♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, December 6, 2012

Happy 6th birthday my little princess

Ya Allah...

Syukur kehadratMu ya Allah, tuhan yang maha suci lagi maha agong....

Hari ni genap usia Niesreena mencecah 6 tahun.

AnugerahMu ini membesar dengan sihat, cukup sifatnya, ceria dan sempurna.

Seorang anak yang comel, cedik, cerdas dan penyayang.

Terima kasih Allah...

Aku bersyukur terhadapMu ya Allah

* * * * * * *

Tahun ni tahun kedua berturut-turut Niesreena sambut birthday kat rumah mak tok dan ayah tok di Segamat. Pagi tadi aku sempat call dan nyanyikan lagu birthday buat Niesreena. Niesreena suka sangat! :)

Hari Sabtu yang lepas, masa hantar Niesreena dan Naufal balik kampung, kitorang sempat buat pre-birthday-celebration untuk Niesreena. Beli kek Barbie surprise untuk Niesreena. Memang dia suka sangat. Petang tu enche Neezam prepare signature dish dia; jemput-jemput istimewa! Sedap! Kitorang sambut dengan family jer... Simple but nice...

Nak tau apa hadiah birthday aku buat Niesreena tahun ni??? Hehehehe...

Awal-awal lagi aku dah cakap dengan Niesreena. Aku nak bagi dia subang. Memula tu Niesreena macam takut. Tapi lepas aku pujuk dan cakap dengan Niesreena yang subang tu tak sakit... pakai subang cantik... dan macam-macam lagi ayat memujuk... barulah Niesreena setuju.

So, pagi hari Sabtu yang lepas, aku bawak Niesreena pergi kedai emas. Memula tu kitorang pilih subang dulu. Niesreena pilih yang mana dia berkenan. Hmmm... pandai Niesreena pilih. Dia pilih subang yang sama dengan loket dia, sama dengan loket aku jugak. Aku pun berkenan. Aku pun grab satu! Huhuhu...

Bila amoi-amoi tu nak tindikkan telinga Niesreena, Niesreena 'tadah' je telingan dia. Tak nampak takut dan gentar langsung! Zaman sekarang ni diorang tembak dua-dua belah sekali! 1... 2... 3... pang! Niesreena terdiam sekejap. Terkejut! Lepas tu dia nangis! Sakit katanya... Huhuhu... Sian anak mama... Aku peluk Niesreena erat-erat sambil dia menangis kat bahu aku. Apapun aku bangga sangat sebab sebelum tembak tu, Niesreena memang tak nampak takut langsung! Sayang anak mama!

~Muka sedih lepas kena tembak... Sian sayang...~

To Reena,

Happy Birthday sayang...

Semoga menjadi anak yang solehah, bijak dan sihat-sihat selalu...

Mama akan sentiasa mendoakan Reena...

Mama sayaaaaaannnnggg sangat kat Reena...

Hugs & Kisses

❤❤❤Mama❤❤❤

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top