♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, December 6, 2006

Khairunniesreena binti Khairunneezam

♥ Nama Penuh ♥

Khairunniesreena binti Khairunneezam

♥ Nama Manja ♥

Niesreena @ Reena

♥ Jantina ♥

Perempuan

♥ Tarikh Lahir ♥

6hb Disember 2006

♥ Masa Lahir ♥

5.56 petang

♥ Tempat Lahir ♥

Hospital Besar Kuala Lumpur

♥ Berat ♥

3.11 kg

♥ Kaedah Lahir ♥

Last minute cesarian

A few hours after born...

Alhamdulillah...

she's so beautiful and perfect!

Monday, December 4, 2006

Biler agaknyer ek?

Minggu ni masuk minggu kedua aku bercuti @ maternity leaves. Bila aku lama tak online YM, ramai kengkawan aku yang sms, tak kurang juga ada yang call aku dan hubby bertanyakan samada aku dah bersalin atau belum. Dan disaat aku mengupdatekan blog aku ni, aku masih lagi membuyung a.k.a the baby still save and sound in my belly.

Sebenarnyer aku tak merancang untuk bercuti maternity awal tetapi pada hari Ahad dua minggu yang lepas, masa aku berada kat rumah mertua aku, aku terasa sakit-sakit pada bahagian ari-ari aku. Sakit sangat macam senggugut; susah nak berjalan. Aku mula cuak sebab sebelum ni aku tak pernah rasa pun sakit macam tu. Biler aku bagitau Neezam, Neezam terus beritahu pada mak dia, dan mak mertua aku tu terus gi jemput bidan datang ke rumah untuk tengokkan aku. Huhuuhuhuhuhu… terharu betul… dan takut betul sebab aku tak tau aper lah yang akan mak bidan tu akan buat kat aku. Biler mak su bidan tu sampai, dia suruh aku baring. Dipicit-picit perut aku, kengkadang rasa geli dan kengkadang rasa senak. Kata mak bidan tu, sakit aku tu disebabkan baby dah berada kat ‘pintu’, dan bersedia untuk keluar dan perut aku memang dah ‘turun’.

Sejak daripada hari tu hingga ke saat ni aku selalu merasa sakit kat ari-ari; macam senggugut. Sakit sangat terutamanyer biler aku bangun daripada duduk dan bertukar posisi tidur. Sekarang ni juga baby dah kurang bergerak sebab baby dah besar dalam belly dan ruang untuk bergerak dah jadi terlalu sempit. Kata nurse keadaan tu memang normal. Walaupun baby kurang bergerak tapi baby selalu ’mengeras’. Biler baby ’mengeras’ aku akan rasa ngilu dan senak. Perut terasa keras sangat dan berbonjol. Baby selalu ’mengeras’ pada waktu malam, terutamanya waktu aku sedang berbaring dan bersedia untuk tidur. Kengkadang tu biler aku bangun jer dari tidur dah rasa baby ’mengeras’. Tak sanggup betul rasanya biler baby wat cam tu. Penat…

Tapi tu lah pengalaman yang akan dialami oleh setiap ibu yang mengandung dan aku perlu melaluinya. Dan yang penting mengingatinya, sebab biler baby dah lahir dah tak der dah pengalaman macam tu lagi.

So, sekarang ni aku dok melepak jer kat rumah. Bersedia untuk melahirkan my little princess. Tak dapat dinafikan aku mula merasa takut. Takut untuk menghadapi saat-saat kelahiran cahayamata aku dan Neezam. Takut untuk merasai kesakitan. Tapi kengkadang tu rasa tak sabar gak. Tak sabar nak rasa sakit masa melahirkan. Tak sabar untuk tatap rupa paras cahayamata kitorang. Hehehhehehe…

Apa-apa pun aku berdoa kehadrat Allah swt agar dipermudahkan segala urusan melahirkan baby girl aku ni. Dan kengkawan… doakanlah kami selamat eh. Mungkin ni blog terakhir aku sebelum aku bersalin. Insya Allah aku akan kongsi pengalaman bersalin aku untuk post aku yang akan datang.

Ps:


To Sal & Zaid;


congratulations for your newborn baby girl pada 2 December yang lepas!

Thursday, November 9, 2006

Sweet little baby

Hello sweet little baby growing inside

I guess we’re both along for the ride

I’m excited… I’m nervous… I’m filled with joy

On how my life’s changing while we both await

I don’t mind your kicks; I know you just need to move a bit

You growing bigger each and every day

These nine months are so special

When we are joined as one

Please be patience, it won’t be long until we are together

Our family is growing with many special days to come

Next month you will be with me on this most special day of all

But for now until you’re here, I just wanted you to know,

I LOVE YOU

Wednesday, November 8, 2006

Let bygone be bygone..

Semalaman aku bersedih; makan tak lalu, tidur tak lena. Neezam plak tak der di sisi sebab berada kat Nilai. Tambahan plak Neezam bekerja malam tadi. Mak abah plak sebuk melayan tetamu yang datang beraya. Dari dalam bilik aku terdengar diorang bergelak ketawa. Entah aper yang diorang borakkan aku kurang pasti. Yang pastinyer, aku masih dan asyik terfikir tentang kejadian yang berlaku pagi tu.

Sekali sekala aku menangis biler mengenangkan ada orang yang sanggup menganiya aku. Aku kener ganti sumer yang hilang. Nasib baik balance petty cash tu tinggal RM100 jer. Kalau ada RM1,000?! Haaaa… mampos aku kener ganti balik! Walaupun jumlahnyer kecik tapi aku rasa sedih dan geram sangat! Alaaaa… dugaan kecik jer sebenarnyer. Cuma duit RM100 dan pendrive yang harganyer entah berapa hengget jer. Tapi entahlah… aku rasa sedih sangat sebab aku tak dapat nak jaga amanah yang diberikan pada aku sebaik mungkin. Dan orang yang mencuri tu, dia tak kesian ker kat aku yang tengah sarat ni?! Penat-penat kerja then free-free plak kener ganti benda yang dia sesuka hati jer amek!

Aku tak pasti can ner lah muka aku dari semalam hingga ke pagi tadi. Tapi yang pasti mak memang perasan aku tengah susah hati. Malam tadi aku sempat jugak cerita kat mak abah benda yang terjadi. Diorang terkejut… tak sangka kat opis aku ada pencuri. Pagi tadi sebelum mak ke klinik gigi mak sempat bagi kat aku RM100 untuk buat ganti duit yang kener curi tu. Aaarrrrhhhh… terharu giler rasanyer. Tapi aku tolak. Biarlah aku tanggung sendiri.

Pagi tadi aku masih bersedih lagi. Biler Neezam call, aku bertambah sayu dan sebak. Terus jer nangis. Tak peduli dah kat kawan yang ada kat opis. Tak tahan dugaan betul aku ni kan? Tak henti Neezam nasihatkan aku… Macam-macam analogi dia kuarkan… Barulah aku rasa reda dan lega sikit. Tambahan pulak aku terbaca blog Adah pagi tadi. Buatkan aku bertambah lega. Tapi entah sampai biler… Hehehehhehe… Takut jap lagi aku mula sedih lagi…

Tapi sekarang aku dah ok! Aku akan ganti sumer yang hilang! No problem! Cuma aku dendam lagi kat pencuri. Aku tak halalkan duit tu! Terima kasih kepada kengkawan yang bersimpati. Korang jugak kener berhati-hati sebab kat opis kite dah ada pencuri!

Ps: Aku tahu saper pencuri tu! Cuma dia tak nak mengaku dan dia jugaklah yang beria-ia suruh aku ganti balik semua yang hilang. Jantan paing!!! Tunggulah hari kau pulak!!!

Tuesday, November 7, 2006

Geramnya!!!

Hari menunggu sedunia! 6 jam lebih @ ¼ hari daripada hari aku semalam hanyalah dok menunggu jer! Letih betul rasanyer!

Pagi semalam aku buat pemeriksaan kesihatan. Entah kenapa semalam memang ramai sangat orang yang buat pemeriksaan kat klinik kesihatan Nilai tu, sampaikan tempat nak duduk pun tak der.

Aku sampai kat klinik pukul 8.30 pagi dan selesai pemeriksaan pukul 12.30 tengahari. Giler lama! Yang buat aku bertambah marahnyer sebab orang yang nak buat pemeriksaan (ibu-ibu mengandung) dah tentulah ramai, dah tu yang suami-suami diorang pun sibuk gak memenuhkan ruang yang sempit tu. Dah tu tak reti nak bagi tempat duduk pada ibu-ibu mengandung yang penat berdiri. Diorang buat deeeeekkkkk jer. Geram betul! Ada plak tu yang buat pemeriksaan sorang jer, tapi yang meneman sampai 2 – 3 orang. Apa kejadahnyer?

Petangnyer tu plak aku ke Imegresen Seremban untuk buat passport. Apa lagi… Menunggu lagi lah… Dari pukul 2 hinggalah pukul 4.30 petang, baru selesai semuanyer. Tu pun tak dapat passport on the sport. Kener amek plak di hari lain. Kaunter banyak tapi kakitangan sikit. Dah tu borak lebih. Aduuuuussss… letih betul! Tapi Alhamdulillah sumernyer dah selesai…

Hari ni plak aku tension sangat sebab duit petty cash dan pen drive company yang diamanahkan kepada aku hilang semasa ketiadaan aku kat office semalam. Waaaaaa… sedih betul! Saperlah yang buat nayer kat aku! Selalunyer aku kunci drawer aku tapi entah kenapa hari Jumaat lepas aku luper plak nak kunci. Kata orang, kalau dah nak hilang, macam-macam sebabnyer. Dan aku sebagai pemegang amanah terpaksa mengantikan sumer yang hilang. Geram dan sedih betul! Tapi memang kesilapan aku sebab careless.

Tak per lah. Mungkin sumer tu ujian daripada Allah swt dan pengajaran bagi aku supaya lebih berhati-hati di lain masa. Aku tak berani nak tuduh siapa yang panjang tangan dan terdesak sangat sehingga berani mencuri. Cuma aku harap orang yang mencuri dan sekaligus menganiya aku tu akan mendapat pembalasan yang setimpal daripada Allah swt kelak. Amin…

Monday, November 6, 2006

Balik Tapah

Setelah menghabiskan cuti raya seminggu yang lepas beraya kat rumah Neezam, hujung minggu lepas, 4 & 5 November, aku dan Neezam ditemani Nazlee (adik Neezam) balik beraya di kampung aku plak kat Tapah Road.

Pagi Sabtu kitorang bertolak…

Aku rasa puas hati sangat sebab dalam masa dua hari tu aku dan hubby dapat berjumpa dengan kebanyakan sepupu-sepupu, bapa-bapa dan mak-mak saudara aku serta mbah. Neezam dan Nazlee pun bleh get along dengan saudara mara aku. Sekali sekala diorang speaking jawa walaupun Neezam dan Nazlee ni tak lah pasih dan paham mana pun. Kelakar betul! Aku tak nampak pun rasa kekok antara diorang. Alhamdulillah…

Lepas ni tak tau biler bleh jumpa diorang lagi. Mungkin masa aku bersalin nanti kot. Biler plak bleh jumpa kak Ros lagi ek? Sebab kitorang sama-sama akan bersalin bulan doblas ni. Insya Allah aku akan due pada 10 Disember dan kak Ros plak 13 Disember. Nampaknyer makcik-makcik dan pakcik-pakcik aku plak kener buat de tour melawat cucu-cucu diorang bulan doblas nanti.

Kata mbah, tahun ni dia beraya dengan 3 orang cucu baru; hubbyku cayang (*Ijam), hubby kak Ros (*Poji) dan hubby kak Ita (*Jal) *Sleng jawa. Cucu menantu lah tu. Eh, betul ker kata panggilan tu? Dan alhamdulillah, musim raya ni mbah dapat beraya dengan ketiga-tiga cucu baru dia.

Insya Allah tahun depan mbah akan beraya dengan cicit-cicit plak. Haaa… kak Ita… Cepat-cepatlah tambahkan cicit mbah… apa tunggu lagi? Hehehehehe…

Tuesday, October 31, 2006

5, 4, 3, 2, 1…

Minggu ni kandungan aku berusia 35 minggu. Ni bermaksud aku ada 5 minggu jer lagi membuncit cam ni. Sejak kandungan masuk 8 bulan lagi, baby sangat-sangat aktif bergerak, tak kire masa; siang, malam, pagi, petang. Tapi kalau aku tengah naik kenderaan bergerak dan sedang berbaring lagi dasyat baby bergerak. Rasa macam nak koyak perut aku ni, rasa macam baby nak keluar ikut pusat jer. Hehehehehe…

Benjolan kat perut plak memang selalu appear; tiap-tiap hari! Rasa keras jer. Biler aku usap-usap, dia hilang jap, then appear balik kat bahagian lain.

