♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, October 31, 2015

Lepak-lepak hujung minggu @ Klana Resort

Hujung minggu ni kitorang lepak kat Klana Resort, Seremban!

Dulu masa kitorang tinggal kat Seremban 2, selalu jugak kitorang ke taman permainan dekat-dekat dengan Klana Resort ni. Dulu nama resort ni Allson Klana. Hotel ni dikelilingi taman-taman, dah macam hutan pun ada.

Kat sini ada banyak kawasan taman permainan. Selalulah bawak Niesreena dan Naufal, boleh naik basikal, joging, pastu makan kat A&W. Sejak pindah ke Sepang, memang tak pernah dah lepak petang-petang kat sini.

Dan ini first time bawak Niesreena dan Naufal ke hotel ni, walaupun ayah dah banyak kali kena kerja kat sini.

Bestlah jugak kat sini. Hotel cantik, walaupun hotel lama. Bilik pun selesa dan bersih. Bilik air besar, ada bath tab dan shower. Makan sedap. Cuma Niesreena kata TV dia tak best sebab masih guna TV cap gajah yang lama. Siaran pun tak banyak. TV9 pun tak der, tak dapat nak tengok JDT menang untuk piala AFC malam tadi. Huhuhu...

Congkak cap gajah pun ado!

Tapi yang paling Niesreena dan Naufal suka sebab pool dia yang besar!

Biasalah Niesreena dan Naufal memang giler mandi pool. Kalau ayah diorang nak bawak gi mana-mana hotel, soalan pertama mesti diorang tanya, "Hotel tu ada pool tak?"

Huhuhu...

Pool kat hotel ni memang besar dan ada beberapa jenis slides untuk kanak-kanak. Memang enjoylah diorang! Lebih-lebih lagi cuaca pun ok. Mendung jer... Memang sukalah 'hantu-hantu air' duorang ni!

Memang rasa relax sangat bila hujung minggu dok lepak hotel. Tapi kepala hotak aku ni dok fikir gak kerja-kerja rumah yang tertangguh kat rumah tu. Bilalah nak settle...

Hmmmm... tak per lah...

Yang penting! Kiter enjoy!!!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top