Hari ni genap 4 hari kitorang kat Melbourne. Penat *dan sedih* sejak meninggalkan Malaysia masih tak hilang lagi. Walau macam mana pun, kitorang dah cuba untuk membiasakan diri dengan keadaan kat Melbourne ni.
Waktu kat sini awal 3 jam daripada waktu kat Malaysia. Jadi tak der banyak masalah sangat untuk ‘mengekjas’ waktu bangun dan tidur kat sini. Cumanyer biler kat sini dah pukul 12 tengah malam aku masih lagi belum mengantuk sebab waktu kat Malaysia masih lagi pukul 9 malam.
Kata orang sini, Melbourne ni adalah negeri "4 seasons in one day". Memang betul! Biler siang cuaca sangat panas tapi angin sangat kuat menyebabkan daun-daun pokok yang kering berguguran jatuh. Tapi biler tiba waktu malam cuaca jadi sangat sejuk. Waktu siang kat sini plak lebih panjang daripada waktu malam. Pukul 6 pagi hari dah terang dan pukul 8.30 malam baru masuk senja. Kata kak Tasya (kawan sekerja Neezam yang sama-sama menuntut kat Uni yang sama kat sini), pernah waktu subuh pukul 5 pagi dan masuk waktu isya’ plak pukul 10.30 malam. Waaaaa! Giler lama! Ni yang membuatkan aku nak balik Malaysia biler bulan posa nanti. Tapi biler masuk musim winter, waktu siang plak akan lebih pendek daripada malam.
Kat sini kitorang menyewa kat #185 Albert Street, Bundoora. Rumah banglo 5 bilik. Buat masa ni kitorang menyewa satu bilik kat banglo ni sebab rumah sewa kitorang sedang dalam renovation. So, kitorang terpaksa berkongsi semua fasilities dalam rumah ni dengan penyewa lain. Masalahnyer, housemate kitorang terdiri daripada Siamese dan Vietnamese. Giler arrr! Diorang makan *&^%!$ Ish… malas nak sebut. Paham-paham lah eh. So, dalam keadaan darurat macam ni terpaksalah aku samak sumer peralatan dapur sebelum memasak. Tapi Neezam ada gak beli sikit-sikit peralatan dapur lain supaya tak selalu berkongsi dengan diorang. Nanti biler dah pindah kat self contain unit kitorang tu, dah tak berkongsi lagi dengan orang. Tak sabarnyer nak pindah!
Hari kedua kat sini kitorang gi beli sikit-sikit barang dapur. Rumah kitorang ni memang strategik sebab dekat dengan hypermarket-hypermarket yang agak murah. Eh… murah ker? Well… kalau nak compare dengan duit Malaysia memang jauh lebih mahal. So, kener setkan minded supaya setiap kali beli barang jangan nak gatal pikir nak kalikan harga tu dengan 2.8. Kalau tak nanti mesti tak jadi nak beli. Heheehhehehe… Harga barang kat sini tak jauh beza dengan kat Malaysia, malah ada yang lebih murah. Misalnyer harga setin air gas kat Malaysia RM1.50, harga kat sini AUD$1.50. Memang sama. Cuma kalau nak compare dengan duit Malaysia kener kali dengan 2.8, so harga tu akan jadi jauh lebih mahal. Cara masyarakat kat sini plak semasa membeli-belah, diorang akan bawa beg barang sendiri atau reuse beg plastik yang diorang bawak sendiri dari rumah. Seboleh-bolehnyer diorang tak nak gunakan beg plastik. Bagus kan.
Semalam kitorang ke La Trobe Universiti. Tempat Neezam belajar. Memang ramai foreigner kat sini; dari seluruh pelusuk dunia. Macam-macam pesen, macam-macam style, yang style macam badut pun ada gak! Tak kire student atau academician atau pekerja lain, sumernyer sempoi dan …. Ish… Tak tau nak kata aper. Tak formal langsung! Ada jugak yang cuma berkemban jer! Tak sempat nak amek gambar, kalau tak bleh aku tunjuk. Well, may be next time ok!
Pagi tadi plak kitorang ke Preston Market. Kitorang gi naik tram dan tempat tu pun tak lah berapa jauh. Tapi penatlah jugak berjalan. Kitorang gi sana sebab nak cari daging halal dan alhamdulillah, jumpa gak kedai daging halal. Tq kak Tasha for the information! Kalau tak, dah dua tiga hari ni kitorang asyik melantak sayur dan telur jer. Huhuhuhuhuhu…
Dalam hal-hal memasak plak memang masalah sikit bagi aku. Banyak barangan keperluan yang biasanyer aku perlukan untuk memasak tak der dijual kat sini. Atau mungkin aku yang tak jumpa lagi. Tak der cili kering, cili padi, asam jawa, banyak lagi lah. So terpaksalah masak ala kadar dan ala boncai jer. Tapi Neezam tetap kata aku masak sedap. Hehehhehehe…
Penat betul! Sejak sampai hingga ke hari ni kitorang berjalan jer sebab nak cari barangan keperluan harian. Tapi walaupun penat, dapat jugak aku tengok gaya hidup masyarakat kat sini. Diorang ni agak mesra dan mudah senyum, mungkin sebab kitorang orang luar. Pernah jugak beberapa kali minah-minah saleh ni mengagah Niesreena; "what an adorable baby", "so cute"… Hehehehehe….
Aduh… penatlah… nak tidor…