♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, January 6, 2017

Minggu 21 | Scan jantina baby

Aku pernah terbaca artikel, minggu yang sesuai untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan ialah pada minggu ke 20 hingga ke 30. Kalau terlalu awal, takut waktu scan takkan nampak jantina bayi sebab masih terlalu kecil. Dan jika lebih minggu 30 keadaan bayi yang padat dalam perut, menyebabkan sukar nak tengok jantina sebab terlindung dengan anggota badan bayi.

So, bila dah masuk minggu ke 20 hari tu. Aku memang tak sabar-sabar nak gi scan. Tapi terpaksa tunggu jugak, sebab aku nak scan bersama-sama dengan Niesreena dan Naufal sekali. Aku nak diorang tengok kat mesin scan tu.

So, beberapa hari lepas, kitorang ke poliklinik untuk scan. Ingatkan nak buat scan 3D, tapi tak available plak hari tu sebab kena buat appointment dulu untuk 3D/4D. Tapi sebab kitorang hanya nak tahu jantina jer, kitorang buat scan biasa jer lah.

Nervous jugak bila nak tahu jantina ni...

Bila doktor scan... hmmmmm... memula nampak kepala baby... pastu perlahan-lahan doktor gerakkan scanner tu ke bahagian kiri perut aku... tetiba aku nampak.... tut! Jelas dan terang...

Dalam hati aku... "baby boy!"

Lepas tu doktor kata, "nampak tak batu dia kat situ dan anunya kat situ... baby boy..."

Tepat sekali apa yang kitorang nampak. Naufal pun excited nampak baby ada bebird macam dia. Huhuhu...

Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat Allah swt.

Dapat baby boy!

Doktor kata baby ok... berat ok... panjang pun ok... anggota badan ok... uri pun ok...

Insya Allah sihat walafiat. Alhamdulillah...

Naufal excited dapat baby boy. Ada geng katanya. Niesreena agak hampa jugak, sebab dia nak baby girl. Tapi aku cakap kat Niesreena, tak per lah... Niesreena sorang jer princess mama ayah.

Dah tahu jantina ni, mulalah hati ni rasa tak sabar nak shopping barang baby!

Huhuhu...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top