♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, October 5, 2012

Pengalaman pertama | Lawatan sekolah Niesreena

Hari ni Niesreena pergi lawatan sekolah ke bandar Melaka. First time Niesreena pergi berjalan tanpa mama dan ayah atau atok maktok.

Sebenarnya mulanya aku tak bagi Niesreena join lawatan tu sebab semua tempat yang Niesreena akan pergi kat Melaka tu Niesreena dah pernah pergi kecuali taman rama-rama. Niesreena nampak sedih je bila kitorang tak benarkan. Hmmmm... Tapi bila dah bincang-bincang balik dengan enche Neezam, so kitorang pun izinkan... Biar Niesreena dapat pengalaman berjalan dengan kengkawan dan belajar jaga diri sendiri.

Sebelum pergi pagi tadi dia nampak teruja sangat! Tak sabar nak naik bas katanya. Hehe.. Lebih-lebih lagi first time ayah bagi duit belanja kat tangan dia sendiri. Niesreena lebih teruja sebab dia ada 3 keping duit merah dan 5 keping duit biru... Kelakar tengok muka dia tadi... Tapi tak sempat snap... Hehehe...

Dalam hati ni sebenar risau dan takut nak lepaskan. Bukan tak percaya dengan cikgu-cikgu... tapi... entahlah... macam-macam pikir...

Hmmmm... Macam-macam juga amanat dan peringatan aku dan enche Neezam cakap kat Niesreena tadi; dengar arahan cikgu, jangan berpecah dengan cikgu, minum air, jaga duit, kalau nak muntah mama dah sediakan beg plastik kat dalam beg, bla bla bla... Niesreena angguk jer, sambil tersengih teruja... Entah ingat, entah tak semua yang kitorang bebelkan... ;p

Apa-apa pun aku harap Niesreena will enjoy the trip. Selamat pergi dan selamat balik... Aku percaya cikgu-cikgu mesti dah biasa dengan lawatan macam ni dan akan menjaga anak-anak syurga ni dengan baik. Insya Allah...

Ya Allah, kau lindungilah mereka. Pulangkanlah mereka ke pangkuan keluarga dengan keadaan selamat. Kau permudahkanlah segala urusan mereka dan jauhikanlah mereka dari segala kesusahan dan kesedihan. Amin...

Mode: risau...

posted from Bloggeroid

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top