Biler baby bergerak-gerak rasa geli sangat, kengkadang rasa senak gak perut, then rasa penat dan letih sangat melayan baby bergerak.

Ramai kengkawan tanyer, “aper perasaan dah nak bersalin ni?” Jawapan… hmmm… entahlah ek… bercampur aduk… Kengkadang rasa tak sabar nak bersalin, tapi kengkadang tu rasa cam tak nak bagi baby kuar. Hehehhehehe…

Aku rasa seronok mengandung… Tengok perut makin lama makin membesar dan membesar, rasa baby bergerak-gerak dalam perut, asik beli dan pakai baju baru a.k.a baju ngandung lah tu, Neezam pun layan aku cam permaisuri, sayang pun lebih-lebih lagi :). Actually bukan Neezam jer, tapi ramai lagi orang sekeliling aku yang nampak lebih mengambil berat tentang diri aku yang tengah sarat ni; mak, abah, mertua, adik-adik, saudara mara dan kengkawan. Tapi hubby mestilah yang teristimewakan? Seronok tau! Perasaan yang tak buleh digambarkan. Memang seronok sangat mengandung.

Kengkadang tu walaupun aku seorang diri, aku tetap rasa ada orang yang menemani aku (my baby in my tummy, of course!). Walaupun baby tak kuar lagi, tapi rasa sayang sangat kat baby. Biler baby lama tak bergerak rasa risau sangat, tapi biler baby tak berhenti bergerak-gerak… pun rasa risau gak. Hehehehheeh… cam ner ek? Bengong betul aku ni…

Walau aper pun, dalam seronok-seronok mengandung ni, rasa tak seronok pun ada gak. Lebih-lebih lagi sebab nak menanggung sakit, pening, loya-loya, muntah-muntah sebab ngandung ni. Badan pun cepat rasa letih, belakang badan cepat rasa lenguh dan sakit, kengkadang kaki tetiba jer cramp. Eeeee… tak sanggup! Kengkadang tu biler baby terover aktif pun rasa penat gak, perut rasa geli ngilu gitu, tidur pun tak lena.

Pendek kata apa yang terjadi semuanya ada pro dan kontra, ada yang best dan ada yang tak. Pengalaman orang mengandung biasanyer sama jer, cuma bergantung pada penerimaan memasing. Bagi aku mengandung memang best! Cuma aku takut sangat nak berdepan time bersalin nanti. Camner lah rasanyer nanti ek? Kengkadang tu aku surfed internet pasal bersalin. Aku gak suka tengok citer ‘A Baby Story’ setiap Rabu jam 7 malam kat Ntv7 tu. Tengok diorang sumer bersalin samada secara normal atau cesar cam senang jer. Tapi mesti sakit kan? Ye lah… sakit bersalin adalah kesakitan kedua yang paling sakit selepas mati. Tapi ramai kengkawan cakap, walau sesakit mana pun, biler dah tengok muka baby tu nanti, hilang terus rasa sakit tu. Insya Allah…

Sunday, October 29, 2006

My Hari Raya

Seriously! I’m still in hari raya mood! Tak ada lagi mood untuk bekerja. Aaarrrgggghhhh… Malasnyer rasa nak kerjaaaa! Lebih-lebih lagi biler radio masih lagi banyak mendendangkan lagu-lagu raya. Kat opis pun ada kuih raya. Ramai kengkawan pakai baju raya. Sumer dok cerita pasal hari raya. Raya… raya… raya… Seronoknyer raya, sebab tak kerja… Hehehehhe…

Tahun ni pengalaman pertama aku beraya tanpa mak abah dan adik beradik aku di sisi. Sedih woooo…

Selepas solat subuh 29hb Ramadhan yang lepas, aku dan Neezam terus berangkat balik ke Segamat, rumah famili mertua ku. Rasa sedih sangat biler nak berangkat. Famili aku pun nampak sedih. Aku… mestilah sedih. Tapi maintain tak nak nangis. Konooooon… Tapi… biler dah kuar jer dari kawasan perumahan aku, aku rasa sedih dan syahdu sangat. Terus bersms ngan adik. Kata adik, mak nangis. Arrrggghhhh… sedihnyer… aku terus nangis. Tak malu dah ngan Neezam yang slamba driving.

Neezam nakal betul… Dia lagi nak nyanyi lagu raya syahdu-syahdu waktu tu. Buat aku lagi kuat melalak. Nakal betul! Beberapa ketika lepas tu barulah nak comfortkan aku yang tengah kesedihan. Nasib baik Neezam paham perasaan aku. Dia tak marah, tapi terus comfortkan aku sampai hilang rasa sedih dan pilu. Huhuhuhuhu…

Sampai kat Segamat, famili mertua tengah sibuk bersihkan pokok-pokok kat laman rumah. Lepas berbuka puasa kitorang bertolak pulak ke rumah atok kat Batu Pahat. Sampai kat Batu Pahat kul 12, sumer orang dah tidur. Lepas berborak jap, aku pun tidur. Neezam plak sebuk mengrefreshkan teknik membuat ketupatnyer. Kul 1 lebih baru siap sebijik ketupat. Dah tu sebuk kejut aku yang tengah mamai demi nak menunjukkan ketupat sebijiknyer yang telah berjaya disiapkan dalam masa sejam tu. Hehehehehe…

Keesokkan harinyer adalah hari terakhir puasa. Sempatlah aku merasa berpuasa kat Batu Pahat. Lepas sahur, sumer saudara mara sebuk kat dapur untuk sediakan juadah hari raya.

Sepanjang hidup aku, aku tak pernah buat ketupat. Tapi biler dah kusyuk sangat tengok orang buat ketupat, aku pun try. Dan hasilnyer?! Aku berjaya menyiapkan ketupat aku dengan sekali cuba. Seronok dan bangga betul! Dan aku terus tolong diorang menghabiskan daun-daun kelapa tu untuk dibuat ketupat. Berbeza dengan kat kampung aku, kat kampung Neezam ni diorang sediakan makanan hari raya sehari sebelum hari raya. Malam tu biler berbuka puasa, ketupat dah dihidangkan dengan lauk-pauknyer sekali.

Kalau kat kampung aku, pepagi raya tu baru kitorang sediakan juadah special hari raya. So pagi raya barulah makan hidangan ketupat rendang. Lauk pauk yang dihidangkan pun jauh berbeza dengan kat kampung aku. Yang sama mungkin cuma sambal goreng. Maklumlah, kami orang jawa. Kalau kat kampung aku, ada rendang tok dan kuah lodeh tapi kat sini tak der. Masakan diorang berbeza, tapi tetap sedap.

Pagi raya, di saat semua orang dah siap-siap dengan pakaian beraya dan orang lelaki dah balik dari sembahyang raya, aku terperuk sekejap kat bilik. Nangis di sisi Neezam… Terasa syahdu dan hiba sebab tak der mak abah dan adik-adik di sisi. Jauh daripada kebiasaan aku.

Biler call abah suara aku susah nak kuar. Nangis lagi teruks. Hehehehehe… teruk betul aku ek. Abah gelak jer. Famili aku dah kat Tapah Road. Sumer tengah sibuk beraya. Ramai saudara mara tanyerkan aku. Sempat gak aku bercakap dengan mak abah n adik-adik; mengucapkan slamat hari raya dan mohon maaf zahir dan batin. Sempat gak diorang gelakkan aku sebab menangis walaupun diorang pun sedih sebab aku tak beraya dengan diorang.

Letak jer talipon, makcik Neezam, cik Nah, kebetulan masuk kat bilik. Habis dia nampak air mata dan air hidung aku yang bercucuran jatuh meleleh-leleh tu. Kantoi… Hehehehhe… Tapi kata cik Nah, dia sendiri walaupun dah kahwin bertahun-tahun, dia tetap menangis biler tak beraya dengan famili sendiri. Heheheheheh… so, ok lah tu…

Sepanjang hari raya pertama tu kitorang asyik berjalan jer. Walaupun petang tu hujan lebat, sikit pun tak membantutkan trip hari raya kitorang melawat saudara mara. Penat tapi seronok! Semua famili members joined the trip. Ramai giler! Seronoklah!

Malamnyer tu plak, ada buat bbq kat rumah atok; ada ayam, ikan, sotong, udang bakar. Sedap dan seronok betul. Terasa betul kemeriahan beraya kat kampung dan kemesraan di antara saudara mara. So, first impression aku meleset; saudara mara Neezam tak lah sombong-sombong pun. Malah diorang mesra, sporting dan asyik bergelak ketawa jer. Best lah! Malam tu lepas selesai bbq. Aku dan famili Neezam berangkat balik ke Segamat…

Aku dan hubby balik ke KL hari Sabtu pagi dari Nilai. Semalam (Ahad) aku dan Neezam beraya kat rumah saudara-mara aku sekitar KL, Selangor. Aku tak sempat nak ke Tapah Road lagi. Insya Allah… hujung minggu ni aku akan gi melawat saudara mara kat Perak plak. Walaupun aku dah sarat, tapi aku masih lagi nak berjalan. Takut lepas ni dah tak sempat dan sibuk dengan persediaan menyambut baby, berpantang dan persediaan untuk meninggalkan Malaysia. Huhuhuhuhuhu… Kalau tak gi sekarang, entah biler plak lagi nak jumpa saudara mara ek… 3 tahun lagi? Lama tu…

So, pengalaman hari raya aku tahun ni memang berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni. Sekarang aku bergelar isteri. So, kenalah biasakan berhari raya tanpa famili aku, kenalah beraya dengan famili hubby. Hari raya akan datang (entah tahun bilerlah agaknyer…) giliran beraya kat rumah famili aku plak. Nak tengok Neezam plak melalak. Hehehehehe… Apapun, aku rasa raya kali ni memang sronok, lebih-lebih lagi sebab Neezam sentiasa berada di sisi aku; setiap detik, setiap saat…

Tuesday, October 17, 2006

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum wbt…


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Mohon Maaf Zahir & Batin

di atas segala kesilapan & kekurangan

***


Sekarang lagu raya asyik berkumandang jer kat memana; radio, tv, shopping complex, etc… Best! Menambahkan lagi mood nak beraya dan memerosotkan lagi mood untuk bekerja. Hehehehhehe…

Hari ni 25 Ramadhan, ada 5 hari jer lagi untuk berpuasa. Alhamdulillah aku tak ponteng lagi puasa walaupun ada beberapa halangan yang aku tempuhi masa berpuasa ni; muntah-muntahlah, sakit perutlah, pening kepalalah, memacam… Kalau ponteng nanti malas plak ganti puasa. Biasanyer berpuasa masa bukan bulan puasa lebih besar cabaran dan dugaannyer. Maklumlah… setan-setan dah terlepas. Hehehhehehe…

Dah dekat nak raya ni jemputan jamuan berbuka puasa pun banyak. Semalam jer Neezam ada 2 jemputan dan aku 1 jemputan. Akhirnyer terpaksa korban 2 antara jemputan tu. Kitorang ke majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh pihak asrama Neezam pernah jadi felo dulu sebab tempat berbuka puasa dia cam grand jer. Hehehehehe… Ok lah. Not bad makanan dia; sedap-sedap dan variety. Dan yang paling best, antara 10 cabutan bertuah yang ada, kitorang dapat 2; sorang satu lah tu. Kata diorang rezeki anak. Alhamdulillah…

Seriusly aku berdebar-debar nak menunggukan 1 Syawal. Sebab tahun ni, pertama kali aku akan beraya dengan famili mertua aku. Balik ke kampung ayah mertua aku kat Batu Pahat. Beraya dengan atok-atok, makcik pakcik dan sepupu-sepupu yang baru aku kenal atau mungkin aku tak kenal langsung. Can ner lah nanti ek? Bleh ker aku terima diorang dan bleh ker diorang terima aku? Aku just jumpa sedara mara Neezam reramai masa majlis kahwin kitorang jer dulu. Selalunyer first expression aku pada seseorang adalah negative, sebab aku memang seorang negative thinker. Serious! Tak tau lah can ner nanti. Neezam selalu kata, beraya kat Batu Pahat meriah. Maklumlah, pakcik dan makcik dia ramai dan biasanyer diorang sumer memang akan balik beraya kat kampung. Malam raya pakcik makcik sebuk buat ketupat, masak-masak dan bebudak sebuk main mercun. Hmmmm…

Tahun ni jugak budget beraya lebih sikit. Pikir nak bagi duit raya kat adik-adik dan adik-adik ipar, anak-anak buah dan sepupu-sepupu kecik-kecik yang berderet-deret tu. Dalam cuti raya seminggu ni jugak kalau ada rezeki aku dan Neezam akan buat de tour de sedara-mara kedua-dua belah pihak; mungkin akan sampai ke Tapah dan turun ke JB. Insya Allah. Hmmmmm… Duit minyak dan toll lagi ek? Banyaknyer belanja… Tapi kener jalan jugak! Pas ni takut tiga tahun tak raya kat sini. So, biler lagi nak jumpa kan?

