♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, July 16, 2016

Menu istimewa untuk tetamu istimewa dan family tersayang

Hari ni tetamu istimewa nak datang rumah. So pepagi lagi dah berperang kat dapur... Nak sediakan menu istimewa untuk tetamu istimewa.

Aku ni dalam kepala hotak tak lain menyoto jer lah... Tu jer yang pandai buat. Huhuhu... Menu lain kena belajar lagi.

Tapi istimewa sikit kali ni sebab ada ceker @ kaki ayam.

Resepi soto di sini.

Alhamdulillah... Naufal yang demam beberapa hari ni dah mula kebah. Baru mula ada selera makan. Walaupun tak makan berapa banyak, tapi oklah dari tak makan langsung macam beberapa hari lepas. Risau mama.

Abang Ashraf dan kak Jumee sekeluarga tiba kat rumah lebih kurang jam 10 pagi. Rindu giler kat diorang. Rindu nak dengar celoteh kakakku yang sorang ni.

Enam tahun tak jumpa sejak berpisah kat Melbourne dulu. Diorang sekeluarga ni sangat sangat sangat baik hati dan peramah. Kalau dulu kat Melbourne kitorang lepak-lepak boleh sampai ke pagi.

Yang paling best, kak Jumee pandai masak! Dia masak apa pun sedap! Adore sangat! Pastu suka pulak ajak orang datang makan.

Masa kat Melbourne dulu, masa mengadung Naufal, mengidam nak makan asam pedas ayam. Kak Jumee lah yang masak. Love you kak!

Seronok berborak sampai tak sedar masa berlalu sangat pantas. Rasa macam tak nak kasi balik. Hehhehehe...

Insya Allah... ada rezeki kita jumpa lagi. Kat Melaka plak ke kan...

Jap lagi nak berangkat balik ke rumah mak abah aku pulak kat KL. Memang buat lebih untuk bawak balik ke KL. Istimewa untuk emak abah dan adik-adik.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top