♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, July 5, 2016

Habis dah puasa... Esok hari raya!

Hari terakhir puasa! Hari yang super duper busy! Tapi menyeronokkan.

Petang semalam lepas selesai mengemas-ngemas rumah, kitorang sibuk menganyam ketupat pulak. Memang seronok sangat nak menganyam ketupat sebab tak semua orang pandai menganyam. Hehehhehe... Berlagak plak eh...

Biasanya, abah, enche Neezam, Joy dan aku akan berlumba-lumba menganyam. Tapi kali ni Joy tak sampai lagi. So, kitorang bertiga jerlah yang berlumba.

Haaa... ni anyaman ketupat pertama aku tahun ni.

Aku tak dapat buat banyak pun tahun ni sebab daun ketupat agak pendek. So leceh sikit nak menganyam.

Raja menganyam, tentulah abah aku! Sekelip mata jer siap!

So, hari ni, aku dan abah sibuk mengisi ketupat dengan beras dan suami aku yang memang ringan tulang tu bertugas menjaga atau masak ketupat. Enche Neezam memang mahir merebus ketupat. No doubt!

Cara masak ketupat boleh klik sini.

Emak dan saudara mara perempuan pula sibuk buat ketupat palas. Ini first time kitorang buat. Tu pun sebab cik Suria dah sediakan semua bahan-bahan dari Puchong. Kitorang tinggal masukkan dan anyam dalam daun palas. Nampak macam mudah buat ketupat palas ni. Tapi sebenarnya agak leceh jugak.

Niesreena pun kena kerahan tenaga. Membantu mana yang boleh.

Naufalllll...

Hmmmmm... tu lah kerja dia.

Lepas 4/5 jam merebus ketupat... sesambil menanda kertas peperiksaan...

... akhirnya siap jugak ketupat!

Alhamdulillah... malam terakhir puasa ni kitorang dapat berbuka beramai-ramai bersama sanak saudara. Tak sempat nak tangkap gambar sebab semua orang sibuk berbuka. Huhuhu...

Lepas isya', bebudak dan mak bapak budak sibuk main bunga api dan mercun pulak.

Meriah sungguh!

Penat hari ni. Tapi memang seronok.

Alhamdulillah... Niesreena dan Naufal... dapat berpuasa penuh lagi tahun ni. Begitu jugak aku! Yey!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top