Apa-apa pun aku harap aku akan dapat merasai kemeriah beraya tahun ni. Walaupun aku akan melalak di pagi raya sebab berjauhan dengan keluarga tersayang tapi aku tetap bernasib baik sebab dapat beraya di samping suami tercinta…

Wednesday, October 4, 2006

Baby’s shopping!

Kandungan aku dah masuk 31 minggu. Kata Adah, dalam waktu-waktu cam ni biler-biler masa jer bleh terberanak. Aku sepatutnya dah buat serba sedikit persiapan dan kelengkapan bersalin. Kata-kata Adah tu sedikit sebanyak buat aku cuak gak. Ye lah… aku masih tak buat aper-aper persiapan pun untuk menyambut baby girl aku. Kalaulah aku terberanak, gamaknyer berbalut kain batik jer lah baby aku nanti. Hehehehhe… Biler Adah dah kata cam tu, baru lah aku dan Neezam sebuk nak gi shopping bebarang baby.

Hari Sabtu yang lepas aku dan Neezam sempat shopping sesikit bebarang baby; baju, sarung tangan dan kaki, lampin, botol susu dan lelain lagi. Seronok shopping! Bebarang baby sumer comey-comey. Macam nak beli sumer jer. Kengkadang tu biler tengok kelengkapan baby yang lain, aku dan Neezam jadi konpius samada barang tu perlu ke idak. Kang beli kang takut tak guna plak, kalau tak beli kang takut benda tu perlu plak. Maklumlah… kami budak baru belajar. Hehehhehe… Aku rasa satu hari aku kener ajak mak shopping sekali ngan kitorang, baru tahu aper yang perlu dibeli dan apa yang tak perlu untuk newborn baby. Betul tak?

Tuesday, October 3, 2006

Puasa & Raya

Hari ni masuk hari ke 11 Ramadhan. Alhamdulillah aku masih belum skip puasa pun. Dalam bulan puasa ni jer 2 kali aku muntah, tapi masih dapat bertahan untuk berpuasa.

Tahun ni first time aku bangun sediakan makanan sahur untuk hubby. Pukul 4 pagi lagi dah bangun. Aku ni buat kerja lambat. Kang bangun pukul 4.30 alamatnyer sampai imsak lah tak siap serve. Hehehhehe…

Sebelum ni aku rasa cam tak yakin jer aku bleh buat sumer tu. Maklumlah… sebelum ni mak yang siapkan sumer, aku just tolong sikit-sikit jer. Tapi biler dah jadi tanggungjawab aku, alhamdulillah, setakat ni tak pernah skip sahur lagi. Malah aku rasa seronok plak sebab mampu buat sumer tu. Walau cam ner pun aku bersyukur sangat sebab dapat hubby sebaik Neezam. Neezam akan bangun jugak tolong aku sediakan makanan sahur walaupun aku tak nak dia tolong. Kalau bleh aku just nak kejut dia biler semuanyer dah terhidang. Tapi Neezam akan bangun biler dengar aku klentang kletung wat kerja kat dapur dan sama-sama mengemas biler selesai bersahur. Bahkan aku plak dia suruh tidur dan dia nak siapkan sumer kerja mengemas. Ada ker patut? Tak patuuuuutttt…

Aku akan balik berbuka dengan Neezam setiap hari Rabu, Jumaat dan hujung minggu jer sebab hari-hari lainnyer Neezam ada kelas dari pukul 5 sampai pukul 7 petang. Kata Neezam, kalau aku balik Nilai gak waktu dia ada kelas, aku akan lebih menyusahkan dia. Cedih betul! Tapi aku paham maksud Neezam; dia tak dapat nak amek aku biler aku sampai kat stesen komuter kul 5.30 petang.

Hari pertama berbuka kat Nilai, aku dan Neezam rancang untuk beli jer makanan berbuka. Tapi… Ya Allah! Lauk pauk yang siap masak mahal sangat! Tobat nak beli lagi! Sejak daripada tu walau selewat mana pun aku sampai kat Nilai, aku akan pastikan aku masak sendiri juadah berbuka. Lebih berbaloi! Lebih sedap! Hehehehehe…

First Ramadhan yang lepas, aku dan Neezam berpuasa kat Segamat. First time berpuasa kat rumah mertua. Bangun pukul 4 pagi untuk sediakan makanan sahur. Tapi waktu berbuka yang paling best! Pukul 4.45 petang lagi dah kuar gi pasar ramadhan. Ayah mertua aku bawak kitorang ronda-ronda sekitar Segamat. Memang best. Macam-macam kitorang beli, macam puasa sehari tu jer. Harga makanan pun berpatutan. Tak lah mahal sangat macam kat Nilai!

Lebih kurang 3 minggu lagi kener puasa. Mak abah dah tanyer aku akan beraya kat mana tahun ni. Aku tahu… kalau bleh diorang nak aku beraya dengan diorang, aku pun cam tu gak, nak beraya ngan diorang dan adik-adik. Aku serba salah nak cakap. Kalau ikutkan, aku dan Neezam bercadang untuk beraya kat kampung Neezam tahun ni sebab raya haji yang lepas Neezam beraya kat rumah aku.

Semalam mak tanyer lagi, aku pun bagitau yang tahun ni aku akan beraya kat rumah atok Neezam kat Batu Pahat. Maybe hari raya pertama dan kedua kat Johor. Hari raya ketiga aku nak balik KL. Mak terdiam sekejap. Aku cakap ngan mak lagi, “tapi Deepavali kitorang sambut kat KL, mak jangan risau”. Mak tersenyum, terus tukar citer pasal muruku. Abah pernah bagitau aku, tahun ni diorang macam biasa akan balik beraya kat kampung abah. Satu-satunyer kampung aku kat Tapah Road nun, satu-satunyer opah yang aku ada. Abah kata, kalau aku tak dapat balik beraya kat kampung masa hari raya pertama, abah nak aku dan Neezam gi jenguk gak opah dan sedara mara lain dalam cuti raya ni. Maklumlah… mungkin tahun depan, depan dan depan lagi mungkin tak dapat nak beraya sesamer sebab ikut Neezam ke Melbourne. Waaaaaaaa… sedih. Bleh ker aku ni beraya kat tempat lain? Tanpa mak n abah n adik-adik? Aku takut aku melalak jer hari raya pertama nanti…

Thursday, September 21, 2006

Selamat Berpuasa!

Selamat berpuasa kepada semua kengkawan.

Semoga Ramadhan kali ni akan membawa sejuta rahmat dan keinsafan untuk kite semua.

* * * * *


Hari Ahad ni umat Islam seluruh dunia akan mula berpuasa. Insya Allah tahun ni aku akan menyambut 1 Ramadhan kat rumah mertua aku kat Segamat. First time nak sambut poser dengan diorang. Malam ni kitorang akan bertolak balik ke sana.

Tahun ni juga pertama kali aku akan menyambut puasa dan hari raya sebagai seorang isteri. Insya Allah tahun depan sebagai ibu plak kan. Bagi aku tanggungjawab aku tahun ni memang besar. Maksud aku, dalam bulan posa ni. Kalau dulu, duduk ngan mak abah, sekurang-kurangnyer ada mak yang akan bertanggungjawab untuk sediakan juadah bersahur dan berbuka. Aku just tolong sikit-sikit jer. Kengkadang tu sumer makanan mak dah sediakan. Aku just tinggal makan jer. Tapi tahun ni tanggungjawab aku plak untuk sediakan juadah berbuka dan bersahur untuk suami tercinta.

Kengkadang tu biler piker-pikir pasal hal ni aku excited gak. Aku rasa aku bleh buat sumer tu. Insya Allah. Tapi takut gak kalau aku tak mampu lakukan; takut terlajak tidur, tak sahur plak aku dan Neezam. Hehehehehe… kalau berbuka mungkin tak der masalah. Atau mungkin jugak nanti Neezam plak yang terpaksa bersusah-susah sediakan makanan bersahur, aku just bangun makan jer. Heeeeee… kejam plak rasanyer. Hehehehehhehe… Tak patut…

Kalau ikutkan plan aku, aku nak balik tinggal kat Nilai di samping Neezam sepanjang bulan Ramadhan ni. Ye lah… takkan nak biarkan Neezam berbuka dan bersahur sesorang. Cian dia… Waaaaaa… tak sanggup! Lagipun office hour aku sepanjang bulan Ramadhan ni ialah dari kul 8.30 pagi sampai kul 4 petang jer. So aku rasa tak der masalah untuk aku balik ke Nilai. Kalau kuar pukul 4, kul 5.30 dah buleh sampai kat Nilai. Masih sempat untuk sediakan juadah berbuka; samada masak atau ‘tunjuk’ jer. Tapi masalahnyer… Neezam ada kelas plak pukul 5 sampai 7 setiap hari Senin, Slasa dan Khamis. So, cam ner ek? Kalau Neezam ada kelas then saper nak amek aku biler aku sampai kat stesen Nilai nanti. Puas gak aku piker can ner lah nak selesaikan masalah ni. Kecuali kalau Neezam tukar waktu kelas dia then baru bleh selesai masalah. Kalau ikut aku, aku nak jalan jer dari stesen Nilai tu ke rumah. Tapi Neezam tak kasi. So can ner ek?

Waaaaa… sedih… Buat masa ni Neezam memutuskan supaya aku balik KL cam biasa; weekdays kat KL n weekends kat Nilai. Hari Rabu bleh lah aku balik Nilai untuk berbuka bersama. Ciannyer dia. Tak sanggup betul tinggalkan Neezam berbuka dan bersahur sorang-sorang. Ciannyerrrrr… Waaaaaa…

Can ner?!

Tuesday, September 19, 2006

The moody blues

Semalam aku gi scan lagi; untuk yang keempat kalinyer… Tujuan utama gi scan ni sebenarnyer adalah untuk tengok uri aku. Sebab sebelum ni uri aku berada kat bawah baby. Kalau uri aku masih berada kat bawah, mungkin aku tak kan boleh bersalin normal.

Macam biasa, waktu doctor scanning, Neezam akan berada di samping aku untuk tengok keadaan aku dan baby. Sebelum memeriksa uri aku, aku mintak doctor periksa jantina baby kitorang dulu. Telek punyer telek, scan punyer scan, akhirnya doctor mengesahkan aku mengandungkan baby girl! Seronok betul biler tahu jantina baby. Walaupun ramai orang memang menjangkakan aku mengandungkan baby girl, tapi pengesahan dari doctor membuatkan aku dan Neezam lebih gembira. Hehehehhehe…

Sebelum ni memang ramai yang jangka aku kandungkan baby girl sebab tengok daripada bentuk perut dan air muka aku. Kata orang kalau perut bulat melebar, baby girl tapi kalau perut bulat kedepan, baby boy. Then kalau air muka ibu mengandung tu bersih berseri-seri, baby girl, tapi kalau sebaliknyer baby boy. Ramai yang kata muka aku memang bersih berseri waktu mengandung. Hehehehehhe… Aku ingatkan ada seri pengantin jer, rupernyer seri ibu mengandung pun ada gak ek.

Alhamdulillah… aku tak kesah samada baby girl atau boy, yang penting baby kitorang sehat, sempurna dan soleh. Insya Allah…

Then, doctor memeriksa uri aku plak. Alhamdulillah… uri aku dah naik. Aku bersyukur sangat! Neezam pun berkali-kali mengucapkan syukur. Insya Allah kalau tiada aper-aper masalah lain aku akan bersalin secara normal.

