♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, September 5, 2013

Voucher percuma bernilai RM1,000! Yeeeehooooo!

Pagi tadi dapat e-mail

percuma

Voucher Mydin, Giant atau Tesco

bernilai

RM1,000!

Menang voucher? RM1,000?

Free?!!!

For real?!!!

Huhuhuhu... Ish kena ambil kesempatan ni!

Klik dulu kat email yang diorang hantar ni...

www.yourvoucher-malaysia.com

Hmmmm... pastu pilih eh?

Mydin, Giant atau Tesco? Jerrrr????

Voucher Shell, Petronas, Mobil atau Esso tak der ker?

Huhuhu...

K tak per... Pilih Tesco lah...

Klik!

Ok... pastu...

Isikan semua maklumat dan klik 'continue'

Ehhhhh...

chop... chop!!!

Boleh percaya ker website ni?

Ada ker orang nak bagi voucher free-free jer?

Voucher seribu hengget plak tu?

Mana dia dapat email aku?

Baik check dulu...

Tanya Prof. Google!

Alhamdulillah... nasib baik tergerak hati nak check kan...

Rupa-rupanya ni semua scam! Mengaburi mata pengguna kononnya dapat voucher beribu-ribu hengget. Tu yang kabur mata ni jap tadi. Hehehehe...

Sebenarnya email sebegini hanyalah scam seperti 'gores dan menang' yang pernah hangat suatu ketika dulu. Tapi sekarang ni orang dah tau yang itu sumer tipu dan yang terkena biasanya golongan surirumah. So, untung mungkin tak banyak.

Sekarang ni modus operandi diorang dah bertukar, kasi upgrade sikit. Diorang sasarkan golongan profesional. Jadi, diorang gunakan email dan website online. Samada professional atau tak professional, surirumah atau tidak, sumer terkena!

Siapa yang mudah terpengaruh, nasib tak baik lah...

Ada beberapa blog yang aku terbaca pasal benda ni, bila korang dah isi form dengan semua details peribadi seperti nombor talifon, ic, alamat dan lain-lain maklumat penting then register, sejurus selepas itu, korang akan dapat missed call dari nombor 0049694056370 atau 00496926012260. Dipercayai bahawa nombor ni call just nak verify yang nombor telefon yang kiter masukkan dalam website tu memang nombor yang sah dan nombor ini datang dari luar Malaysia.

Lepas register, korang akan dapat e-mail yang sama lagi dan lagi. Yang menariknya korang akan dapat email dengan ayat pancing diorang

'Anda mungkin pemenang bertuah!'

Baca betul-betul hokay... 'mungkin'!

Tapi untuk betul-betul menang, korang akan diberi satu soalan mudah yang korang pasti tahu apa jawapannya dan perlu sms jawapan tersebut pada nombor 5 angka diorang. Untuk peluang menang!

Then soalan berikutnya lagi dan lagi... Sampai beratus habis duit sms, sampai korang putus asa. Memang tak nampak-nampak bayang hadiah.

Then korang putus asa dan berhenti sms. That's goes your money... that's how they collect profits!

So, dapat tak vouchernyer?

Mestilah

TIDAK!

Kesian...

Selain dapat profit dari yang korang sms bebanyak tu, syarikat-syarikat ni hanya nak dapatkan maklumat untuk database diorang. Dengan maklumat yang dah diberi tu, diorang akan dapatkan perincian korang secara online. Paling menakutkan kalau diorang dapat akses maklumat bank kiter!

So, hati-hatilah dan fikirlah banyak kali sebelum dedahkan atau kongsi maklumat sulit kiter dengan orang...

Sooner, korang akan dapat lagi beberapa e-mail macam tu.

Berlambak-lambak dalam inbox! Percuma itu! Percuma ini! Macam-macam...

Sebab korang ialah

potential victim!

4 comments :

Anonymous said...

TQ for sharing this.. saya pun nyaris2 terkena.. Nasib baik tergerak hati nak google dulu untuk dapatkan kesahihan..

Julie Mangsor said...

Sesama, Anon... :)

Anonymous said...

Yeahh . Me too . Thankss

Khairul Hilmi Sidek said...

Hampir2. dah isi form pun, bile sampai part Kene isi nombor phone,compulsory pulak tu. Terus tutup. Email diorg nanti masuk dlm blcklist la jawabnye

Radio Senyap - Senyap bukan bererti diam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top