♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, August 29, 2015

Company Trip | Day 1

Langkawi! Aku datang!

Last time kitorang ke Phuket.

Kali ni, kiter ke Langkawi pulak! Yey!

200 of us! Mesti havoc!

Pagi-pagi lagi my Khairuns dah bangun untuk hantar aku ke KLIA2. Shian diorang kena tinggal dengan ayah... Mama nak gi berjimba-jimba! Huhuhu...

Lebih kurang pukul 8.45 pagi, kitorang tiba di Langkawi.

Dah lama sangat tak ke sini. Last sekali masa aku dan enche Neezam honeymoon dulu. Akhir tahun 2005. Hampir 10 tahun!

Rombongan kitorang, 200 orang, semua menginap di Berjaya Resort. Berjaya Resort ni terletak betul-betul di sebelah kawasan Cable Car. Boleh jalan kaki jer.

Masa tiba di resort ni, kitorang tak boleh check-in sebab terlalu awal. So, kitorang decided untuk pergi naik cable car dulu. Last time, masa datang dengan enche Neezam, tak der rezeki nak naik cable car sebab angin kuat. Dari bawah pun tengok cable car terbuai-buai jer. Seram gak!

Alhamdulillah... kali ni ada rezeki!

Subhanallah! Cantik sungguh permandangan dari atas gunung Machinhang ni. Memang kagum sangat dengan kejadian alam dan kagum jugak dengan tenaga manusia yang membina laluan cable car ni.

Puas hati bila dah sampai kat atas puncak gunung, walaupun terpaksa menunggu lebih 2 jam, dari beli tiket hinggalah dapat sampai ke puncak bukit!

Pukul 2 petang kitorang balik semula ke hotel. Dah boleh check in! Yey! Sebelum tu kitorang lunch dulu. Makanan kat hotel ni memang sedap! Semua sedap! Ke... tengah lapar? Sebab tu semua sedap? Huhuhu...

Bilik resort pula agak jauh dari lobi. So, memang kena naik shuttle setiap kali nak ke bilik. Tapi permandangan kat sini, subhanallah... indah dan nyamannyer!

Malam pertama kat sini, company buat beach party. Banyak acara santai dan barbeque tepi pantai.

Unfortunately, aku boleh tak sihat plak. Sakit sangat kepala. Perut pun masuk angin. Siap muntah lagi kat pantai sementara nak tunggu event start. So, aku decide untuk berehat kat bilik jer... tak dapat nak join barbeque. Sedih! Terpaksa duduk dalam bilik, tepek minyak angin dan telan panadol.

Nasib baiklah ada kawan yang sangat mengambil berat. Tetiba ada room service hantar makan kat bilik. Tapi tak der lah barbeque bagai. Terpaksalah makan bubur nasi jer. Alhamdulillah... Thanks, kak Maz! And also thanks to Berjaya Resort for giving this as complementary!

Lepas makan, telan panadol lagi dan zzzzzzzzzzzzzzzzz. Harap-harap esok ok! Sihat dan bertenaga seperti sedia kala! Amin...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top