Dah tau jantina baby… seronok kan? Dalam kepala otak aku ni dah set memacam benda nak beli; gaun comey-comey, hair band, stoking bunga-bunga, set makan minum baby warna pink, baby bedding set yang comey-comey, macam-macam lah! Hehehehehhe… seronok tau. Dalam aku berangan-angan nak beli macam-macam bebarang baby, nanti Neezam mesti menyampuk, “tak payah beli memacam, nanti susah nak bawak ke Melbourne”. Spoil betullah… bantut angan-angan aku. Hehehehe… Tapi betullah kata-kata Neezam tu, kalau beli macam-macam bebarang baby takut nanti susah plak nak bawak fly ek? So terpaksalah beli aper yang patut jer. Nanti beli kat sana jer kan. Sid dulu cam ner ek?

Biler dah tau jantina baby jugak baru sibuk nak cari nama untuk baby. Nama-nama baby boy boleh disingkirkan daripada senarai secara rasminyer. Hehehhehehehe… Sebenarnyer dah lama kitorang mencari-cari nama-nama yang sesuai untuk baby. Tapi pilihan aku dan Neezam tak pernah serasi. Biler Neezam suka satu nama tu, aku tak suka, dan biler aku suka satu nama tu, Neezam plak tak suka. So kitorang masih mencari. Walaupun ada beberapa nama yang telah disenarai pendekkan… cewah… tapi kitorang masih nak mencari satu nama yang sedap didengar, sedap disebut, dan yang paling penting mempunyai maksud yang baik. Tak per lah… masih ada masa lebih kurang 2 bulan lagi untuk kitorang cari nama yang sesuai untuk baby girl kitorang.

Insya Allah Neezam akan fly ke Melborne pada bulan Febuari tahun depan. Neezam dah dapat surat tawaran sambung belajar daripada La Trobe University. Alhamdulillah… aku bersyukur sangat. Akhirnyer Neezam dapat jugak teruskan cita-cita dia untuk sambung PhD sebelum menjangkau usia 30 tahun.

Aku dan baby plak mungkin akan ikut Neezam kemudian. Maybe bulan Mac atau April atau May. Entahlah… tak tentu lagi. Tapi mungkin aku tak kan fly sekali dengan Neezam. Sepatutnyer Neezam fly bulan Oktober ni, tapi disebabkan aku, Neezam terpaksa menunda pengajian dia ke bulan Febuari tahun depan.

Apa-apa pun aku harap segala perancangan dan perjalanan hidup kitorang akan berjalan lancar. Aku sentiasa memohon kepada Allah supaya dikuatkan semangat dan dipermudahkan aku bersalin nanti sebab aku ni jenis penakut dan lemah semangat. *Kroni-kroni kat UTM dulu mesti tau betapa lemah semangatnyer aku bab-bab ni. Sebab diorang ni lah paling kejam menyakat aku dulu!*

Orang kata kener rajin-rajin berjalan dan exercise selalu, baru senang bersalin. Dan yang penting sentiasa berdoa kepada Allah dan amalkan bacaan surah Yusuf, Maryam dan Yasin. Harap-harap sumernyer diberkati Allah…

Sunday, September 17, 2006

Benjol apekah itew?

Satu lagi pengalaman baru!

Malam Sabtu yang lepas aku susah nak tidur, sebab baby aktif berpusing-pusing dalam belly aku. Dan macam biasa, biler baby aktif bergerak, aku jadi tak keruan; mata ngantuk tapi susah nak tidur. Kejap terpusing ke kiri, kejap terpusing ke kanan, kejap terletang. Neezam pun asyik terjaga-jaga biler aku bergerak-gerak. Cian dia, tak nyenyak tidur dek mak budak yang berpusing-pusing.

Then aku memutuskan untuk tidur terlentang, sambil mengusap-ngusap perut aku, dengan harapan baby aku akan berhenti bergerak-gerak dan tidur. Dalam aku mengusap-usap perut aku, tetiba baby bergerak daaaaannnnn… timbul satu benjolan kecik kat perut aku. Aku rasa benjolan tu. Keras. Waaaaa… aku terkesima sangat! Cepat-cepat aku kejutkan Neezam. Neezam pun rasa benjolan tu. Neezam pun terkesima. Kitorang tergelak-gelak. First time! Tak tau nak kata aper. Macam-macam andaian kitorang buat. Maybe tu siku baby? Tak pun kaki baby? Ke kepala baby? Hehehhehe… Kitorang terus usap-usap kat benjol tu. Kejap tu dia bergerak lagi dan bejolan tu pun hilang…

Ya Allah! Aku rasa tu satu rahmat! Pengalaman manis! Walaupun aku rasa geli waktu tu tapi aku rasa gembira dan bahagia sangat! Buat masa ni aku tak rasa lagi ada benjolan kat perut aku. Tapi kata mak dan kengkawan yang berpengalaman, benjolan tu akan kerap muncul lepas ni. Perut jadi senget benget disebabkan baby yang aktif bergerak. Hehehehehehe…

Di saat aku menulis blog ni, baby tengah aktif bergerak-gerak. Seronoknyer! :)

Monday, September 11, 2006

13 weeks more to go!

Lamaaaaa betul aku tak update blog aku ni. Sepanjang bulan 8 yang lepas tak der satu post pun aku buat. Bukan aper. Sejak akhir-akhir ni aku tersangatlah bz dengan pelbagai urusan; terutamanyer urusan pejabat. Kengkadang tu tension rasanyer. Tapi nasib baik ada hubby yang sentiasa mencomfortkan dan menceriakan aku. So legalah sikit. Tq dear…

Sekarang ni kandungan aku dah mencecah 27 minggu; 13 weeks more to go! Perut pun semakin membesar and the baby started moving and kicking. Akibat perut aku yang membuncit ni, aku susah nak tidur tiap-tiap malam. Kalau aku tidur mengiring aku terasa perut aku jatuh ke tepi tapi biler aku tidur terlentang aku rasa cam perut aku ni kener hempap.

Tiap-tiap malam jugak baby akan aktif bergerak. Perasaan aku? Mulanya rasa tak selesa dan geli tapi lelama rasa seronok sangat! Exited giler! Tapi tu lah… biler baby dah gerak, nak tidur pun susah. Aktif betul dia! Kengkadang tu tengah buat kerja kat office, tetiba terasa baby bergerak. Mungkin baby bertukar posisi tidur dia. Tapi pergerakan baby waktu siang tak seaktif baby bergerak waktu malam. Biler baby bergerak aku rasa geli. Rasa macam angin meletup dalam perut. Hmmmm… korang paham tak? Susah nak digambarkan. Hehehhe…

Biler baby bergerak, aku suka rasa perut aku dengan tapak tangan, so tapak tangan aku akan dapat rasa pergerakan baby. Kengkadang tu, biler baby bergerak, aku suka tengok jer perut aku sebab nampak pergerakan baby. Perasaan waktu tu sukar aku gambarkan. Gembira dan terharu sangat!

Lebih mengembirakan adalah biler baby bergerak aku dapat kongsi pengalaman tu dengan orang yang aku cintai; hubby tercinta. Neezam akan rasa gerakan baby dengan tapak tangan dia. Neezam akan tersenyuuuuummmm, tergelak sakan biler rasa gerakan baby. Nampak raut muka dia yang gembira. Sesekali Neezam bercakap ngan baby, bisik-bisik, cakap-cakap kat perut aku. Aku harap baby dengar apa ayah dia cakap.

Adik-adik dan mak aku pun dah dapat rasa gerakan baby dalam perut aku ni. Kelakar tengok gelagat adik dan Joy biler diorang rasa baby bergerak. Diorang macam terkejut jer, terkesima jap dan geli. Camtu lah jugak biler Neezam rasa gerakan baby kali pertama. Heheheheh… Nantilah satu hari nanti harap-harap adik-adik aku akan merasai sendiri pengalaman manis macam yang sedang aku dan Neezam alami sekarang.

Mak plak… biler rasa cucu dia bergerak dalam perut aku ni, dia selamba jer. Maklumlah orang dah berpengalaman. Kata mak, baguslah baby rajin bergerak, nanti tak malas macam mak dia. Hmmmm… aku lah tu… hehehehhehe…

Dalam kandungan mencecah 6 bulan ni, aku masih lagi mabuk-mabuk. Aku masih lagi muntah waktu pagi walaupun tak sekerap dulu. Nampaknyer aku antara orang yang kurang bernasib baik. Selalunyer biler masuk bulan ke 4 atau 5 dah tak kan mabuk-mabuk lagi. Kata orang kalau mabuk teruk, may be aku sedang kandungkan baby girl. Tapi tak tau lah ek. Aku dah scan, tapi masih tak nampak anunyer. Dia sorok, mungkin sebab malu. Hehehehhee…

Alhamdulillah, selain dok muntah-muntah keadaan kesihatan aku setakat ni sihat-sihat jer. Cuma beberapa minggu lepas kaki aku beberapa kali cramp. Tapi sekejap-sekejap jer. Nasib baik tak bengkak. Kata mak, kalau bengkak mesti kener amek mc banyak hari sebab kener banyak berehat dan tak buleh banyak jalan. Sekarang ni plak biler berjalan, ari-ari dah rasa berat tapi tak menyakitkan. Sakit belakang memang selalu; tak kire kat rumah atau kat office. Biler dah sakit belakang aper benda kerja pun tak buleh buat. Nak makan pun tak lalu. Mood pun mula merundum. Tu sumer simtom biasa bagi orang mengandung. Dibandingkan dengan kawan aku, Huda, nampaknyer Huda lebih malang.

Beberapa hari yang lepas Huda dimasukkan ke ICU sebab asma. Huda sama cam aku kandungannya 6 bulan; due datenyer juga beberapa hari jer daripada due date aku. Selama berkawan dengan Huda, aku tak tau plak dia ada asma sebab dia memang bukan pengidap asma. Semalam aku sempat call Huda, kata Huda, mungkin asma yang sedang dialaminyer sekarang ni adalah disebabkan pembawakkan baby dalam kandungannya. Tambahan pula dia seorang cikgu; banyak sedut habuk kapur agaknyer. Sekarang ni Huda dah dipindahkan ke wad biasa. Harap-harap Huda akan cepat sembuh dan dia dan babynyer sihat. Amin…

Insya Allah, 19 September ni aku akan ke klinik untuk scan. Harap-harap baby akan menampakkan anunyer. Hehehhehe… Tak sabar nak tau jantina baby. Tak sabar nak shopping barang-barang baby. Tak sabar nak tatap muka baby. Apa-apa pun aku harap baby aku sihat dan sempurna.

Lebih kurang 13 minggu lagi sebelum aku bersalin. Dalam 27 minggu aku mengadung banyak pengalaman yang aku dapat. Walaupun kebanyakkannyer memang memenatkan tapi bagi aku tu sumer adalah pengalaman manis yang tak sumer orang dapat rasa.

Bersyukur ke hadrat Allah sebab memberikan aku dan Neezam peluang mengalami saat-saat seperti ni. Tak dinafikan memang banyak dugaan sepanjang aku mengandung ni; dugaan paling besar bagi aku adalah biler terpaksa berjauhan dengan Neezam sebab aku tak larat nak berjalan jauh berulang dari KL ke Nilai; dari rumah ke tempat kerja.

Apa-apapun aku harap aku dan Neezam dapat menghadapi segala dugaan bersama-sama sehingga ke akhirnyer…

Wednesday, July 26, 2006

Kelebihan Bulan Rejab


Assalamualaikum kengkawan sumer. Sedar tak sedar dah masuk bulan Rejab 1427. Puasa tahun lepas pun aku tak habis ganti lagi. Insya Allah kalau berkesempatan dan ‘berkelaratan’ aku nak cuba ganti habis posa aku dalam bulan ni… Masalahnyer, dalam ‘keadaan aku macam ni’, aku memang susah nak menahan diri dari rasa lapar.

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya

Sya’aban dengan malam NISFUnya

Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do’anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

♥ Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus)

♥ Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya

♥ Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)

♥ Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat

♥ Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka

♥ Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka

♥ Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga

♥ Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu. MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga

♥ Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat

♥ Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga

♥ Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

♥ Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu

Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

♥ Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun

♥ Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun

♥ Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam

♥ Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga

♥ Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap,terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat

♥ Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya

♥ Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya

♥ Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah

Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

♥ Diampunkan dosanya yang lalu

♥ Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal

♥ Terlepas dari dahaga di hari kiamat

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah.

Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawab: “Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.”

