♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, July 31, 2013

Wordless Wednesday | Baju Raya

Tuesday, July 30, 2013

Gift, gift & gift...

Best betul!

Best betullah kengkawan office ni berjalan...

Best betullah kitorang dapat cenderamata...

Terima kasih daun keladi, lain kali berjalan kasi cenderamata lagi!

Hehe...

Sunday, July 28, 2013

Bila rambutan dah mula masak ranum

Alhamdulillah... rezeki di bulan puasa ni, pokok rambutan kat rumah mertua berbuah banyak sangat! Seronok kitorang dok petik!

My superhero jadi tukang petik. Petik yang tinggi-tinggi!

My baby Niesreena jadi tukang kutip.

Seriously seronok kutip buah dari pokok. Nasib baiklah bulan puasa... kalau tak... mesti aku ngap kat situ jugak! ;p

Yang bestnya pokok ni berbuah dari atas sampailah ke bawah! Niesreena dan Naufal pun boleh petik sendiri!

Naufal... hantu rambutan!

Aku suka makan buah rambutan yang baru masak. Belum merah dan masih kuning-kuning lagi sebab masa ni buah rambutan rangup dan manis jugak.

Banyak kitorang dapat kutip buah rambutan. Dah beberapa hari ni berbuka dengan buah rambutan. Ada kawan kata, kerabu buah rambutan sedap. Tak pernah cuba plak. Betul ke sedap? Hmmm... nampak gayanya kenalah try dulu kan...

Jom! Jom cari resepi! Boleh makan masa berbuka... #keraburambutan

Saturday, July 27, 2013

Pelita Raya Bunga Api

Tahu! Tahu! Belum malam 7 likur lagi... Hehehe... Baru nak 18 Ramadhan...

Cuma keterujaan memasang pelita dah datang meluap-luap! Lagipun balik kali ni, semua adik-adik ada berkumpul bersama. So, seronoklah pasal pelita sesama...

Enche Neezam kata, dia memang dah expert dalam bab-bab pasang pelita ni. Hehehe... Iyerrr lah tu...

Ni pun expert gak...

Ini pelita namanya ya Niesreena...

Berseri rumah dikelilingi pelita. Baru terasa yang Syawal semakin hampir dan Ramadhan semakin meninggalkan kiter...

Naufal... mengeluarkan stok-stok bunga apinya...;p

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba! Jom main bunga api!

Sebenarnya ni stok bunga api dari tahun lepas tak habis-habis! Tahun ni kiter kasi habis!!!

\(^^)/

Seronok Niesreena dan Naufal main bunga api. Memula takut... lepas tu tak nak berhenti! Huhuhu...

Friday, July 26, 2013

Cuti Nuzul Quran

Selamat menyambut Nuzul Quran...

Hari ni Selangor cuti... So, aku cutilah... Tapi enche Neezam kerojo, Niesreena dan Naufal pun sekolah. Maklumlah, diorang orang nogori. Nogori tak cuti...

Tinggallah aku seorang diri di rumah hari ni.

So, misi hari ni ialah... shopping!

Tapi sebelum tu, nak gi colek mamat ni, bawak gi shopping!

Good luck, Julie!!!

Thursday, July 25, 2013

Chef Neezam & Chef Niesreena in da house!

Sejuknya hati... bila balik dari office jer tengok enche suami tengah sibuk memasak di dapur... :)

Enche Neezam memang tak beli apa-apa dari pasar Ramadhan hari ni. Kuih pun tarak! Chef Neezam sediakan semua; dari main dish, kuih dan air.

Dan signature dish chef Neezam yang enaklicious ialah popia goreng! Serious sedap!

Inti yang chef Neezam sediakan ni memang sedap! Juicy!

Ha... Macam biasa... Chef Niesreena pun sebuk nak menolong jugak. Budak tecik memang suka sebuk dalam buat-buat kerja gini. Beria sangat nak menolong.

Memula letakkan inti.

Pastu gulung ketat-ketat...

Letakkan bacuhan tepung sikit kat atas supaya kulit popia tak terbuka masa menggoreng.

Dah siap! Hasil tangan Chef Niesreena!

Good job, Niesreena!

Ini antara juadah iftar yang disediakan oleh chef Neezam dan chef Niesreena hari ni. Walaupun ringkas, tapi tetap menyelerakan. Yummy!

