♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, April 7, 2007

Yuck... Ubat...

Semalam Niesreena demam lepas terima 2 suntikan imunisasi kat klinik. Kesian Niesreena... Walaupun demam Niesreena tetap nak main macam biasa. Mungkin dia tak rasa yang dia demam. Tapi badan Niesreena memang panas. Sepanjang malam aku dan Neezam bergillir-gilir jaga Niesreena; tuam badan Niesreena dengan kain basah. So, kebah lah sikit.

Hari nie kitorang gi klinik. Doktor cadangkan makan panadol infant drops. So, kitorang bagi Niesreena makan. First time Niesreena makan ubat. Kelakar tengok muka Niesreena biler dia rasa ubat tu; terkulat-kulat. Mungkin sebab rasa ubat tu semacam jer.

Harap-harap lepas ni puteri mama & ayah akan sehat seperti biasa ye sayang...

2 comments :

Kak Aya said...

Biasanya akak akan bagi ubat demam pada Hanani sblm dia terima suntikan imunisasi. So, tak demam la lepas tu.

*juliet le sweetheart said...

Tq kak aya. Doktor tak bgtau pun pada kitorang sebelum suntikan tu. Biler Niesreena demam dan pergi semula jumpa doktor, baru dia bagitau kat kitorang supaya bagi ubat demam sejam sebelum terima suntikan supaya tak demam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top