♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, August 30, 2014

Bercanda @ Port Dickson

Pukul 6 pagi lagi Naufal dah ketuk pintu bilik kitorang. Excited giler nak gi Port Dickson. Kalau biasa tu, kemain susah nak bangun!

Naufal punyalah excited, dekat rumah lagi dah siap dengan kelengkapan berenang dia

Haaaiiissshhhh...

Pastu dalam kereta Naufal tidur... huhuhu... mengantuklah tu.

Perjalanan dari rumah kitorang ke PD lebih kurang dalam 40 minit. Dulu masa duduk Sendayan, lagi dekat. Nak makan steamboat malam-malam selalu ke PD. Sekarang ni kira jauhlah...

Alhamdulillah... cuaca hari ni sangat cantik. Awan banyak dan tak berapa panas. Orang kat tepi pantai pun tak berapa ramai sangat. Air laut pun dan pantai pun bersih...

Seronok Niesreena dan Naufal mandi pantai dan main pasir. Aku dan enche Neezam pun tak lepaskan peluang. Hehehe...

Tempat selalu kitorang lepak kat PD ni ialah dekat depan Hotel Sri Malaysia. Dekat sini ada tempat untuk mandi dan salin pakaian serta surau. Kawasan permainan kanak-kanak pun ada. Kalau waktu malam kat kawasan ni ada steamboat dan burger.... Best la...

Balik dari PD, kitorang gi merayap open house rumah kengkawan pulak. Satu rumah kat Tiara Heights. Giler cantik rumah-rumah kat sana. Tapi harganya... ehem... cantik jugak... Sebuah lagi kat Kuarters KLIA. Cantik kuarters kakitangan kerajaan ni. Besar dan selesa!

Sebelum balik sempat singgah kat taman permainan kat kuarters KLIA tu. Biasalah Niesreena dan Naufal... seronok nampak taman permainan... layaaaaaannnn...

Seronok berehat dengan famili dan tengok diorang suka ria gumbira.

Alhamdulillah... Terima kasih Allah...

(^-^)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top