♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, December 18, 2012

Rumah Pertama Kami!

Alhamdulillah... Seronok sangat!

Hari Jumaat yang lepas kitorang dah pergi ambil kunci rumah. Petang tu, kitorang sempat tengok keadaan rumah. Oklah dah bersih tapi ada damage sikit-sikit. Enche Neezam kata tak per... Nanti kitorang buat report dan diorang akan betulkan.

~Rumah pertama kami~

Rumah kitorang ni kat Sepang. Dah dapat kunci ni, insya Allah dalam masa terdekat ni bolehlah pindah. Hmmmm... nanti dekatlah sikit Niesreena dan Naufal nak ke sekolah. Tak payah lah bangun awal-awal pagi buta.

Enche Neezam pun dekat jer nak ke USIM. Tengahari boleh balik tidur kat rumah. Kalau rajin sikit boleh balik masak. Huhuhu... Dan aku, jimatlah lebih kurang 20 minit masa perjalanan ke tempat kerja berbanding sekarang. Seronoknyer!

~Ruang diantara ruang tamu, tangga dan ke dapur. Ada 2 bilik dan 1 bilik air di bahagian kanan~

Alhamdulillah, semuanya ok. Tak sabar nak pindah! Tak sabar... tak sabar... tak sabar... Tapi... eeeeee... banyaknyer benda nak pikir! Banyak jugak duit nak kena keluar ni.... Nak pasang tu... Nak pasang ni... Nak packing lagi... Ada saper-saper yang bermurah hati nak sponsor $$$$$$$$$$$$$$$$... Huhuhu... Mimpilah kan???

Aaaaiiiissshhhh... Macam-macam nak buat. Macam tak sempat jer nak prepare semua sebelum sekolah start. Acaner?

Tak sempat nak snap gambar terbaru rumah. Sempat snap sikit-sikit jer. Pastu bateri hp kong. Kat bawah ni semua masa rumah masih dalam progress. Insya Allah... nanti aku update lagi k!

~4 months ago; still in progress~

~Kawasan rumah ni agak mendaki bukit~

~Porch depan rumah~

~Bahagian tepi rumah. Ada tanah sikit dalam 10 kaki ke tepi dari dinding rumah~

~Ruang tamu~

~Bilik tidur tingkat bawah. Hmmmm... mungkin ni nak buat bilik tetamu...~

~Master bedroom di tingkat atas~

~Balkoni di master bedroom~

~Pemandangan dari balkoni~

~Bilik tidur kedua di tingkat atas. Ada toilet di belah kanan. Insya Allah ni akan jadi bilik Niesreena dan Naufal~

~Tangga dan bilik stor~

~Dapur. Bahagian yang akan ku renovate terlebih dahulu! Yiehaaa!~

~Dining hall. Hmmmmm... Ada alasan nak beli meja makan besar ni... Huhuhu...~

~Wet area di bahagian belakang rumah~

~Bahagian belakang rumah~

~Ada taman permainan berdekatan dengan rumah. Mesti Niesreena & Naufal suka.~

Alhamdulillah... Aku memang bersyukur sangat. Akhirnya tercapai jugak impian untuk memiliki rumah sendiri. Thanks enche Neezam atas segala usaha dan penat lelah untuk jadikan impian ni terlaksana... Love you sooooo much! :)

Lepas ni bolehlah survey-survey barang rumah dan cari quotation untuk renovation. Uuuuhhhh dan bahagian paling tak larat sebenarnya ialah PINDAH!

Chaiyok!

1 comment :

suri said...

bestnyer... besar umah...suka...suka... sepang dekat taman apa ni???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top