Chef Neezam kata, dia masak dengan penuh kasih sayang. Patutlah sedap dan berselera jer aku makan. :)

And another surprise from him... Thanks darl... Love you sooo much!

Wednesday, July 24, 2013

Puasa Niesreena

Tahun ni tahun pertama aku dan enche Neezam nak ajar Niesreena berpuasa. To be honest, aku tak yakin yang Niesreena dapat jalankan ibadah ni betul-betul. Sebab Niesreena, walaupun kecik comel jer, tapi kuat makan. :)

Sebelum bulan puasa, aku ada baca beberapa blog-blog dan artikel, macam mana nak galakkan anak-anak berpuasa, terutamanya bagi yang baru mula nak belajar berpuasa.

Perkara pertama dan penting, kiter sebagai ibu bapa kena fahamkan pada anak tu, apa itu puasa? Kenapa kiter kena puasa? Dan apa nikmat dan hikmat puasa?

Ini yang kitorang bagitau Niesreena... sehari sebelum puasa... hahaha... sempat jugak. Dan alhamdulillah Niesreena faham.

Ooooo ye... selain tu... katakunci penting ialah 'kalau tak puasa, tak boleh raya'... hahaha... kejam tak?

Dan bagi menggalakkan Niesreena seronok berpuasa, aku buatkan Niesreena kalendar Ramadhan... Boleh dapatkan dari prof Google yer kengkawan...

Setiap hari, kalau Niesreena puasa penuh, Niesreena boleh lekatkan sticker yang aku buat kat bawah ni, lekat kat kalendar tu. Niesreena nampak teruja!

Pada masa yang sama ayah Niesreena pun janji RM5 sehari kalau Niesreena dapat puasa sehari penuh! Ayah tok pulak janji RM3 sehari plus RM10 kalau puasa penuh sebulan! Kaya! Kaya! Hahaha...

Hari pertama Niesreena puasa; balik dari sekolah, Niesreena asyik merengek dan kata lapar... lapar... Sampai nak marah aku jadinya. Bukan tak nak kasi Niesreena berbuka, tapi sebab dah pukul 6 lebih, macam sayang jer kalau berbuka. Nasib baik, bila suruh dia berbuka, dia tak nak pulak...

Alhamdulillah... hari pertama, Niesreena berjaya jugak berpuasa penuh.

Esoknya, sampai office, aku rujuk prof Google. Cari aktiviti-aktiviti yang boleh Niesreena buat dan leka sementara nak tunggu waktu berbuka. Alhamdulillah... banyaklah idea; mewarna, melukis, gunting-gunting, semuanya more to craft lah... Carikan Niesreena bahan-bahan dan kertas berwarna untuk aktiviti dia sementara nak tunggu waktu berbuka. Kalau membaca dan tengok tv, takut Niesreena mengantuk dan asyik teringat lapar jer...

Alhamdulillah... lama kelamaan Niesreena semakin ok! Dah tak mengadu dan merengek lapar lagi. Steady jer Niesreena aku tengok. Syukur alhamdulillah. Syukur Ya Allah...

Dan yang lebih membanggakan. Hingga ke hari ni, dah 2 minggu, Niesreena masih berpuasa penuh!

Well done, Reena. Mama dan ayah bangga sangat dengan Reena! Half way to go! Mama dan ayah percaya Reena boleh berjaya sampai habis Ramadhan... Insya Allah...

Dugaan yang paling besar yang Niesreena hadapi hari-hari ialah dari Naufal! Kalau makan mesti nak tunjuk kat kakak dia. Actually, Naufal nak ajak kakak Niesreena dia makan sama-sama. Tapi jemputan tak bersambut. Hehehe... So, terpaksalah Naufal makan sorang-sorang. Hmmmm... so, hari-harilah aku dengar Niesreena menjerit "Naufal! Jangan makan depan kakak!"

Naufal... Naufal...

\(^^)/

Tuesday, July 23, 2013

Tahfiz Muda Muhtadi Ahmad

Subhanallah... Allahu Akhbar!

Baru berusia 3 tahun lebih dah boleh hafaz al-Quran... Kagum sangat!

Friday, July 12, 2013

Transformasi Pemikiran Sarwajagat

Alhamdulillah... satu lagi buku Dr Khairunneezam tahun ini... Tahniah!

Wednesday, July 10, 2013

Wordless Wednesday | It's 1st Ramadhan

back to top