♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, January 28, 2017

Minggu 24 | Tidur tak selesa... acaner???

Alhamdulillah... Minggu ni kandungan dah masuk 6 bulan. Bulan terakhir untuk 2nd trimester.

Perut... obviously semakin membesar. And as I mentioned before, mengandung kali ni, perut memang agak besar berbanding mengandung sebelum-sebelum ni. Dan bila scan pun, doktor kata kandungan aku agak besar kalau nak ikut dengan tarikh sebenar due.

Kalau ikut ujian air gula sebelum ni, memang tak der kencing manis. So, faktor baby besar ni, tak der kaitan dengan diabetis. Insya Allah...

Mungkin sebab baby membesar dengan sihat dan gumbira dalam perut mama.

Hehe...

Masalah perempuan mengandung, bila perut dah semakin membesar, maka posisi tidur semakin menjadi tak selesa.

Kadang-kadang kesian kat enche Neezam. Bila aku dok terpusing-pusing cari posisi selesa, aku tengok enche Neezam yang tak menentu... Dok tanya "Kenapa sayang... kenapa sayang..."

Huhu...

Sebelum dan dari awal mengandung, aku lebih kepada berbaring dengan posisi mengiring ke arah kanan. Bila perut dah semakin membesar, aku perlukan lebih banyak bantal. Satu kat bawah perut, satu lagi kat belakang badan, satu lagi buat peluk!

Bila duduk pun macam tu jugak. Perlukan bantal untuk sendal perut. Huhuhu...

Memula hari tu ingat nak beli pregnancy pillow. Tapi... harganya boleh tahan beratus jugak. Tengok kat lazada. So... lupakanlah hasrat. Banyak lagi barangan keperluan baby yang perlu dibeli.

Beberapa minggu lepas, belakang badan dan pinggul kanan atau pelvis kanan selalu terasa sakit. Kadang-kadang tu secara tiba-tiba terasa 'menangkap' atau kejang sekejap kat pelvis. Peeerrrgghhhh! Sakit dia... memang menjerit laaaa... Kata doktor, posisi aku baring menyebabkan tekanan ke atas otot-otot belakang kanan tu. So, doktor nasihatkan supaya aku ubah cara tidur.

Aku cuba tidur mengiring ke bahagian kiri. Tapi sekejap jer mesti nak pusing ke kanan balik. Kalau terlentang... memang tak selesa langsung. Terasa berat sangat kat perut macam kena hempap. Tapi kalau mengiring sikit dan letakkan bantal di belakang badan dan satu lagi bantal di bawah perut, baru rasa selesa sikit.

Aku terbaca, posisi terbaik untuk ibu mengandung ialah tidur mengiring ke kiri. Lebih elok dan memberi manfaat untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Jom baca artikel kat bawah ni. Semoga bermanfaat!

Sumber http://www.babycenter.com.my/.

* * * *

Apakah yang boleh saya buat untuk lebih mudah terlena?

Semasa dalam trimester pertama, berlatihlah tidur mengiring ke kiri. Menjelang anda masuk ke trimester kedua, tidur mengiring ke kiri ini memberi manfaat kepada bayi anda. Ini membantu pengaliran darah dan nutrien ke plasenta. Ia juga membantu buah pinggang anda mengkumuhkan bahan buangan dan cecair daripada badan anda dengan lebih efisien, lantas mengurangkan bengkak di buku lali, tapak kaki dan tangan (edema).

Cuba tidur mengiring ke sebelah kiri dengan memeluk bantal yang diletakkan di celah kaki anda. Ini mengelakkan tekanan pada otot di sekeliling paha dan pelvis anda. Meletakkan bantal berbentuk baji di bawah perut di atas katil boleh membantu melegakan tekanan pada belakang anda.

Jika anda terjaga pada tengah malam dan mendapati anda dalam keadaan meniarap atau menelentang, jangan bimbang. Adalah normal jika anda bergerak-gerak semasa tidur. Pusinglah semula ke kiri untuk tidur semula. Anda boleh cuba gunakan beberapa biji bantal untuk membantu mengekalkan badan anda dalam posisi mengiring ke kiri dan menghalang anda daripada bergolek.

Jika berbaring mengiring memberi tekanan kepada paha anda, anda boleh beli pelapik tilam yang lembut untuk diletakkan di atas tilam. Ini membantu anda mendapat keselesaan dan meningkatkan peredaran udara. Pelapik ini boleh didapati dalam pelbagai saiz di kebanyakan pasaraya besar.

Akhir sekali, pada penghujung kehamilan, jika anda benar-benar tidak dapat tidur dengan selesa di atas katil, cubalah tidur di kerusi malas yang selesa atau di atas sofa. Tidak ada bukti yang menunjukkan kaedah ini berkesan, tetapi doktor dan bidan kerap mengesyorkannya.

* * * *

So, lepas ni, kena tukar berbaring mengiring ke kiri pulak lah ye.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top