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah`arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau". (dari kitab Raudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim).

Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.

SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.

RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.

SYA’ABAN menyucikan hatinya.

RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.

SYA’ABAN bulan muhibbah.

RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dengan kehadiran bulan-bulan mulia ini…

Wassalam,

Wallahualam...

Saturday, July 22, 2006

Lepaking @ KLCC

Lama tak jumpa Sit sejak farewell party untuk Sit ke Jepun sebelum aku kahwin dulu. Sekarang ni Sit sedang balik bercuti. So, kitorang ambil kesempatan ni untuk berjumpa.

Selain Sit, Adah dan Zura pun ada. Semua dengan family memasing; Sit & heronya, Eiyu *Wira, hubby Sit, tak ikut balik M'sia*, Adah, Naim & little Izzah, Zura, Shah & little Wanie; aku & Neezam. Baby? Coming soon! Hehehe... Still dalam belly mama...

Sekarang ni sedang mengandung 4 bulan. Nampak bertambah gemuk dan tembam tak? Hehehehe...


~Adah & little Izzah, Sit with her hero, Eiyu, & me!~


Aku dan Neezam ingatkan nak tengok movie 'Pirates of Carrabean 2' lepas jumpa diorang tadi. Tapi diorang beria-ia tak kasi sebab dalam cerita tu kan watak diorang muka semua mengarut-ngarut. Diorang kata takut aku terkenan plak. Sian baby... Heheheh... bleh cayer ker... Tapi memang dah tak der rezeki nak tengok. Tiket PoC2 sold out! So tengok citer 'Superman'. Betapa tak bestnyer!

Nway, seronok jumpa kawan-kawan semula. Banyak cerita-cerita terbaru diorang. Maybe next month Sit dan Eiyuu akan pulang ke Jepun semula. Harap-harap dapatlah berjumpa lagi nanti!

Tuesday, July 11, 2006

Papai adik…

Citer ni dah lama, two weeks ago, the day after my birthday, 1st July bersamaan hari Sabtu; (bz sangat, tak sempat nak tulis blog. Tapi memandangkan ini adalah catatan perjalanan hidup aku untuk aku imbas semula di masa akan datang, so, aku nak tulis gak. Muahahahhaha..) Aku, Neezam dan mak gi hantar adik mendaftar kat UTM Skudai. Tak sangka, adik pun dapat gak menjejakkan kaki kat tempat aku dan Neezam pernah belajar dulu. Kebetulan Joy pun tengah belajar kat sana. Dan kebetulan course adik adalah course yang sama my beloved hubby pernah belajar dulu.

Pepagi lagi kitorang dah bertolak ke JB. Lebih kurang pukul 9.30 pagi kitorang sampai kat tol Skudai. Aku plak yang terlebih excited, teringat zaman-zaman belajar dulu. Masuk jer Skudai, aku dapat tengok beberapa perubahan landskapnyer. Tak lah jauh sangat beza dari dulu. Cuma lebih cantik dan lebih banyak pokok-pokok berwarna-warni kat kiri kanan jalan.

Adik dapat ditempatkan kat Kolej Tun Fatimah. Itu buatkan aku lebih excited. Mana taknyer… kat kolej tu lah aku menetap sepanjang 4 tahun aku belajar kat sana, kat kolej tu lah aku melalak dalam toilet sebab tak pernah masuk asrama sebelum tu, dan yang penting… kat kolej tu lah aku kenal Neezam. Dan tambah excited lagi, adik ditempatkan kat blok H03. Kwang kwang kwang… Tu lah blok pertama aku kat KTF dulu, dan dari blok tu lah tertubuhnyer kroni. Tul tak kroni?

Sementara tunggu adik mendaftar kat kolej, aku sempat berjalan-jalan kat sekitar kawasan KTF tu. Tak banyak beza dari dulu. Tu yang membuatkan kenangan kat KTF lebih jelas. Teringat pada kengkawan yang sama-sama belajar, sama-sama struggle waktu exam, sama-sama kuar makan, sama-sama gi kuliah, sama-sama kuar reramai cam bangla ke Taman U, hehehehhe… Seronok waktu belajar, tapi kalau nak ingatkan exam… hmmm… memang tak larat… Biler terpandang bilik sekatariat Sukam dulu, aku teringat masa zaman-zaman aku baru berkenalan dengan Neezam, saat cinta mula berputik. Hehehehhe…

Lepas pendaftaran adik selesai, kitorang ke bilik yang adik ditempatkan, kat blok H03, aras 2. Masa zaman aku belajar dulu, satu bilik 3 orang, tapi sekarang lebih selesa, 1 bilik 2 orang jer. Seingat aku, masa aku tahun 1, Leni, Zai, Sarah, Nurul ditempatkan kat aras 2 tu. Dan aku dan kebanyakkan kroni lain (Sit, Dayah, Shery, Baya, Huda, Zu, Nani, Liza, Ija) kat aras 1. Dan Adah, budak blok mana ntah yang suka melepak kat bilik Nani pun terkroni sekali… hehehehehe…

Dalam pukul 12 lebeh, kitorang ke Giant dan ke Taman U. Terkejut aku biler sampai kat Taman U. Banyak sangat perubahan. Banyak sangat kedai-kedai yang naik. Kedai makan yang biasa aku makan sebelum ni plak dah jadi kedai makan cina. Bersatu Jaya dan Jaya Jusco masih kukuh cam dulu. KSDS plak dah jadi rumah hantu!

Lepas pukul Asar, kitorang pun bersiap-siap untuk balik KL. Adik dah meleleh air mata dan air hidung. Begitu gak mak. Cian tengok adik kener tinggal. Aku pun sedih gak, tapi aku tahan. Aku tak suka orang tengok aku nangis, macho lah konon ek. Tapi dalam hati… Allah sajer yang tahu betapa sedihnyer aku…

Tak dinafikan, aku gembira adik dapat sambung belajar kat universiti, sama seperti aku, Neezam dan Joy. Tapi aku sedih gak sebab tak der adik dah aku nak sakat kat rumah, tak der adik untuk teman aku tidur, tak der adik untuk sama-sama mengumpat, tak der adik yang nak membebel sebelum aku tertidur… hu hu hu… ;p

Best of luck adik!

Sunday, July 2, 2006

Happie Birthday to me!

30hb June yang lepas merupakan hari ulangtahun aku yang ke 26 tahun. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya dapat jugak aku menjangkau ke usia ni dengan keadaan aku yang sehat-“sehat” sejahtera dan bahagia di samping suami dan keluarga tercinta.

29hb, sehari sebelum kedatangan hari lahir aku, Neezam bekerja kat KL. Aku suka sangat! Sebab pas kerja, Neezam terus lepak kat KL gak, so, dapat jugak aku sambut detik 12 malam tu dengan suami dan famili aku.

Hmmmm… nak tau satu citer. Aku tahu… kebanyakkan daripada kengkawan aku memang kenal dengan Neezam. Maksud aku perangai dia; antaranya… joker, suka bergurau… Something happened on my birthday eve (29th) that makes me very very upsad at the beginning… sedih gilos woooo… tapi kejap jer lah…

Sebelum tibanya hari jadi aku, aku pernah tanyer Neezam, apa hadiah yang akan dia bagi pada aku tahun ni? Neezam kata dia nak hadiahkan aku sabun. Hehehhehe… aku gelak jer. Aku tahu dia bergurau.

29hb tu, Neezam amek aku dari tempat kerja. Sampai rumah jer dia bagi aku hadiah birthday. Kotak besar! Aku punyerlah excited! Tapi katanyer, “jangan bukak sebelum kul 12 malam”. Korang bayangkanlah… dari pukul 6 petang nak tunggu ke pukul 12 malam, punyer lah gatal tangan aku ni. Aku dok peluuuuuk jer kotak yang besar tu. Tangan ni pun gatal jer, dok terkutil-kutil selotep. Tak sabar nak tengok mendalah agaknyer dalam kotak yang besar tu. Aku pun tak dapat nak jangka aper mendalah kat dalam kotak besar tu.

Then kul 11.30 malam, akhirnya Neezam kasi gak aku bukak hadiah tu. Punyerlah suka! Bukak jer pembalut hadiah tu, aku tengok kotak periuk nasi. Dalam kotak tu terdapat sekeping birthday card dan sebuah kotak hadiah yang lain. Gembira gak, sebab dah jumpa kad dulu. Then bukak kotak hadiah kedua tu. Dalam kotak tu terdapat kotak hadiah lain plak. Bukak kotak yang ketiga tu terdapat gumpalan kertas surat khabar. Akhirnya terdapat satu objek yang siap berbalut dan bereben. Korang bayangkanlah keadaan aku waktu tu. Tersengih sakan! Dalam hati aku, “macam handphone jer”. Tapi adik aku kata, “kak, macam sabun jer.” Dan biler aku bukak… Waaaaaa… cedihnyer… betul-betul sabun!!! Dah tu, tu adalah sabun body shop yang aku hadiah kat Neezam dalam hantaran kahwin dulu. Waaaaa… tambah cedih dan geram aku jadinyer. Adik dan Neezam gelak jer. Gelak gilos! Kata Neezam kad tu lah hadiah harijadi untuk aku tahun ni.

Aku berterima kasih gak kat Neezam sebab bagi aku kad, tapi dalam hati ni. Ya Allah… sedihnyer. Meleleh gak air mata aku ni. Tapi kejap tu… Neezam bagi satu kotak hadiah yang lain. Aku jadi conpius jap pas tu was-was. Tak nak kener main cam tadi. Tapi kata Neezam tu hadiah yang betul. Adik dok tersengih-sengih jer. Aku pun bukak lah… Tapi ngan muka tak berseri langsung. Hehehehehe… biler dah tengok hadiah tu… Barulah muka berseri balik, excited gilos!

Neezam hadiahkan aku sebuah handphone Motorola Razr v3i. Suka sangat! Memang dah lama aku tak tukar handphone. Malam tu aku dok belek handphone baru sampai habis bateri.

Biler ingatkan balik peristiwa tadi tu, rasa cam kelakar sangat. Geram gak kat Neezam. Hehehehheheh…

Keesokan harinyer, one more surprise. Pas balik dari kerja dan mandi, aku lepak kat dalam bilik sementara tunggu waktu maghrib. Tetiba Neezam masuk dan hulurkan aku bunga ros merah. Eeeeee… suka… dah lama tak dapat bunga. Pas tu Neezam ajak aku ke dapur. Aku tengok kat atas meja ada kek coklat siap terpasang lilin. Mak ngan adik pun dah ada kat meja. Eeeeee…seronok sangat.

Bagi aku, inilah harijadi yang paling mengembirakan buat aku. Walaupun memula tu aku rasa sakit hati tapi aku tetap bersyukur sebab masih dapat bersama suami dan keluarga tercinta. Hehehehhehehe…

Sebelum ni, harijadi yang paling aku suka ialah hari jadi aku yang ke 22 tahun. Masa tu kat UTM, sebilik ngan Malin kat blok H13. Kengkawan reramai buat birthday surprise buat aku. Hadiah pun dapat banyak. Kroni-kroni bertindak kejam menyorokkan gebar buchuk aku. Nasib baik dapat diselamatkan gebar aku tu. Muahahahhahaha…

Tuesday, June 20, 2006

Ngidam? Atau sajer teringin nak makan?

Ngidam? Atau teringin? Samer ker ek?

Aku rasa aku ni kejam gak. Hehehehhehe… bukan aper… memula tu aku naaaaakkkkk sangat makan lala. Korang tau tak aper mender tu lala? Lala tu adik beradik macam kupang atau kerang lah. Oleh sebab dah teringin @ ngidamkan lala, Neezam dan mak aku pun usahakanlah cari lala. Puas cari tapi susah nak jumpa sebab bukan musim lala. Aku ada jumpa kat pasar Segamat dulu, tapi aku tak beli sebab kecik sangat sangat sangat! Tak puas!

Then, mungkin dah rezeki, mak aku dapat cari kat Jaya Jusco; sikit dan mahal. Balik dari kerja tengok lala terhidang atas meja… Ya Allah! Sedapnyer aku tengok! Tak sempat mandi, terus melantak. Tapi malangnyer… lala tu dah tak fresh. Macam dah busuk pun ada. Terus tak lalu nak makan. Geram kat Jusco! Jual barang dah busuk! Terkilan betul. Cian mak… penat jer beli dan masak.

