♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, January 12, 2015

Back to school 2015!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hari pertama persekolah 2015 officially dibuka hari ni.

Niesreena nampak bersemangat nak pergi ke sekolah. Senang jer dia bangun walaupun pukul 5.30 pagi.

Macam biasa, Niesreena mandi, solat subuh, breakfast dan bersiap-siap untuk ke sekolah. Teruja nak pakai pakaian sekolah serba baru.

Tahun ni Niesreena kenakan tudung sekolah ala syria. Biar nampak sikit muka dia yang comel tu. Huhuhu...

Tahun ni jugak first time Niesreena naik bas - bas gomen. Entah macam mana lah agaknya, Biasanya pagi-pagi samada aku atau enche Neezam yang hantar ke sekolah. Tak sabar nak dengar cerita Niesreena balik petang ni.

Ya Allah... Dah darjah 3 dah Niesreena tahun ni. Cepatnya masa berlalu. Baby girl aku dah darjah 3!

Terharunya... huhu...

Alhamdulillah... bersyukur sangat dengan rezeki dan anugerah yang Allah swt berikan kepada kami. Ya Allah... Permudahkanlah dan perliharalah urusan jihad Khairunniesreena dan Khairunnaufal dalam menuntut ilmu. Semoga ilmu itu Dikau berkati di dunia dan akhirat.

Amin...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top