Thursday, May 26, 2016

Kumpul menu sendiri untuk bulan Ramadhan

Tak lama jer lagi bulan Ramadhan bakal menjelang tiba.

Awal-awal lagi aku dah pasang niat nak memasak setiap hari untuk hidangan berbuka. Gigih! Hehehhehe... Insya Allah...

Aku bukanlah pandai sangat masak pun. Nak kata rajin masak pun tak... Ikut mood jugak.

Cumanya masa bulan Ramadhan ni, biarlah masak sendiri. Lebih jimat kot. Kalau setakat kuih muih tu bolehlah buat tambah-tambah beli dari pasar Ramadhan... sekali sekala.

Pengalaman tahun lepas, harga kat pasar Ramadhan boleh tahan mahal. Sekali pergi pasar, boleh habis berpuluh ringgit. Kekadang tu bila dah beli makanan macam-macam, waktu berbuka tak termakan. Membazir jer. Akibat mengikut nafsu!

So, niat Ramadhan kali ni, nak cuba berjimat. Tak nak membazir makanan. Insya Allah...

Masak kat rumah, masak lebih kurang jer. Masak cukup-cukup untuk berbuka dan sahur.

So, aku kumpul-kumpul balik menu-menu yang pernah masak dulu. Just nak refresh. Tak lah buntu sangat nak cari idea hari-hari.

Menu kegemaran enche Neezam sebenarnya ialah telur goreng mata dengan bawang dan cili padi, pastu tambah kicap. Selera jer dia makan untuk bersahur.

Apa-apapun, yang lebih penting, kedatangan bulan puasa ni, semoga kita semua mendapat zat di bulan Ramadhan, mempertingkatkan lagi amalan dan kumpul pahala banyak-banyak!

Insya Allah...

Wednesday, May 25, 2016

First trial resepi baru yang awesome!

Beberapa minggu yang lepas, aku makan 2 menu ni dengan kengkawan; stim seafood masa kat Penang ari tu dan sayur buncis telur asin kat restoran Adam Lai. Seriously sedap!

Aku ni, bila dah makan sedap, mulalah teringat dekat laki dan anak-anak kat rumah. Kan bagus kalau diorang dapat rasa.

So... masa makan tu, rekod betullah segala rasa kat lidah ni. Dah macam juri masterchef dah jadinya. Hehehehe... Nekad, satu hari nanti nak buat kat rumah, nak bagi Khairuns rasa sedapnya 2 menu ni.

Balik kerja semalam memang buntu nak makan apa. Teringat ada lala kat rumah, terus teringat nak try buat seafood stim. Sebelum sampai rumah, singgah kedai dulu beli bahan-bahan.

Tengok pulak ada telur masin dan kacang buncis kat kedai, hmmmm... nampaknya trial untuk 2 resepi sekaligus kali ni!

Alhamdulillah... first trial... kedua-duanya menjadi dengan jayanya. Serious sedap!

Enche Neezam pun puji... lepas aku dok puji diri sendiri. y(^-^)y

Huhuhu... tak malu!

Niesreena dan Naufal pun tak henti-henti kata sedap.

So, inilah hasilnya...

Stim seafood

dan

Kacang buncis telur asin

Enche Neezam kata kacang buncis ni ada 'kurang' sikit.

Kurang banyak!

Hahhahaha... Hmmm... Sebab sedaplah tu. Selalunya aku memang masak sayur sikit jer sebab selalu tak laku. Budak-budak ni kena paksa makan sayur, barulah ambik makan. Kalau tak suruh, memang sayur tak bersentuh.

Seriously, sepanjang-panjang aku masak sayur, inilah first time, sayur habis dulu berbanding menu-menu lain. Naufal yang tak makan sayur tu pun berebut-rebut nak makan. Naufal siap kata, "macam bukan sayur jer".

Sekejap jer licin dua-dua lauk.

Ya Allah... Alhamdulillah... Bersyukur atas nikmat rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami.

Teringin pulak nak sajikan menu ni buat mak abah.

Insya Allah, one sweet day!

Dan Insya Allah... bebila nanti aku kongsikan resepi dengan korang. Bolehlah buat menu untuk berbuka puasa nanti.

Monday, May 23, 2016

Progress Renovation Rumah Minggu 9

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

الحَمْد لله

Insya Allah... minggu ni minggu terakhir renovation.

So, minggu depan dah boleh pindah masuk.

Just in time; bebudak cuti sekolah dan before puasa.

So, bolehlah ambik cuti dan settelkan hal rumah.

Overall, aku sangat berpuas hati dengan hasil kerja Vin and the gang. Sangat kemas dan halus.

Of course, tempat favorite aku ialah our new wet kitchen.

Nak tengok?!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Tada!

Haaaa... siap ada model kat situ.

Hehehehe...

I love love LOVE love love my new kitchen soooooo much!

Actually, kitorang tak plan pun nak buat dapur basah ni secantik ni. Nak buat biasa-biasa jer. Tapi hasilnya tercantik plak. Heheehhe...

Ni jer yang mampu. Kitchen cabinet kena postpone dulu. Budget dah tak der. Kena tunggu tabung penuh balik. Berdikit-dikitlah kiter yer.

