♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, August 7, 2014

Asingkan Niesreena dan Naufal!

Niesreena dan Naufal tak tidur sebilik dengan kitorang sejak kitorang balik ke Malaysia. Sebab bila balik dulu, kitorang tinggal dengan in-law kat Segamat dan diorang seronok tidur dengan ayah tok dan mak tok.

So, bila kitorang pindah ke Sendayan dulu, diorang terus tidur asing dengan aku dan enche Neezam. Tapi Niesreena dan Naufal tidur sebilik. Maklumlah... masa tu rumah ada 3 bilik jer. So, satu master bedroom, satu bilik bebudak ni dan satu bilik yang sangat kecil, kitorang jadikan bilik stor.

~Rumah kat Nusari dulu. Montel jer Naufal masa ni.~

Bila masuk rumah sendiri kat Sepang, Niesreena dan Naufal masih tidur sebilik walaupun rumah ada 4 bilik. Unofficially, Naufal menumpang tidur kat bilik kakak dia. Huhuhu...

Aku dan dan enche Neezam pun pikir, tak per lah... Diorang kecik lagi...

~Bilik Niesreena, bilik tumpangi Naufal.~

So, sekarang ni, kitorang fikir...

It's time!

Ya! Masa yang sesuai untuk pisahkan diorang!

Sejak pindah Nilai, Niesreena dan Naufal tetap nak tidur sebilik. Walaupun bilik sebelah-sebelah jer! Apa yang diorang takut sangat ntah!

So, hujung minggu yang lepas, aku test Niesreena dan Naufal. Masing-masing masuk tidur kat bilik memasing. Aku pantau dari family hall... Manalah tau kot-kot diorang menyelinap masuk ke bilik sesaper kan...

Lepas 15 minit, aku tengok diorang tak keluar pun. Berjaya kah?

Pastu ayah diorang jenguk kat bilik Niesreena dan Naufal... enche Neezam kata, diorang tak tidur lagi. Dok terkebil-kebil. Biasanya kalau masuk bilik, sekejap jer diorang tidur.

Hmmmm... enche Neezam kata "Kesianlah... esok nak sekolah... nanti lambat plak tidur..."

Ok! Aku aku fail!

Niesreena masuk tidur bilik Naufal. Tak sampai 5 minit, kitorang jenguk balik, dua-dua dah lena dibuai mimpi.

Tak per... aku tak putus asa...

Malam esoknya aku try lagi!

Macam biasa, school night, pukul 10 malam masing-masing dah kena masuk tidur. Lepas Niesreena dan Naufal bersalaman dengan aku dan enche Neezam untuk masuk tidur, aku cakap dengan diorang, tidur kat bilik masing-masing. Then aku cabar Naufal, "Naufal tak hebat lah... takkan takut tidur sorang-sorang kan?" Then Naufal kata, "Naufal tak takut... kakak yang takut... Malam ni kakak jangan tidur bilik Naufal."

Ye lah tu Naufal... padahal dia yang ajak kakak dia tidur bilik dia.

Then berjaya tak cubaan malam kedua?

Setengah jam lepas tu aku dan enche Neezam pun naik

Jenguk kat bilik Niesreena dan Naufal...

Alhamdulillah... masing-masing tidur kat bilik masing-masing

Berjaya!

Dan malam ni, dah beberapa malam, Niesreena dan Naufal masih tidur kat bilik masing-masing. Mungkin sebab penat sekolah siangnya. So, malam tu, terus tidur, kepenatan...

Well done, Niesreena dan Naufal!

Mama dan ayah pun happy! Misi berjaya!

Yey!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top