Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
1433 Hijrah
Semoga tahun ini kiter sama-sama dapat mengumpul lebih banyak pahala dari tahun-tahun lepas... Insya Allah...
Amin...
This is our love story...
Love of Dr. Khairunneezam
Blessed with 3 adorable kids
Khairunniesreena & Khairunnaufal & Khairunneeyaz
♥
Sepang, Malaysia
♥
♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...
Amin... ♥
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
1433 Hijrah
Semoga tahun ini kiter sama-sama dapat mengumpul lebih banyak pahala dari tahun-tahun lepas... Insya Allah...
Amin...
posted from Bloggeroid
Dalam kereta pagi tadi...
Niesreena : Mama tau tak binatang karnivor, herbivor dan satu lagi apa ek? Lupa plak..
Mama Niesreena : **apa ek? aku pun lupa** Hmmmm... Omnivor kan? **Tetiba teringat... Selamat...**
Niesreena : Betul! Pandai mama! Mama tau tak haiwan-haiwan tu makan apa?
Mama Niesreena : Ada yang makan daging sahaja, ada yang makan tumbuhan sahaja, ada yang makan semua! Tapi mama tak ingatlah yang mana satu...
Niesreena : Karnivor tu yang makan daging sahaja, contohnya harimau... bla... bla... bla... Herbivor yang makan tumbuhan sahaja, contohnya... bla... bla... bla... dan omnivor yang makan tumbuh-tumbuhan dan haiwan, contohnya kucing, bla... bla.. bla....
Ya! Pagi tadi aku mendengar lecture tentang kumpulan haiwan mengikut makanan oleh pelajar tadika, Niesreena!
Tq lah sayang... mama pun dah lupa. Tapi seingat mama, mama tak belajar semua tu masa sekolah tadika. Rasanya, masa darjah 3 atau 4 atau 5 kot... baru belajar...
Advance budak-budak zaman sekarang... And good for you to remember it all!
Masing-masing masih bertenaga lagi... Bila nak tidur ni? Mama dah ngantuk dah ni. Ayah... Tolong...
;p
posted from Bloggeroid
Haaaaiiiiillaaaaa anak-anakku... Baru tinggalkan sekejap, gi mandi, diorang dah buat kerja haru...
Nak tau diorang buat apa? Hmmmm... Cubalah teka...
Ha! Tau diorang buat apa?
Nampak tak Naufal pengang apa tu? Petai!
Diorang kopek petai!!!
Adoi ai! Manalah dapat idea mengarut ni? Dah tak der kerja lain ker sayang...
Sukati koranglah Niesreena dan Naufal... Ayah dah lah tak der... Sajer nak buat mama pening kepala... *sigh*
Haaaiiissshhhh... layannnnn...
posted from Bloggeroid
Pagi ni enche Neezam berangkat ke Dubai bersama anak-anak Permata Insan.
Hmmmm... sedihlah jugak sebab dah lama tak berpisah jauh-jauh lama-lama macam ni. Pening jugak bila memikirkan nak handle Niesreena dan Naufal tanpa enche Neezam. Kena jadi Super Mama lah gamaknyer... Chaiyok Mama Julie!!! ;p
Apa-apapun, semoga enche Neezam selamat pergi, selamat diperantauan dan selamat kembali. Do enjoy and have fun k! Tapi jangan sampai lupakan kitorang kat sini! Huhuhu... Dan yang penting, sila jaga amanah yang telah diberikan dengan sebaik mungkin k! Anak-anak orang tu... Or... "Adik-adik... silalah tolong jagakan uncle Neezam baik-baik k... " :)
Dan ooooo jangan lupa bawak balik berlian sebijik yer! Ahakkksss... ;p
Hari ni hari sukan taska Niesreena. Aku memang teruja sangat nak pergi sebab nak tengok macam mana Niesreena bersukan dengan kawan-kawan dia.
Alhamdulillah... Team rambutan Niesreena menjadi pemenang Perak! Nombor 2! Oklah tuuu... Yang penting Niesreena enjoy and have fun!
Antara upacara hari sukan hari ni sudah tentulah didahului dengan upacara perbarisan. Niesreena pemengang sepanduk kumpulannya. Kumpulan Rambutan Merah! Lagu diorang... "Rambutan! Rambutan! Insya Allah boleh!" Inilah part yang diorang dok nyanyi dalam kereta setiap kali balik dari taska... ;p
Ada upacara senamrobik yang turut disertai oleh guru-guru dan ibu bapa yang sporting...
Berbagai acara sukan yang Niesreena sertai...
~ Acara lari dalam guni. Standardlah... kalau sukan bebudak tadika, mesti ada acara ni... ~
~ Ooopppsss... bola Niesreena jatuh! Cepat!!!~
~ Tarik bola dengan gelung ni bleh tahan susah gak rupanyer...~
~ Acara terowong keretapi... Tudung Niesreena tercabut sudah... ~
Dan acara kemuncak tentulah upacara penyampaian hadiah!
Selain Niesreena, ada sorang budak yang terlebih enjoy hari ni. Hmmmm... Siapa lagi kalau bukan budak ni...
Si Naufal!!!
Macam-macam gelagat budak-budak hari ni. Mostly diorang memang seronoklah. Tapi ada jugak yang menangis sebab kalah, sebab jatuh, sebab hilang mak bapak... Macam-macamlah bebudak ni...
Alhamdulillah walaupun cuaca agak tak menentu sepanjang program tadi, tapi segalanya berjalan dengan baik. Terima kasih dan tahniah kepada semua guru-guru yang telah bertungkus lumus menjayakan program hari ni!
And of course... Tahniah Niesreena! Mama proud of you sayang!
Juliet le sweetheart's on FB. Jom 'like'!
y(^-^)y
Blog Developed by Juliet le Sweetheart
Powered by blogger.com