**She hits NYC last Monday...**
This is our love story...
Love of Dr. Khairunneezam
Blessed with 3 adorable kids
Khairunniesreena & Khairunnaufal & Khairunneeyaz
♥
Sepang, Malaysia
♥
♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...
Amin... ♥
Assalamualaikum... Insya Allah esok kiter semua akan menyambut hari raya Aidil Adha...
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan...
Salam Aidil Adha
Maaf Zahir & Batin
Selamat melakukan ibadah korban.
Semoga semua ibadah yang kita lakukan dengan ikhlas akan diterima Allah s.w.t.
Hari ni, 9 Dzulhijjah. Hari untuk puasa sunat Hari Arafah. Banyak manfaat kalau berpuasa hari ni. Semalam niat nak berpuasa hari ni, tapi tak der rezeki pulak... Ruginya kalau tak berpuasa hari ni. Ruginya aku...
Kepada kawan-kawan yang berpuasa hari ni; Selamat berpuasa. Kepada yang nak balik kampung hari ni; Semoga selamat sampai ke destinasi.
Insya Allah aku akan balik ke rumah mertua petang ni.
Tapi pada saat ini... aku masih setia di meja kerjaku, di pejabat...
Kerja! Kerja!
Penangan Adam & Hawa :)
Hari terakhir kat Teluk Batik. Pagi-pagi lagi Niesreena dan Naufal dah bangun sebab nak gi serang swimming pool. Maklumlah hari ni nak balik. So, nak mandi swimming pool puas-puas katanya... Haaa... dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 10.30 pagi dok berendam. Puas sangatlah tu...
Naufal memang nampak enjoy. Enjoy sangat! Niesreena suam-suam kuku jer sebab masih demam... Sian anak mama...
Lepas lunch kitorang bertolak balik tapi sempat lagi singgah shopping kat Lumut. Bawak balik ole-ole untuk family dan kengkawan.
Overall percutian kali ni boleh kata.... hmmmmm... biasa jer lah... Instead of hotel yang kureng... Yang lain semua ok, makan kat hotel ni pun not bad. Bbq dia best jugak! Cuma location dia agak jauh dari pantai dan interior dia memang low habis lah. Tak macam yang dia tunjuk dalam website dia.
Tapi yang penting dapat kenal-kenal dengan family dan colleagues enche Neezam. Naufal siap dapat 'auntie' lagi. Kemain anak jantan mama ni. Kecik-kecik lagi dah pandai. Siap jalan nak berpimpin tangan dengan 'auntie'. Pantai tu pilih 'auntie' berstatus Miss...Huhuhu...
Last year family day kat Ayer Keroh, Melaka. kali ni kat Teluk Batik, Lumut, Perak. Hmmmm... tahun depan agak-agak kat mana yer? Langkawi nak? ;p
Selamat tinggal Teluk Batik!
Hari kedua!
Pagi ni enche Neezam ada meeting. Lepas sarapan, aku bawa Niesreena & Naufal gi swimming pool. Seronok betul diorang!
Lepas lunch, kitorang semua ke naik bas USIM ke Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor! Yey! Niesreena & Naufal memang happy sangat. First time naik feri!
Aku dulu pernah sampai Pulau Pangkor ni. Tapi dah lamaaaaaa sangat dengan mak abah dan adik-adik. Dah tak ingat dah. Nasib baik ada gambar jer... hehe..
~Jom! Cepat!~
~Lama jugak nak tunggu feri ni~
~Penat berdiri, kiter duduk plak~
~Masa untuk berlepas!~
~Naufal & Nuha~
Alhamdulillah, cuaca hari ni sangat baik. Tak hujan tapi agak panas...
Tiba ajer di Pulau Pangkor, kitorang naik van warna pink. Van ni akan jadi pemandu pelancong kitorang pada hari ni.
Destinasi pertama kat Pangkor ni ialah ke Kota Belanda. Kat Kota Belanda ada bekas peninggalan bangunan lama yang didirikan oleh orang-orang Belanda. Bangunan tu dulu adalah untuk menyimpan bijih timah. Aiseh... dah macam cikgu sejarah plak... Huhu...