Walaupun dah terkena lala busuk, aku tetap teringin nak makan lala. Maka dengan kejamnyer aku ajak Neezam ke Melaka cari lala. Dengan alasan pertama, nak jenguk sepupu dia yang baru bersalin kat Klebang. So, alang-alang leh lah cari lala. Hehehehehe… alasan baik punyer ek. Plan punyer plan… famili Neezam pun nak join gak ke Melaka.

Lepas jenguk baby baru kat Klebang, kitorang reramai gi cari lala kat Umbai, Melaka. Nasib baik ada. Fresh… Sedap… Tapi kalau mak yang masak mesti lagi best. Apa pun… aku tersangatlah puas hati sebab dapat makan lala fresh. Berpeluh makan…

Secondly, aku teringin plak nak makan murtabak Singapore. Dua kali aku heret Neezam ke JB untuk cari murtabak Singapore. Masa gi first time, kedai murtabak Singapore yang sedap kat Sungai Chot, JB tu tak bukak. Rasa cam kecewa sangat. Dah lah datang dari jauh cari murtabak, tapi kedai tak bukak plak.

Then masa kahwin Dayah kat Kota Tinggi, sekali lagi aku ajak Neezam lajak ke JB. Memula tu Neezam tak nak gi, takut kedai tu tutup lagi sebab last time kitorang gi hari Sabtu tutup gak. Kata Neezam nanti dia belanja aku lasagna, kononnyer nak ganti ngan murtabak Singapore lah. Tapi aku tak nak! Muka dah naik masam, muncung dah sedepa, air mata dah nak mula meleleh. Tapi biler jumpa simpang ke JB… Neezam belok gak ke JB. Heehehehhehehe… Cayang dia kat aku. On the way ke JB kata-kata keramat Neezam yang menakutkan aku ialah “kalau kedai tu tak bukak, siap kau, degil” Waaaaa… cuak… Dalam hati asik berdoa kedai tu bukak. Dan alhamdulillah… hari tu ada rezeki aku… kedai tu bukak. Dan dapat jugak aku lepaskan ngidam aku… Thank you abang…

Pas ni nak makan aper plak ek? Nak ke utara lah plak… Hehehhehe…

Monday, June 19, 2006

We saw the baby!

Lama giler tak update blog ek. Cebuk ah…

Pada 30 Mei yang lepas, first time aku buat check-up. Aku buat pemeriksaan kat Klinik Kesihatan kat Nilai. Masa tu kandungan aku dah masuk 3 bulan. Takut gak biler memula jejakkan kaki ke klinik ibu ngandung tu. Maklumlah… tak tau aper jenis check-up yang diorang nak buat. Nasib baik ada Neezam. So, kuranglah sikit rasa takut ni.

Tiba jer kat sana aku dapat lihat ramai sangat mak-mak buyung. Ada yang perutnyer besarrrr sangat… Mungkin dah memang sarat sangat dan hanya tunggu hari dan ada gak yang sekadar nampak buncit biasa jer macam aku.

Pemeriksaan aper yang diorang buat ek? Memula tu diorang buat pemeriksaan basic jer; timbang berat, ukur tinggi. Pas tu aku mula cuak sikit, sebab diorang nak buat pemeriksaan darah. Dari luar bilik pemeriksaan lagi aku dah nampak jarum yang bakal ditusukkan ke lengan aku ni. Waaaaaa… takutnyer aku!!! Sebelum nurse tu amek darah aku ni, sempat aku tanyer kat nurse tu samada sakit atau tak? Jawapan nurse tu buat aku bertambak cuak, katanyer “Tipulah kalau saya kata tak sakit kak…” Waaaaa…. Takutnyer. Tapi dalam takut-takut tu, berani gak aku tengok masa jarum masuk ke lengan aku, tengok gak masa darah tu disedut keluar, dan akhirnyer aku tengok gak masa jarum tu ditarik keluar. Waaaahhhhh…lega… Then nurse tu tanyer aku sambil tersenyum simpul “Sakit tak?” dan aku hanyer balas senyuman dia.

Pas amek darah then urine then pemeriksaan badan. Alhamdulillah… sumernyer ok and normal, kata nurse. And due date aku ialah pada 10 December 2006. Harap-harap baby kuar lewat sehari; tarikh keramat iaitu pada 11 December 2006; will be our first anniversary!

Then 9 Jun plak aku gi scan baby. Perasaan ketika tu… teruja sangat! Gembira sangat! Kat screen tu aku nampak kepala, degupan jantung dan kaki baby. Aku tak sangka baby dah sempurna terbentuk. Aku sangka aper yang akan aku lihat hanyerlah bentuk bulat. Tapi… waaaahhhh… menakjubkan! Lebih mengembirakan aku biler tengok muka Neezam yang tersenyum kegembiraan tengok screen tu. Mata Neezam berkaca. Macam-macam dia tanyer kat doctor masa dia tengok screen scanner tu. Excited dia melebih aku… Dan aku seronok tengok dia cenggitu.


~My first baby’s picture! Kalau korang perhatikan bebetul, korang akan nampak the baby’s head, tummy and leg. :)~

Masalah aku sekarang ialah uri aku kat bawah baby. Tapi kata doctor, it's normal. Nanti harap-harap uri tu akan naik atas sebelum due date. Neezam selalu pegang perut aku, cakap ngan baby “tolong naikkan uri mama tau”. Terharu aku dengar Neezam cakap cenggituh.

Sejak ngandung, aku rasa ikatan kasih sayang dan cinta antara aku dan Neezam makin menebal. Aku tahu… Neezam sayang sangat kat aku. Layan aku macam permaisuri. Sumer kerja dari mengemas hingga membasuh hingga memasak, sumer dia buat. Aku? Disuruhnyer baring… tengok tv… lepaks… Bosan gak. Tak sampai hati biarkan Neezam buat sumer kerja. Tapi biler aku nak tolong. Dia mulalah ‘berkhutbah’ panjang. Alhamdulillah… Aku bersyukur sangat mempunyai Neezam sebagai suami; baik, penyanyang, berdikari, kelakar, selalu buat aku tersenyum, buat aku gembira. Tu lah Neezam yang aku kenal sejak kitorang mula berkawan lagi. Walaupun Neezam suka bersyarah panjang (maklumlah.. pensyarah) aku memang suka dengar. Lebih-lebih lagi biler Neezam masukkan unsur-unsur analogi dan citer-citer yang dapat dikaitkan dengan isu bebelan dia tu. Hehehehehhee… Apa-apa pun… aku sangat cintakan Neezam…

K lah… dah panjang celoteh… ngalahkan Neezam lakss… Ada citer lagi nak citer… Next post ok!

Ps: Timaceh pada nurse-nurse dan doctor Klinik Kesihatan Nilai… Sumernyer baik-baik belaka…

Saturday, June 3, 2006

Dayah's wedding day

Tahniah pada Dayah dan suami

Selamat pengantin baru

Semoga berbahagia dunia & akhirat

Gambar ni khas aku amek untuk kengkawan yang tak dapat hadir majlis kahwin Dayah ni. Cumernyer aku amek gambar ni sikit jer dan aku tak sempat nak tunggu majlis persandingan. Sebab... satunyer... aku tiba awal dan nak tunggu majlis sanding lama sangat... maklumlah... orang Johor sanding lambat... Sebab keduanyer... aku mengidam nak makan murtabak Singapore... so, kitorang bergegas ke JB plak. Pastu nak balik Segamat plak.

So, kepada kengkawan yang ada lain-lain gambar kahwin Dayah ni, do inform me eh. Kongsi-kongsi lah... nak nenok... :)

Nway, Dayah sangat cantik hari tu... Rugi saper yang tak gi... tak dapat tengok live! :)

Wednesday, May 24, 2006

Waduh… waduh…

Alhamdulillah… akhirnyer jadi jugak aku beli rumah tu untuk mak. Walaupun tak sebesar mana tapi sebab lokasi rumah tu yang strategik membuatkan aku dan mak beria-ria nak amek rumah tu.

Haiiii… sekarang ni tengah pening dengan macam-macam prosedur beli rumah. Pening jugak sebab banyak duit kener keluar. Walaupun loan aku dah approved, tapi masalahnyer aku kener cari sorang gerentor plak. Abah tak bleh jadi gerentor sebab dah nak pencen, Neezam tak bleh gak sebab antara syarat sambung belajar dia under government tak membenarkan dia jadi gerentor, adik-adik aku plak tengah blajar lagi, mak plak tak kerja. Waaaa… saper plak nak jadi gerentor ni?

Petang semalam aku gi sign ‘Sales n Purchase’ agreement. Dan Insya Allah, kalau tak der aral melintang, 8 bulan dari sekarang bleh lah kitorang masuk rumah baru. Mak lah yang paling seronok! Macam-macam dah plan dia untuk rumah baru tu. Hehehhehehehe…

Sekarang ni kandungan aku berusia 10 minggu! Rasa macam sekejap jer. Tak sabar rasanyer nak tengok perut aku membesar macam perut kak Amy; officemate aku yang tengah sarat menjadi mak buyung sekarang. Tapi… kengkadang tu ada gak rasa takut. Apalah perasaannyer ada perut besar-besar gitu ek. Ada orang plak dalam tu. Kengkadang aku pegang-pegang gak perut kak Amy. Tengang dan besar betul! Kengkadang tu gak tetiba jer aku dengar kak Amy jerit sesorang. Kata kak Amy, sebab baby tu bergerak atau mengeras. So kak Amy rasa sakit dan geli lah sikit. Waduh… waduh… seram gak aku dengar. Aku ni dah lah penakut. Aperlah perasaannyer ek? Takut takut pun, perasaan excited tu lebih menebal lagi. Hehehehhe… Sonot!

Sekarang ni aku kerap sakit gigi. Kata kengkawan aku, tu adalah perkara biasa bagi orang mengandung sebab baby menyerap kalsium dari gigi ibu untuk membentuk tulang dia. Sebab tu lah ibu mengandung selalu sakit gigi. Kengkadang tu seorang ibu bleh rosak atau busuk satu batang gigi setiap kali mengandung. Tu pun kalau ibu yang tak suka minum susu. Sebab tu jugaklah sekarang ni aku kerap minum susu; susu anmum yang tak sedap tu, susu soya dan jugak susu segar. Conclusionnyer… aku tengah sebuk menyusulah ni; aku yang menyusu. Hehehehhe…

Sekarang ni aku dok rumah mak, so kalau sakit gigi memalam, terpaksalah tanggung sesorang. Uhuk uhuk… cedih… Kalau dok kat rumah ngan Neezam ada jugak orang tolong belai-belai aku waktu aku tengah ngengada dok mengerang sakit gigi. Hehhehehehe… Sekurang-kurangnyer kuranglah jugak sakit gigi aku ni.

Selain daripada sakit gigi, sejak dua tiga hari ni jugak perut aku ni gatal-gatal. Tak lah kerap sangat. Tapi ada lah jugak beberapa kali sehari. Rasa macam nak garu jer. Tapi mak marah sebab takut nanti tinggalkan parut plak. Kata mak, sapu-sapu losyen. Tapi rasa gatal gak. Nak wat cam ner ek kengkawan? Aduh…

Thursday, May 18, 2006

Musim orang kahwin datang lagi!

Dah lama rasanya aku tak update blog aku ni. Bukan tak der citer. Banyaaaakkk sangat citer. Tapi entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku cibuk cikit ngan kerja-kerja kat opis ni.

Minggu lepas dan minggu ni aku terima banyak sangat undangan perkahwinan. Maklumlah… minggu depan dah start cuti sekolah. So, masa ni lah ramai orang nak jamu nasi minyak. Nyum nyum… Sedapnyer…

Minggu depan aku ada beberapa undangan perkahwinan; 4 jemputan pada hari yang sama. Tak tau nak gi yang mana, sebab sumer tempat jauh-jauh, tak satu jalan. Kalau sumer kat KL tak per gak, bleh round sekali. Ni satu utara, satu selatan, satu tenggara, satu kat mana ntah. Kalau ikutkan hati aku yang tamak ni, nak jer aku gi ke semua kenduri kahwin.

Ada 3 sebab aku suka gi kenduri kahwin kengkawan aku. Sebab pertama; aku nak nengok kawan aku tu in their wedding dress; mesti cantik dan berseri-seri. Sebab kedua; nanti mesti jumpa semula kengkawan yang dah lama tak jumpa; mesti seronok. Waktu tu mesti sumer berkumpul macam reunion jer. Dan sebab ketiga; aku suka makan, hehehehhe…

Dua minggu lagi plak, insya Allah, aku akan ke Kota Tinggi. X-roomate aku kahwin. Aku dah plan baik punyer! Nak sakat dia atas pelamin. Muahahahahaha…

Dalam bulan 6 plak, sepupu aku kahwin. Alhamdulillah… Nampak gayanyer bertambah lagilah ahli keluarga kitorang.