Sunday, May 22, 2016

Resepi | Ayam goreng biskut

Dulu masa kecik-kecik, emak rajin buat ayam goreng biskut. Entah dari mana emak dapat resepi ni ntah. Tapi yang pastinya, ayam goreng biskut ni memang sedap! Lebih sedap dari ayam KFC.

So, malam ni, tengah buntu-buntu tadi pikir nak buat ayam masak apa. Tetiba teringat kat ayam goreng biskut yang emak selalu buat dulu.

Ya Allah! Masa makan, memang teringat makan ayam ni masa kecik-kecik dulu kat rumah, dengan mak abah dan adik-adik. Mengamit memori sangat!

Next time nak beli kepak dan peha, then goreng macam ni, makan panas-panas. Nyum nyum.... sedap!

So, hari ni nak kongsi resepi unik ni dengan korang.

Sangat senang nak buat.

Ayam Goreng Biskut

Bahan-bahan

Ayam yang telah dibersihkan.

Biskut cream cracker ditumbuk sehingga hancur.

Sebiji telur di pukul + garam secukup rasa.

Cara-caranya

Panaskan minyak di dalam kuali. Pastikan minyak banyak sebab kena goreng deep fried.
Bila minyak dah panas, celup ayam dalam telur kemudian salutkan dengan biskut yang telah dihancurkan tadi.
Goreng selama lebih kurang 15 minit dengan api sederhana besar.
Siap!

Senang kan?

Selamat mencuba!

Wednesday, May 18, 2016

Wordless Wednesday | Outstation

Monday, May 16, 2016

Surprise Hari Guru

Pukul 8.15 malam.

Tiba-tiba pintu rumah diketuk dengan kuat.

Enche Neezam yang sedang duduk santai di ruang tamu sambil menonton Berita Utama terus tersentak dek bunyi ketukan yang kuat. Hampir tercabut kain pelekat yang dipakai. Kelihatan muka enche Neezam cuak dan terkejut.

Aku cepat-cepat mencapai tudung sambil tersenyum melihat muka enche Neezam yang penuh tanda tanya.

Alamak! Enche Neezam selak langsir!

"Laaaa... Korang...." kata enche Neezam. Muka yang mulanya cuak bertukar ceria.

Enche Neezam membuka pintu dan kedengaran nyayian "Allah selamatkan kamu" yang agak sumbang.

Hahahhahha...

Aishhh... formalnya... Tak biasa! Heheheh...

Tukar tune eh...

Actually rumah kena terjah dengan x-jaksa KK1 tahun 2015. Diorang datang nak raikan hari guru untuk enche Neezam.

Awal-awal lagi Farhana dah watsapp aku. Katanya nak datang rumah dan buat surprise. Tak nak enche Neezam tahu. Terharu plak aku. Enche Neezam apatah lagi. Terharu sesangat!

Terima kasih adik-adik kerana sudi datang meraikan hari guru dengan enche Neezam, membuatkan hari guru kali ni lebih bermakna. Seriously, enche Neezam sangat happy dan terharu sangat.

Semoga adik-adik semua dipermudahkan dalam pelajaran dan dapat mencapai cita-cita masing-masing. Amin...

Selamat hari guru buat suami tersayang,
Dr Khairunneezam Mohd Noor.

Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

Usman Awang
1979

Sunday, May 15, 2016

Fitnah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Allah SWT menegaskan
"Dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan..." 
(surah Al Baqarah ayat 217)

Dan andai engkau tidak bertaubat dari dosa fitnahmu serta tidak memohon kemaafan dari saudara yang kamu fitnahi itu baik berupa kata-kata, tulisan mahupun gambar, maka ingatlah tempat tinggal kamu selepas mati adalah di dalam neraka yang menyakitkan.

Syurga nan indah tidak pernah disediakan buat para pemfitnah.

Firman Allah yang bermaksud
"Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan."
(Surah Al-Hujurat: 6)

Jangan anggap menyebarkan cerita tidak benar itu sekadar kesalahan kecil. Hakikatnya, fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga.

Rasulullah bersabda yang bermaksud
"Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

‪#‎alhamdulillah‬ ‪#‎tabungpahala‬ ‪#‎peringatanuntukdirisendiri‬ ‪#‎selamatmalam‬ ‪#‎assalamualaikum‬ ‪#‎terimakasihkawan‬ #deep

Saturday, May 14, 2016

Progress Renovation Rumah Minggu 8 | Teaser |

Teaser sangat kan!

Ngengada betul... y(^-^)y

Alhamdulillah... renovation rumah dah hampir siap.

Excited sangat!

Buat masa ni sangat berpuas hati dengan kerja kontraktor. Alhamdulillah...

Bilik baru kat tingkat atas, Insya Allah bilik Naufal.

Dan ini... my favorite wall  at my favorite area!

Kitchen, of course!

Bebudak ni tak sabar dah nak pindah. Boleh main kat taman dengan kawan-kawan dan kembali hidup berjiran.

Insya Allah... a few weeks to go before we could move in.

Exited!

back to top