Destinasi kedua ialah ke muzium Pangkor. Mini muzium! Kecik jer muzium ni tapi banyaklah barang-barang peninggalan orang-orang lama kat sini.
Kemudian kitorang dibawa ke Foo Lin Kong temple. Kawasan temple ni macam kat kaki bukit, makin tinggi kitorang naik, makin cantik pemandangan sekeliling pulau yang dapat kitorang tengok. Kat temple ni jugak banyak sangat ikan besar-besar dan kura-kura yang diorang bela. Memang banyak giler!
Next, pakcik teksi tu bawak kitorang gi shopping hasil makanan laut kat salah satu kedai makanan laut yang agak besar ni. Kat sini harga dia murah-murah sangat. Memang jauh lebih murah kalau kat tanah besar.
Haaa... kat sini memang tak sempat nak tangkap gambar. Sebab... haha... biasalah... sibuk sangat shopping dan makan tester sampai kenyang. Muahahahha... tak lah sampai kenyang... tapi sampai puas hati jer... Banyak jugak borong kat sini. Tu yang sampai tak sempat nak tangkap gambar! ;p
Sebelum berangkat balik, kitorang sempat solat dan makan tengahari dan shopping lagi! Pantai-pantai di Pulau Pangkor ni memang cantik. Airnya bersih dan pasirnya putih! Rasa nak mandi jer!
Kitorang balik ke Lumut menaiki feri jam 5.45 petang. Penat! Tapi best!
Malam tu ada bbq dinner di hotel penginapan kitorang. Lagi sekali! Tak der gambar! Dah tu masing-masing makan tak hengat dunia... Adoiiii... Huhu...
Malam tu jugak
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Niesreena demam!!! :(
Hari ni ialah hari yang ditunggu-tunggu oleh Niesreena & Naufal. **Well, actually mama & ayah diorang jugak! ;p** Sebabnya, hari ni kitorang akan bercuti ke Teluk Batik sempena dengan Hari Keluarga warga FKP, USIM.
Niesreena dan Naufal ni yang sebenarnya tak sabar nak naik bas. Maklumlah, diorang ni jarang sangat-sangat naik kenderaan awam. So, bila kata nak naik bas excited sangatlah diorang... Siap request nak bas 2 tingkat! Huhu... tak dapeklah nak oiiii!
Kitorang bergerak dari USIM dalam pukul 9.30 pagi, konvoi 2 buah bas. Separuh perjalanan, hujan turun lebat sangat. Masa berhenti makan tengahari kat Lumut, orang kedai tu siap cakap kat sana hujan pagi petang siang malam.... Hmmmm... macam mana nak enjoy ni? Tapi tetap berharap agar cuaca ok jer lepas ni....
~Sejuklah dalam bas ni, mama...~
Di Teluk Batik, kitorang menginap di Teluk Batik Resort. Honestly, resort ni tak lah best sangat. Tapi oklah... So... So... Yang penting ada swimming pool!
~Penyambut tetamu... Selamat datang ke Teluk Batik Resort!~
Petang tu diadakan acara sukaneka. Kitorang semua ambil bahagian. Niesreena dan Naufal pun sama! Biasalah... acara sukaneka kalau tak der acara tiup dan pecahkan belon, memang tak sah.
Seronok tengok Niesreena main. Naufal... haiiisshhhh... dia sayang nak pecahkan belon!
~Niesreena dan Naufal dalam kumpulan masing-masing untuk acara sukaneka.~
~Bersungguh-sungguh pecahkan belon!~
~Warga FKP yang super sporting~
**Credit pic @Kak Ina
~Enche Neezam mempengerusikan majlis penyampaian hadiah dengan penuh ceria dan santai!~
~Group enche Neezam!~
First day! Seronok! Alhamdulillah... hujan pun tak turun lagi...
5.30 pm!
Bye bye work!!!
Going back home and starts...
P.A.C.K.U.P!
Get ready for...
Hopefully this time will be a good one! As always...
His phone screen saver...
I know he loves me so much!
(^^)
Juliet le sweetheart's on FB. Jom 'like'!
y(^-^)y
Blog Developed by Juliet le Sweetheart
Powered by blogger.com