♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, May 28, 2007

Selamat harijadi, abah!

Hari ni, 28hb Mei 2007, hari jadi abah yang ke-56. Awal-awal lagi aku, Neezam dan Niesreena dah poskan kad ucapan harijadi. Khas untuk abah! Dan kad tu sampai pada hari Sabtu yang lepas, 2 hari sebelum harijadi abah. Mesti abah tersenyum simpul jer terima kad yang tertulis ‘Happy Birthday, Grandfather’. Hehehehe… Tahun ni ialah tahun pertama abah menyambut harijadinya sebagai seorang atuk. Dah tua dah abah… ;p

Mencapai usia 56 tahun hari ni, sepatutnya abah menamatkan perkhidmatannya setelah 38 tahun berkhidmat sebagai pegawai polis. Tapi alhamdulillah, rezeki abah, khidmatnya sebagai Pengarah Pancaragam PDRM masih diperlukan. Maka akan sebuklah abah seperti biasa dengan tugas-tugas yang memang abah minat dari kecik…

Sempena harijadi abah ni, Julie, Neezam dan Niesreena ucapkan

Selamat Hari Jadi!

Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia.

Dan tahniah kerana dapat meneruskan perkhidmatan…

Kitorang sayang kat abah!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top