♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, May 7, 2017

My Khairunns... first meeting!

Khairunniesreena, Khairunnaufal & Khairunneeyaz.

Their first meeting. Penuh dengan drama. Hahhahaha...

Hari ni Niesreena dan Naufal ke hospital dengan harapan nak jumpa baby Neeyaz untuk kali pertama. Tapi masalahnya... budak umur bawah 10 tahun tak boleh naik ke ward. So, Naufal tak bolehlah naik. Niesreena je lah lepas.

Tapi ayah tok dan mak tok cuba nasib... buat drama sikit... Huhuu... Naufal lepas sampai depan ward je. Pastu mak guard tak kasi masuk. Mak tok nak bawak baby Neeyaz keluar nak tunjuk baby kat Naufal pun tak boleh. Jadinya mak tok tunjuk baby Neeyaz pada Naufal kat depan pintu ward jer lah.

Dapatlah Naufal tengok baby Neeyaz disebalik pintu kaca. Then Naufal nangis.

Mak guard tu agaknya kesian kat Naufal then bagi jugaklah Naufal masuk. Huhuhu... Alhamdulillah.

Drama sangat kan!

Dan alhamdulillah... syukur sebab Naufal pun boleh masuk, sebab aku pun rindu dengan bekas anak bongsu aku ni. Huhuhu... Dah jadi abang dah sekarang...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top