Hari ni aku cuti! Purposely cuti sebab nak menyibuk ikut rombongan bebudak Permata Insan gi kilang cekelat dan biskut! Macam menarik kan? \(^^)/
~Kilang coklat Beryl's ni terletak di Seri Kembangan. Beryl's Chocolate Woderland katanyew...~
Sesampai jer kitorang kat sana, kitorang dibawa ke bilik tayangan. Kat dalam bilik tu tak boleh ambil gambar apatah lagi video. So, tengok jer lah yer...
Diorang tayangkan serba sedikit mengenai asal-usul coklat dan bagaimana coklat Beryl's dihasilkan. Daripada pemilihan koko, serbuk coklat dan akhirnya hasil coklat yang pelbagai. Macam mana diorang coated kacang, bentuk coklat, semua diorang tunjuk...
Niesreena dan Naufal serta bebudak permata tu, setiap kali keluar gambar coklat yang mengiurkan, nampak sangat diorang excited! Siap menjerit "waaaaaaaaa....". Ramai hantu coklat rupanya! Hehe..
~Bestnya kalau dapat coklat besau ni... Hormon gumbira nih! Hehe...~
Selesai tayangan dalam 10 ke 15 minit tu, kitorang dibawa masuk ke ruang diorang buat coklat. Tak lah masuk bebetul dalam kilang, tapi masuk memang ruang tetamu. Kitorang boleh tengok macam mana diorang proses coklat.
Melangkah masuk ke ruangan tu, semerbak bau coklat! Sedapnya....
Kat dinding-dinding banyak terdapat koleksi coklat dari 'zaman jepun' hinggalah sekarang. Ada beberapa jenis dan jenama coklat yang dipamerkan. Ada jugak bungkusan coklat yang aku tak pernah tengok sepanjang hidup sebelum ni. Bukusan coklat tahun 70an dan 80an memang menarik dan unik! Sayangnya tak boleh nak tangkap gambar kat situ.
Niesreena terpandang satu coklat Cadbury berbentuk rabbit. Actually itu ialah coklat Easter Bunny, Niesreena kata "Mama, Reena pernah makan coklat macam tu masa kat Australia". Hmmmm... Niesreena ingat lagi! Bagus betul ingatan! Masa kat OZ dulu, aku memang hantu coklat! Dah tu, coklat sana murah... Huhu...
Kitorang melalui lorong berkaca. Dari luar kitorang nampak pekerja-pekerja kilang coklat tu sedang bekerja. Banyaknya coklat! Geram jer Naufal dan Niesreena tengok dari luar. Aku pun sama... Enche Neezam pun sama... Hehehe...
Keluar dari kawasan pemprosessan coklat, destinasi seterusnya tentulah kedai diorang! Banyaknya coklat! Rasa macam nak beli semua!
Harga, agak murah kalau nak banding beli kat pasaraya. Harga kilanglah katakan...
Aku sempat jugak mengepow enche Neezam untuk dapatkan 'hormon gembira' nih... Hehehhe...
Selesai di kilang coklat Beryl's, kitorang ke kilang biskut dan kek Beryl's pulak. Lokasi dia beberapa meter dari kilang coklat.
Sama macam kat kilang coklat tadi, bila sampai jer kat sana, kitorang disajikan dengan video cara-cara pembuatan biskut dan kek kat kilang Beryl's ni. Memang menarik!
Ada macam-macam jenis biskut dan kek kat sini! Niesreena awal-awal lagi dah mintak macaroon... pastu makan tak habis. Tak sedap katanya...
Destinasi terakhir kitorang hari ni ialah ke Putrajaya.
Bukan berjalan kemana pun. Kitorang ke Masjid Tuanku Mizan jer. Masjid ni lebih dikenali dengan nama Masjid Besi. Ini pertama kali aku jejakkan kaki kat Masjid Besi ni. Kagum tengok masjid yang indah ni!
Melangkah masuk ke dalam masjid, memang kagum sangat tengok interior dia! Cantik sangat! Subhanallah...
Siap ada sudut mainan kanak-kanak lagi... Kelassssss... Memang seronoklah Niesreena dan Naufal...
Hari yang memenatkan tapi sangat menyeronokkan. Enche Neezam terpaksa balik semula ke kem demi tugas kepada negara. Dan aku akan balik ke KL plak sekejap lagi untuk special celebration dengan famili aku. Sian enche Neezam tak dapat join...
Tak per! Yang peting... hasil 'tangkapan' hari ini lumayannnnnnn...
Ngeh ngeh ngeh....
Special entry is next!!!