So, kepada kengkawan aku yang bakal mendirikan rumahtangga pada musim cuti sekolah ni; Juwita, Yus, Su-e, Dayah dan Kak Ita; Tahniah & Selamat pengantin baru diucapkan. Insya Allah… kalau ada rezeki, aku akan sampai gak kat majlis korang!

Thursday, May 4, 2006

Rindu sangat kat Neezam…

Rutin harian aku dah berubah! Aku tak lagi berulang alik ke tempat kerja dari Nilai. Dah 2 minggu aku dok kat rumah mak kat Star Park. Sebabnyer aku mengalami mabuk yang teruk sejak mengandung ni. Muntah tak kira masa; pagi petang, siang, malam. Hidung aku pun sensitive sangat dengan bau; shower foam, clothes softener, minyak rambut, etc… Sumer tu boleh buat aku loya sampai termuntah.

Hmmmm… banyak yang aku dan Neezam fikirkan sebelum mengambil keputusan untuk aku tinggal kat rumah mak dan separate dengan Neezam untuk sementara waktu. Neezam yang beria-iya suruh aku balik tinggal ngan mak. Untuk kebaikan aku dan baby gak katanyer. Kalau dok KL dekat sikit nak gi ke tempat kerja, tak lah aku naik train sejam lebih sehari, balik kerja plak kengkadang tu tak dapat tempat duduk. Sampai rumah plak dah penat. Kengkadang tu pening-pening dan muntah-muntah. Menyusahkan Neezam jer nak jaga aku.

Aku kesian sangat kat Neezam sebab aku tinggalkan dia sesorang kat Nilai nun. Cedih naaa… Neezam terpaksa uruskan makan pakai sendiri. Tapi sebelum ni pun Neezam memang pandai menguruskan diri sendiri. Walaupun aku balik ke Nilai, aku tetap tak dapat jaga makan pakai Neezam dalam waktu-waktu macam ni. Malah aku lebih menyusahkan dia. So, lebih baik aku stay ngan mak buat sementara waktu. It’s for our own goods, right? Kalau aku duduk ngan mak jangka masa perjalanan ke tempat kerja ½ jam jer. So, balik aku tak lah rasa letih sangat. Hujung minggu Neezam akan jemput aku balik ke Nilai.

Aku tak tau lah sampai biler aku akan dok menumpang kat rumah mak. Mungkin sampai mabuk aku ni reda sikit. Tapi sampai biler ek? Ni baru 2 minggu aku dok rumah mak, aku dah rindu gilos kat Neezam . Walau cam ner pun, sejak dok berjauhan ni, rasa rindu yang membuak-buak tu membuatkan perasaan cinta tu bertambah-tambah lagi. Hehehhehehehe…

Sekarang ni kandungan aku dah berusia 7 minggu. Saiz kandungan aku sekarang adalah sebesar buah ceri, kira-kira 11mm panjang.

This is a period of intense growth for your child. The head, brain, and nerve connections are all developing rapidly. Thanks to all the brain activity, your child’s head is growing faster than any other part. Dark spots mark where the eyes and nostrils will be.

Wah! Seronok betul biler baca perkembangan baby setiap minggu. Dan pada diri aku, ada juga beberapa perubahan fizikal yang terjadi pada beberapa bahagian. Nak tau kat mana? Hehehehehehehe… Rahsia… Orang yang pernah dan sedang mengalaminyer jer yang tahu... Huhuhu...

Wednesday, April 26, 2006

It’s not easy being green

Mengikut perkiraan doctor, hari ni genap 6 minggu aku pregnant. Which means aku dalam bulan kedua sekarang tetapi masih dalam first trimester of pregnancy. Aku masih dalam keletihan melayan mabuk. Tiap-tiap pagi rasa loya nak muntah, tiap-tiap malam sakit kepala dan sakit gigi. Cian aku ek… Nasib baik ada Neezam yang sentiasa ada di sisi aku untuk comfortkan aku. Sekurang-kurangnya kurang sikit penderitaan yang aku tanggung ni. Tq dear!

Buat masa ni aku tak beli aper-aper bahan rujukan untuk pregnancy pun. Aku just surf laman web Americanbaby.com dan beberapa laman web lain. Aku suka laman web Americanbaby.com ni sebab ada banyak information dalam laman web tu. Dan yang lebih menarik, dalam laman web tu jugak ada ditunjukkan banyak gambar-gambar dan video setiap peringkat kehamilan, membuatkan aku lebih faham dengan aper-aper perubahan yang sedang dan akan berlaku, bukan saja pada aku tetapi jugak pada baby dan pasangan aku (Neezam of course!). Ramai kengkawan aku yang dah pun bergelar ibu suggestkan pada aku majalah Ma & Pa. Diorang kata majalah tu bagus. Hmmm… may be I’ll get one for myself today.

Bayangkan, pada waktu sekarang ni, baby (or still called as embryo) yang baru membentuk dalam perut aku ni masih sekecil biji kuaci. Eeeeee… keciknyer kan?! Walaupun kecik cenggituh, dia telah pun mula membentuk organ dalaman dia. Dan dalam minggu ke-6 ni jantung dia yang kecik comey tu akan mula berdegup dan saiz baby juga akan membesar ke 1cm.

Excited betul biler tahu perkembangan baby dalam perut aku ni. Walaupun aku tak nampak dengan mata kasar atau rasa aper-aper kat dalam peyot ni, tapi aku tetap tahu sumtin is goin’ on in my belly. Sumtin very special!!!

Tuesday, April 25, 2006

Comey naa…

This cute little girl must be Anuar Zain’s die hard fan. So cute! Higo girl!

I watched this video clip a few months ago and today while I surfed I got the code of this lovely video clips. So, I just wanted to share the joy with all of you out there. You will love it! Enjoy!

Hmmm… I wondered… how old is this cute little girl now?


Monday, April 24, 2006

Maksud Allah siapalah yang tahu

*Sengaja aku copy tajuk post aku ni dari blog Zai.

Malam tadi, 24hb April, aku dan Neezam bertolak dari Segamat balik ke Nilai. Kitorang memang suka gunakan jalan lama daripada gunakan highway. Bukan sebab sekadar nak save budget tapi sejarah Neezam dua kali dia accident kat highway yang menyebabkan dia prefer menggunakan jalan lama.

Kitorang bertolak lebih kurang pukul 10.30 malam dari Segamat. Neezam bawak keter laju. Kengkadang aku kecut perut gak. Tapi aku yakin dengan dia. Beberapa kali aku terlelap sebab mengantuk. Sedaya aku nak tahan tak nak tertidur, nak temankan Neezam, tapi kengkadang tu terlelap gak. Cian Neezam pandu sesorang.

Pukul 12 tengah malam, kitorang melepasi Tampin. Sempat aku minum air susu kotak sebelum aku kembali terlelap.

Tetiba… Pop! Satu bunyi kuat mengejutkan aku. Aku terjaga dan tengok cermin keter depan retak seribu! Ya Allah! Aku terkejut sangat! Neezam pun terkejut. Nasib baik Neezam still boleh maintain driving dan kitorang berhenti kat tepi jalan. Cepat-cepat Neezam suruh aku kuar dari keter sebab takut cermin pecah dan jatuh berderai.

Dari luar keter aku dapat dengar bunyi cermin cracking. Crack… crack… crack… Dalam masa tu aku masih terkejut dan mamai gak sebenarnyer. Aper yang tengah terjadi ni? Waaaaa… sedih betul! Aku harap sangat yang aku sedang bermimpi. Ya Allah! Kenapalah kau berikan dugaan macam ni pada kami? Aku konfius! Mati kutu! Terkejut! Aku tak tau aper yang patut aku buat waktu tu. Neezam call ayah, bagitau kejadian yang berlaku. Mungkin ada batu yang terkener cermin keter yang menyebabkan cermin cracking. Ayah kata, kalau crack sampai tak nampak jalan, terpaksa pecahkan jer. So, Neezam pecahkan cermin keter tu perlahan-lahan guna stering lock. Habis cermin jatuh berderai memenuhi keter. Lepas bersihkan serpihan-serpihan kaca, baru kitorang teruskan perjalanan perlahan-lahan.

Dalam perjalanan balik tu, aku asyik bertanya kat Neezam, “kenapalah jadi macam ni? Kenapa tuhan bagi kiter dugaan macam ni?” Aku sedih betul! Tapi Neezam kata, dia masih bersyukur sebab kitorang selamat, tak cedera pun. Aku bangga tengok Neezam. Dalam keadaan macam tu dia masih boleh maintain selamba, redha jer, cakap ngan ayah pun masih boleh gelak-gelak lagi, nampak tabah betul. Aku? Sedih giler! Tapi aku tahu, disebalik hati Neezam, mesti dia sedih walaupun dia redha dengan aper yang jadi.

Pagi tadi, aku bangun jer dari tidur, aku selak langsir bilik tidur aku. Tengok keter. Aku harap sangat aper yang terjadi tu hanya mimpi. But reality is reality. Cermin keter Honda City Neezam memang pecah. Aku baring balik. Sedih dengan aper yang terjadi. Aku tanyer Neezam lagi, “kenapalah jadi macam ni? Kenapa tuhan bagi kiter dugaan macam ni?” Kata Neezam, mungkin sumer ni adalah dugaan Allah. Ada rahmat disebalik kejadian yang Allah bagi. Allah bagi dugaan ni dan nak tengok sejauh mana kite boleh terima. Sepatutnyer aku bersyukur, sebab kitorang masih selamat. Aku dan Neezam tak cedera pun. Cuba kalau cermin tu terus pecah berderai. Mesti teruk. Kata Neezam, jangan persoalkan aper yang Allah beri. Mesti ada rahmat disebalik aper yang berlaku. Atau sumer ni adalah balasan daripada Allah s.w.t atas dosa-dosa kiter yang lepas. Cash! So kurang sikit dosa nak dihitung kat akhirat nanti. Hmmm… mungkin betul aper yang Neezam cakap tu. Aku sepatutnyer terima aper yang berlaku ni. Dugaan? Atau balasan? Jangan persoalkan. Aku kener terima dengan redha.

Aku teringat dengan cerita dari blog Zai, tentang raja alim dan raja zalim. Kenapa Allah menolong raja zalim ketika raja tu sakit? Dan membiarkan raja alim ketika raja tu sakit.

Tuhan pun berfirman,

"Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya.Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!

Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Ku tunaikan seluruhnya di dunia!"

Aku petik dari blog Zai.

Banyak pengajaran yang aku dapat daripada cerita tu. Dan di kala ni, aku bersyukur sangat sebab kitorang masih selamat tanpa sebarang luka pun. Tu baru dugaan kecik yang Allah bagi.

Sesungguhnyer, maksud Allah siapalah yang tahu…

Thursday, April 20, 2006

My new status :)

Disebabkan post aku yang lepas, ramai kengkawan yang dah tau status baru aku. Hehehhehe… Pecah rahsia ek. Bukannyer aku nak berahsia atau sengaja mewarwarkan cerita tapi bagi aku, blog aku ni bagaikan diari aku. Dan aku seronok bercerita dan aku seronok jugak biler ada orang yang membaca. Lebih-lebih lagi yang bagi respond dan mengambil berat tentang diri aku. Tq korang…

Ada jugak yang kata, tak elok bagitau kengkawan awal-awal berita gembira ni. Sebab biasanya awal-awal ni biasa terjadinyer miscarriage. Harap-harap tu tak berlaku pada aku. Tapi… honestly… aku terlalu excited! Teruja! Gembira! Dan bagi aku, tak salah untuk berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Betul tak? Dan korang kener doakan kesihatan aku dan… hmmmm… nak panggil aper ek? Zigot? Embrio? Baby? Aper-aper jelah… yang kat dalam perut aku ni…

Aku dapat tahu aku mengadung masa 7hb April yang lepas. Sajer jer gatal nak check guna pregnancy test yang kak Amy kasik walaupun waktu tu masih belum tarikh period aku. Hehehehhe… Tetiba aku tengok 2 strips appear kat pregnancy tester tu. Tapi strip satu tu tak lah jelas sangat. Aku terkejut dan konpius gak. Aku tanyer kak Amy. Kak Amy kata may be positif.

Balik dari opis aku beli satu lagi pregnancy test kat Guardian; Dip n Tell. Sampai rumah aku buat test. Tapi hampess. Satu strip pun tak kuar. Tu maksudnyer, test tu fail. Korang jangan beli pregnancy test tu tau. Hampess betul. Memula tu aku tak nak bagitau Neezam lagi. Tapi disebabkan hati aku ni tak sabar nak beli satu lagi pregnancy test (tak boleh tunggu sampai esok), aku pun bagitau lah Neezam. Dan waktu tu jugak Neezam bawak aku gi cari pregnancy test.

Alhamdulillah… for the second test, once again, it’s appear with 2 strips. Seronoknyer aku. Neezam tok sah cakap ler. Gumbira betul. Jam jam tu gak kitorang bagitau keluarga kitorang. Famili kitorang sumer seronok dengar berita gembira ni. Cucu pertama for both side.

Kelakar gak tengok Neezam; dia kata jangan bagitau kengkawan aku dulu, sebab awal-awal ni elok bagitau keluarga jer. Hmmmm… aku ikut jer lah. Tapi malam tu aku tengok dia received banyak sangat sms. Pastu biler dia baca, senyum-senyum. Aku pelik betul. Biler aku check sms-sms tu, hmmmm… ramainyer lah kengkawan dia yang bagi ucapan tahniah. Tak aci kan? Tapi biler piker-pikir balik, kelakar dengan perangai Neezam, punyerlah excited!

Cian ngan Neezam, sejak dia tahu aku pregnant, sumer kerja rumah dia tak bagi aku buat dan dia buat sendiri; mengemas, membasuh, memasak, sidai kain. Terharu betul. Biler aku nak tolong dia, dia mula marah. Hmmmm… marah-marah sayanglah. Heheheheh… Harap-harapnyer Neezam akan sayang aku sampai bebila.

Selasa lepas, aku mula mabuk-mabuk; first day mabuk. Hari ni masuk hari ketiga aku mabuk; pening, muntah and malas. Hehehehhehe… Nasib baik doctor ada bagi aku pil tahan muntah. So, kuranglah sikit muntah aku. Perut plak asyik rasa lapar jer. Pukul 2, 3 dan 4 pagi aku terbangun, rasa nak makan. Rasa nak jer ajak Neezam gi mapley. Tapi tak sampai hati nak kacau dia tidur. Perut….tok sah cakap lah… Kreeeekkkk krooookkkkk… asyik bunyi jer… lapar betul! Gi klinik, doctor bagi aku ubat gastric. Bagi tahan sikit perut. Baru rasa lega skit. Tapi makan tetap banyak.

Hari ni jer aku breakfast bubur nasi dan mee goreng, tengahari tadi aku makan bihun sup, baru kejap ni aku makan tweggies and chips more, jap lagi nak makan aper ek? Aaaarrrrhhhhhgggg… gilossss… gilosss… Bak kata Sit, aku akan “membesar bagai johan” (iklan susu)… Hehehehe…

Aper-aper pun, terima kasih bebanyak kepada kengkawan aku yang baik hati. Ambil berat tentang aku yang baru nak timba pengalaman ni. Ramai yang ym aku pagi ni di kala aku meletakkan status ym “kite tak cehatlah hari ni”. Waaaaa… terharu dengan kengkawan yang baik hati. Ramai yang bagi nasihat dan tips. Ramai yang mendoakan aku. Timaceh kengkawan… Cayang korang...

Bersyukur sangat aku ke hadrat Allah kerana dikurniakan suami yang sentiasa menyintai dan menyanyangi aku, keluarga yang memahami aku, dan kengkawan yang mengambil berat. Semoga mereka sentiasa mendapat rahmat dan dilindungi Allah swt sentiasa. Amin…

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah…

Wednesday, April 12, 2006

Nak citer ni

Selamat menyambut hari Maulidur Rasul kepada semua umat Islam seluruh dunia!

***


Dah lama rasanya aku tak update blog aku ni dan aku memang ada banyak sangat cerita yang nak aku tulis sebab banyak benda terjadi sejak hujung minggu yang lepas. Cumanya aku tak der masa jer nak mencuri tulang menulis blog. Bz tahap gaban. Dan hari ni, memandangkan boss aku tak der dan tak kan masuk office seminggu ni, aku pun mengambil kesempatan untuk mencuri masa untuk menulis dan berceloteh…

Firstly, aku nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada husband aku yang tercinta, Neezam, sebab telah lulus dalam peperiksaan IELTS. Congratulations abang!!! Neezam ambil peksa IELTS tu last two weeks dan keputusan peperiksaan kuar ari Jumaat yang lepas dan Alhamdulillah Neezam lulus.

Seronoknyer aku! Neezam lagilah seronok. Dah lulus… Lega betul dia… Berkat usaha dan doa ke hadrat Allah swt akhirnya Neezam lulus dan ini akan membolehkan Neezam mencapai cita-cita dia untuk sambung Phd kat overseas. Insya Allah kat Australia. Kalau ada rezeki, Insya Allah tahun ni Neezam fly ke sana. Aku cam ner ek? Mungkin aku akan ikut Neezam. Hmmmm… Tapi… Aku takut akan menyusahkan dia plak kat sana nanti. Maklumlah… aku tengah !@#$%^&*... Kang susah plak dia nak dok jaga aku. Nak study lagi. So, cam ner ek?

Secondly, aku nak kongsi pengalaman ngan korang. Macam biasa aku akan kuar office betul-betul pukul 5.30 petang sebab aku kener kejarkan train komuter pukul 5.58 petang kat KL Sentral untuk ke Nilai. Ada satu hari tu, lebih kurang 2 bulan yang lepas, kat depan Avenue K, tengah aku dok berjalan punyer lah laju, tetiba ada sorang nenek ni halang jalan aku. Nenek tua, bertudung, kecik molek jer, muka kudus, bawak paper beg. Dia kata dia nak mintak bantuan aku. Katanyer, dia kener samun. Habis duit dia nak balik rumah tak der. So, dia nak mintak dalam RM10. Tapi disebabkan dalam kepala hotak aku ni asyik piker nak cepat, takut terlepas train, so aku hanya senyum dan terus berjalan. Biler dah naik train lrt, aku terfikirkan balik pasal nenek tu. Ya Allah! Aku rasa bersalah sangat. Kejam betul aku! Aku call Neezam dan cerita pasal kejadian tadi. Aku rasa bersalah. Tapi nasib baik Neezam comfortkan aku. Kata Neezam, Insya Allah ada orang lain akan tolong nenek tu. Tapi aku rasa bersalah jugak. Kenapalah aku tergamak biarkan orang tua yang dalam kesusahan tu? Kejamnyer aku!!! Sampai malam aku tak sedap hati memikirkan hal tu. Tapi lama-kelamaan aku terlupakan hal tu. Tapi… kejadian yang berlaku hari Isnin lepas membuatkan aku teringatkan balik insiden ni. Nak tau kenapa?

Hari Isnin lepas aku lewat sampai office sebab komuter rosak. Aku sampai kat Avenue K lebih kurang pukul 9.35 pagi. Dalam aku berjalan menuju ke office, aku ternampak sorang nenek tua kat depan Avenue K sedang merayu minta duit kat orang lalu lalang kat situ. Apa yang memeranjatkan aku ialah nenek tua yang sedang begging tu adalah nenek tua yang sama aku jumpa kat tempat yang sama lebih kurang 2 bulan yang lepas! Dia tahan aku. Guna ayat yang sama jugak; nak mintak RM10 sebab dia kener samun, tak der duit nak balik rumah. Serta merta aku jadi keliru tapi aku tetap teruskan perjalanan aku.

Apa niat orang tua tu sebenarnya? Betul ker dia dalam kesusahan atau itu adalah kerja rutin dia? Menipu, merayu meminta belas kasihan? Atau mungkin memang kejadian yang sama berulang lagi pada orang yang sama di tempat yang sama? Mungkin jugak orang tua tu memang penipu!!!

Eeeeeeee… geram betul!!! Aku memang tak boleh terima kerja-kerja menipu cengginih. Lebih-lebih lagi orang yang menipu tu orang tua. Ish… pak kal aku dah lambat nak ke office. Kalau tak… nak ajer aku patah balik dan tanyer bebetul kat orang tua tu. Kalau betul dia menipu, kasi ‘sekolah’ sikit kat dia. Dah tua tu bawak-bawaklah bertaubat. Insap insaplah… Rumah kata pergi, kubur kata mari, masih tak sedar diri. Tunggulah… kalau ada rezeki, jumpa lagi ngan dia, memang aku nak tanyer bebetul kat dia! Nantilah! Nasib baik aku tak tolong dia dulu!

Aku bukan aper… Aku sakit hati dengan kerja-kerja menipu cengginih sebab aku pernah kener sekali kat Pudu. Memang aku kener tipu hidup-hidup.

Cengginih citernyer...

Ada satu hari tu, aku baru jer balik dari JB. Masa tu masih belajar kat UTM Skudai. Sampai kat Pudu, aku tunggu adik aku, Joy, amek kat 7 Eleven. Sementara dok menunggu aku disapa oleh sorang mamat ni. Smart, berkemeja biru lengan panjang, berseluar sleek, rambut pun tersisir rapi. Memula dia tanyer kat aku kat mana balai polis Dang Wangi. Aku pun dengan ikhlas dan baik hatinyer bagitaulah jalan nak ke sana.

Jap tu, tanpa aku tanyer, dia ceritakan masalah dia. Katanyer, beg duit dan beg baju dia hilang. Kononnyer dia tengah tunggu bas nak ke Ipoh. Nak balik kampong sebab mak tengah sakit. Sementara tunggu bas dia nak gi sembahyang dan mintak sorang kakak tudung labuh ni jagakan beg dia. Dalam beg dia ada sumer barang penting termasuk wallet dan tiket bas. Biler dia balik dari sembahyang, dia tengok bebarang dia, dan kakak tudung labuh tu dah tak der. Dia kata dia buat laporan kat pondok polis Pudu, tapi polis kat situ tak nak hiraukan dia. Ayat dia yang masih aku ingat sampai sekarang ialah, “Akak jangan mudah percayakan orang”. Sebab dia keluarkan ayat tu adalah kerana dia percayakan kakak tudung labuh untuk jaga beg dia tapi sumer lesap.

So, dia nak mintak belas ehsan aku, nak pinjam RM40 untuk beli tiket balik Ipoh. Aku kesian kat dia. So, aku pinjamanlah dia RM25. Dia kata dia budak UTM KL. Once dia balik KL balik, dia akan pulangkan duit aku. Dia bagi kat aku alamat asrama dia kat UTM KL, nombor tepon kampong dia, dan nombor hp kawan dia, aku pun bagi nombor aku. So, aku bodoh-bodoh cayer jer kat dia. Pas aku bagi duit kat dia, dia terus lesap.

Kebetulan masa aku bagi duit tu, Joy sampai. So, sempatlah jugak Joy tengok muka budak tu. Aku citer kat Joy. Joy tengok alamat asrama tu dan kata Joy asrama tu tak wujud. Joy study kat UTM KL, so, dia tau lah. Joy amek nombor tepon yang dia bagi kat aku dan call. Dua-dua nombor yang dia bagi kat aku tak wujud.

Waaaaaa… sedih betul aku. Joy cuba cari balik budak tu. Tapi tak jumpa. Hidup-hidup aku kener tipu. Dan ayat budak penipu tu, “Akak jangan mudah percayakan orang” memang terkener balik kat batang hidung aku!

Sebab tu sampai sekarang ni kalau ada orang dok mintak belas kasihan tepi jalan cenggitu aku tak percaya. Aku tak kan bagi 1 sen pun! Aku hanya bersedekah pada orang yang aku rasa memang kurang upaya. Aku halalkan duit yang budak tu tipu aku sebab aku tak nak dia cari aku lagi kat akhirat nanti untuk mintak halal.

So, kengkawan… Korang pun jaga-jagalah. Banyak penipu putar alam kat dunia ni. Jangan sampai terkener.

Haiya… dah panjang aku tulis rupernyer. Tak sedar. Ada citer lagi nak citer ni. Tapi nantilah. Korang mesti penat nak baca. Aku pun dah penat naik menaip. Next time lah pulak eh. Adios!

back to top